Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Little Rara Thai Noodle House : Besar selera makan sini …

Little Rara Thai Noodle House : Besar selera makan sini …

October 17, 2016 by Afiq Halid 4 Comments

Disebalik celah-celah bangunan pencakar langit, ada juga kedai kecil di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Little Rara – Thai Noodle House. Pertama kali Fiqqq sampai di sini. Nasib baik sampai sedikit awal daripada yang lain. Apabila sudah duduk, sekali toleh belakang. Fuhhhhh, melingkar panjangnya.

 

Kedai Little Rara ini comel je. Tidaklah terlalu kecil tetapi dek memandangkan pelanggan yang ramai makan jadi terhad. Fiqqq suka makan di sini. Terbuka, santai dan bersahaja. Ditambah pula makanan yang sekali makan memang ada rasa nak tambah untuk kali yang ketiga. Haaaaa.
Tidak perlu pening-pening. Soalan “Kau nak makan apa?” tu memang susah nak jawab kan? Tapi di sini menu tidak terlalu banyak pilihan. Jadi, tidak memeningkan kepala dan nak menunggu member pilih untuk buat pesanan. Faham! Lagi-lagi kalau tahap lapar dah memuncak. Kan … kan … kan ???

Tom Yam Noodle Soup Seafood

 
Rasa Tom Yam mee ini memang terbaik. Cukup rasa pedasnya. Rempah ratus ala Thainya. Lagi apa? Cukup buat Fiqqq jadi diam sekejap untuk menikmati setiap keenakan rasa tersendiri daripada kedai ini. Lauk makanan laut dia memang puas makan. Udang, sotong dan sebagainya. Memang terbaikkkk dan puas makan!!!!

Speed Boat Noodle Soup Chicken

Menu yang ini laju sedikit daripada bot biasa. Rasapun yang ini lebih sedap. Eh! Hahaha. Ikut selera masing-masing. Kalau ikut nafsu makan, boleh bermangkuk-mangkuk makan ini. Cuma fikir banyak lagi benda yang perlu Fiqqq rasa. Hehehe.

Nasi Goreng Kelab

Nama menu asal Fiqqq tidak berapa ingat tapi masa itu geng pesan Nasi Goreng Dangdut rasanya. Hahaha. Tidak kisah la apa nama dia yang penting nasi goreng dia memanglah terbaik. Boleh lupakan mana-mana kedai lain. Boleh tak macam tu?

Daging Bakar

Jarang untuk Fiqqq makan bahagian lemak daging. Tapi kalau makan di sini, maaf. Fiqqq tidak akan tinggalkan sedikitpun cebisan daging di pinggan. Lebih-lebih lagi kita makan cecah dengan sos istimewa yang mereka hidangkan.

Nasi Lemak Angah

Nasi lemak Angah ni boleh lah makan-makan sementara terliur tengok orang sebelah makan dan mengirup sup. Fiqqq terus sambar sebungkus dek kerana nak kunyah-kunyah dan sementara tunggu makanan sampai. Hahaha.

Air

Teh ais ni memang sedap. Lagi-lagi kalau tengah haus. Sekali sedut je. Fuhhhhhh. Hilang terus. Tapi kalau agak-agak rasa tidak cukup satu gelas. Pesan lah air satu besen ni.
Haaaaa. Besarkan? Boleh kongsi dua orang sekali minum. Tapi kalau kuat minum air, lebih baik ambil yang besar sebab jimat. Minumpun puas. Sedutlah air tu berkali-kali. Hahaha.
Sedapkan tengok makanan di sini? Baru tengok, belum bau lagi. Kalau dah rasa memang tambah berkali-kali. Hehehe. Puas hati makan di sini. Servis terbaik daripada pemilik kedai Little Rara ini, Kak Chik. Sangat ramah.
Kalau nak datang, boleh Google sahaja nama kedai Little Rara. Buka daripada pukul 4.00 petang – 12.00 malam. Untuk lebih selamat, telefon +60 16-305 5388 untuk tempahan.

Filed Under: Food

Comments

  1. firzz duka says

    October 17, 2016 at 10:39 pm

    Daging bakar tu nampak mantap…

    Reply
  2. Afiq Halid says

    October 17, 2016 at 10:41 pm

    Menyesal order satu. Hahaha. Xpe. Next time ada lagi

    Reply
  3. ubai ismail says

    October 17, 2016 at 10:50 pm

    sedapnyaa. lapaq balik. haha

    Reply
  4. Afiq Halid says

    October 17, 2016 at 10:53 pm

    Weekend nanti ada. Haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim