Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Resipi Puding Roti Bercoklat : Cip coklat kasi lebih …

Resipi Puding Roti Bercoklat : Cip coklat kasi lebih …

October 19, 2016 by Afiq Halid 2 Comments

Kalau bagi coklat, memang Fiqqq jarang sekali menolak. Kegemaran kot. Hahaha. Baiklah yang manis, pahit, pekat dan sebagainya dan asalkan coklat. Hahaha. Jadi, kali ini Fiqqq bersama Kak Azian kongsikan resipi untuk buat Puding Roti Bercoklat.
Sedap betul kalau makan hujung minggu sambil tengok televisyen petang-petang. Kan … kan … kan ??? Kemanisan coklat, campur pula lembut roti yang bercampur susu. Ditabur pula gula perang yang masak menjadi sedikit kerak yang rangup di permukaan puding. Fuhhhhh.

Bahan-bahan:

1 buku – Roti (Dipotong kecil)
500 ml – Susu segar
3 biji – Telur
100 g – Gula perang
150 g – Coklat chip
1 sudu teh – Serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan – Gula perang untuk ditabur atas roti

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
2. Susun roti dalam bekas kaserol dan taburkan coklat chip ke atasnya.
3. Pukul telur bersama gula perang sehingga kembang.
4. Masukkan susu dan serbuk kulit kayu manis. Kacau sekata. Kemudian, tuang atas roti yang dah kita susun-susun.
5. Tabur sedikit gula perang ke atasnya. Jangan banyak sangat tau. Hahaha.
6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
Itulah dia resipi yang senang-senang je nak sediakan. Kalau Fiqqq boleh buat. Hahaha. Walhal membantu di dapur sahaja. Cubalah untuk buat. Yakin jadi. Andai kata tidak jadi, jangan berhenti. Buat untuk kali kedua dan seterusnya. Lama-lama, mesti campak-campak, tahu-tahu siap.

Filed Under: Food

Comments

  1. Afif Rayyan says

    October 20, 2016 at 1:57 am

    Sedap nie.. boleh paksa isteri buat nie.. ehehe

    Reply
  2. Afiq Halid says

    October 22, 2016 at 3:03 pm

    Haha. Senang ni. Selamat mencuba 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim