Memang betullah orang cakap, apabila sudah sayang memang akan sanggup buat apa sahaja. Adakala tidak fikirpun berapa jumlah yang dikeluarkan asalkan dapat beri yang terbaik. Lagi-lagi makanan untuk “budak” berbulu ini. Hahahaha.
Memang Fiqqq panggil budak-budak. Budak-budak yang degil, suka buat sepah, suka kacau orang buat kerja dan macam-macam lah. Walaupun buas, bikin sakit hati kadang-kadang tu. Tapi apabila kita pegang dan dokong, sejuk je hati Fiqqq ni. Terus tak jadi nak marah.
Jadi, makanan yang Fiqqq belikan mesti cari yang terbaik. Begitu juga untuk pasir tempat najis supaya budak-budak ni sentiasa bersih dan kurang berbau. Hahaha. Secara tidak langsung, terdaftar pemegang kad ahli sebagai VIP di kedai Pet Lover Centre.
Kedai ni ada di Tingkat 2, Aeon Shah Alam. Pada mulanya, saja cari-cari makanan untuk budak-budak ni tetapi memandangkan layanan dan cara mereka menerangkan dan memberi cadangan mengikut bajet yang kita ada sangat bagus. Tidak mendesak untuk membeli paling mahal tetapi bagi yang terbaik untuk Fiqqq pilih sendiri.
Lebih-lebih lagi budak-budak ni semacam cerewet sedikit bab makan. Rasanya sama macam tuannya. Nak dijadikan cerita, ibarat setiap minggu nak tukar makanan jenis atau jenama yang berbeza. Hahaha.
Mula-mula beli yang paket kecil dulu untuk lihat selera. Rugi kalau beli paket yang besar tapi nanti makan sekali saja. Fuhhhh. Bukan murah ya makanan budak-budak ni. Selepas cuba, kelihatan seperti mereka mahu lagi. Jadi, Fiqqq belilah satu paket yang besar. Ada banyak jenis dan rasa. Pilih sahaja.
Sudah tentu lah Fiqqq pilih mana yang nampak menyelerekan. Siap ada ikan Salmon tau. Untung … untung …. Hahahaha.
Sebelum ini tidak pernah cuba jenama yang ini. Tapi selepas guna memang terbaik. Kurang berbau dan tidak berdebu. Almaklumlah, bulu memasing kembang-kembang. Kalau keluar daripada bilik mereka masing-masing macam baru lepas keluar daripada tapak pembinaan. Tapi selepas guna yang ini dah tiada lagi dan mereka jadi lagi bersih.
Haaaaa. Perlu mandikan mereka ni ya. Di sini banyak pilihan sabun mandi. Kalau nak hilangkan kutu, nak jadikan bulu bersinar dan macam-macam lagi boleh sahaja pilih ikut bajet masing-masing. Cari juga sabun yang wangi sikit sebab kadang-kadang budak-budak tu tidur sekali dengan Fiqqq dalam bilik. Senang sikit bangun pagi sebab setiap pukul 4.30 pagi atau 5.15 pagi, mereka akan kejutkan sebab nak pergi bilik masing-masing nak poo poo. Hehehe.
Seronok waktu pilih-pilih barang-barang di sini tetapi selepas pergi kaunter bayaran . Haaaaaa. Memang berhuhuhu Fiqqq di situ. Nasib baik jadi ahli maka ada potongan harga sikit. Kadang-kadang dapat buah tangan lagi daripada kedai. Hahaha.
Tapi, sudah namanya sayang dengan budak-budak ni maka tutup jugalah sebelah mata perbelanjaan untuk mereka walaupun adakalanya terasa juga wallet makin menipis. Hahaha. Cuma beli bukan selalukan. In Shaa Allah ada rezeki lain untuk mereka. Hehehe.
Sekali sekala.. Nak yang terbaik juga untuk mereka. :p
Betul. Lagipun seronok tgk diorg sihat