Food

Air Soda Limau sedap dan senang

Air Soda Limau sedap dan senang

Air Soda Limau sedap dan senang untuk sediakan. Adakalanya tidak cukup rasanya hanya sekadar menu makanan sahaja yang sedap. Jadi, Fiqqq pergi menuntut ilmu dengan Kak Azian untuk menyediakan satu resipi air yang sedap, ringkas dan menyegarkan. Maka, terciptalah Air Soda Limau.

Bahan-bahannya:

2 cawan – Air soda
2 biji – Jus limau nipis dan diparut kulitnya
Air gula secukup rasa
1 cawan – Ais

Cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan -bahan kecuali kulit limau ke dalam pengisar.
2. Kisar sehingga ais hancur.
3. Tuangkan ke dalam gelas dan taburkan kulit limau nipis.
Memang sedap. Nanti cuba tau. Lagipun senang sangat untuk sediakan. Sekurang-kurangnya jimat sikit buat air yang sedap-sedap di rumah dan yang penting boleh tambah dan kurangkan ikut citarasa masing-masing. Tapi, kalau ikut resipi Kak Azian pun sudah ‘power’.
Selamat mencuba ya!!!
Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “Air Soda Limau sedap dan senang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back To Top