Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Idea Set Meja Makan : Barulah ada kelas

Idea Set Meja Makan : Barulah ada kelas

November 12, 2016 by Afiq Halid 1 Comment

Idea Set Meja Makan : Barulah ada kelas

Idea Set Meja Makan : Barulah ada kelas. Kadang-kala tidak terfikir pun untuk hias-hias meja makan. Lebih-lebih lagi apabila ada tetamu yang datang bertandang. Kan … kan … kan … Tapi, walaupun sedikit sentuhan ikut citarasa berdasarkan tema makanan yang kita hidangkan mesti beri satu mood yang lain. Bagi Fiqqq akan naikkan lagi selere makan dan jadikan lebih seronok menjamu selera. Dua dalam satu terus. Hahaha.

Panjang lebar kali ini Kak Azian mengulas cara yang ringkas tapi beri kesan yang maksima pada set meja makan. Fiqqq perlu tahu, mana lah tahu, andai kata bakal mak mertua nak datang bertandang makan malam bersama. Eh! Hahaha. Calon pun belum ada lagi.
Bagi Fiqqq, lebih suka minimalis dalam hias-hias ni. Less is More. Gunakan warna-warna yang bersih dan yang penting kombinasi warna tersebut mesti tepat. Kalau tidak, habislah macam majlis bersama badut. Hahaha. Apapun, kita boleh dapatkan banyak sumber inspirasi daripada sekeliling kita. Adakalanya tidak perlu membazir membeli barang yang sangat mahal. Cukup sekadar nampak classy.
Mesti banyak idea selepas lihat video penerangan daripada Kak Azian. Betul tak? Fiqqq nak cuba satu untuk makan malam nanti bersama keluarga. Walaupun cadangnya nak buat nasi goreng. Namun, food presentation yang meletop mesti lebih nampak istimewa.

Filed Under: Food Tagged With: Chef Azian, Idea, Set Meja Makan

Comments

  1. Amin Hakim says

    November 15, 2016 at 9:01 pm

    Simple is awesome ☺☺☺

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim