Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / AhCheng Laksa : Jimat dengan ‘All Day Set’ …

AhCheng Laksa : Jimat dengan ‘All Day Set’ …

December 7, 2016 by Afiq Halid 2 Comments

“Jom makan!”.
Semua akan jom. Apabila tanya, nak makan mana? Semua akan fikir sekejap!!!. Hahaha. Selalu terjadikan? Fiqqq pun mengalami situasi dan perkara yang sama juga. Tapi kan, dalam runsing fikir cari kedai untuk makan tengah hari ‘ter’berdiri hadapan kedai yang diberi nama AhCheng Laksa. Kelihatan menarik. Belum pernah rasa. Ibarat perlu makan tengah hari di sini je. Hehehe.

Benda pertama yang kita akan lihat apabila sampai di kedai makan ialah menu dan mata akan tertumpu pada harga terlebih dahulu. Dalam ekonomi tidak berapa nak stabil ini kita perlu berjimat dan bijak berbelanja. Fiqqq rasa boleh tahan harga. Maka, Fiqqq pilih …

All Day Set : Set B RM 16.50

Asam Laksa

 

Jatuh hati dengan hirupan kuah yang pertama. Walaupun berada di Shah Alam tapi Fiqqq rasa ibarat sedang bercuti sambil menikmati makanan yang sedap. Rasa kuah asam laksa yang sedap bercampur dengan manis rasa bawang dan juga nanas ditambah rasa sedikit daun pudina memang terangkat habis. Dan tidak lupa petis udang (pertama kali makan benda ini) yang dicampur sedikit sebagai penaik rasa makan laksa. Terbaik !!!

 

Asam laksa ini bagi orang yang tidak makan sayur. Maka rupanya sedikit kosong. Makan lah sayur. Sedap apa.

Keropok Lekor

 

 

Keropok lekor di sini memang best. Walaupun sampai agak awal namun makan selepas menikmati asam laksa tetap lembut walaupun digoreng garing. Senang cerita kerepok lekor dia tidak keras. Fiqqq dapat rasakan betapa sedapnya kalau sampai di meja dan terus makan panas-panas. Dapat pula cicah sos yang tidak berapa pedas dan sedikit manis.

Chicken Roll (Lobak)

 

Tidak sangka rasa sedap Chicken Roll (lobak) ini melepasi tahap jangkauan Fiqqq. Melihat kepada rupa dan saiz serta kuantiti mesti rasa dia biasa-biasa. Namun, selepas Fiqqq makan satu. Perghhhh! Rasa nak tambah lagi satu dua pinggan. Sedap!!!

 

 

Kedai ini lebih kepada konsep santai dan terbuka. Tapi, ikut rezeki juga sebab waktu Fiqqq sampai orang agak ramai jadi terpaksa tunggu sekejap. Kejap je lah tapi. Dalam masa tunggu-tunggu tu sempatlah kita belek-belek menu yang tersedia untuk dapatkan set yang berbaloi dan yang menjimatkan serta mengikut jumlah kepingan kertas yang berada di dalam wallet. Hahahaha.

 

Ada banyak lagi menu-menu lain yang perlu Fiqqq cuba untuk masa akan datang. Kalau sedap Fiqqq mesti datang semula. Kalau biasa-biasa, Fiqqq cuba di kedai lain pula. Tak gitu. Huhuhu!!!

Filed Under: Food Tagged With: AhCheng Laksa, Kelab Blogger Ben Ashaari, Shah Alam

Comments

  1. Amanda Suria says

    December 7, 2016 at 11:40 am

    Alaaaaa….awalnya makan laksa..terus akak terliur….

    Reply
  2. Afiq Halid says

    December 7, 2016 at 12:18 pm

    Kena makan awal sebab nanti sure penuh. Huhuhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim