Food

Makan Dalam Kafe: Kafe Hipster di Banting

Kalau makan malam dengan keluarga, Fiqqq akan cari lokasi yang makanannya sedap, suasana yang selesa dan seronok untuk luangkan masa bersama. Fiqqq sebenarnya sudah lama aim Kafe ‘Makan Dalam Kafe‘ ni semenjak mereka buka lagi. Baru ni berkesempatan pergi dan menikmata boleh dikatakan semua menu Fiqqq cuba. Hahahaha.
Fiqqq malas nak borak panjang. Jadi, boleh lihat sendiri antara menu-menu yang menjadi hidangan Fiqqq sekeluarga. Woot woot !!!

Nasi Lemak Chicken Chop

Waktu sampai sahaja hidangan ini di atas meja, Fiqqq terus teruja sebab makanan penuh satu pinggan. Dengan nasi lemaknya, seketul chicken chop dalam satu pinggan, sambal nasi lemak dan sedikit sos lada hitam yang melimpah di bahagian tepi nampak sangat menyelerakan. Ambil sesudu nasi, sedikit sambal, kacang, sepotong chicken chop dan makan. Rasa kombinasi nasi lemak dengan rangup chicken chop dan sedikit rasa sambal nasi lemak memang akan buat kita tak berhenti makan selepas itu. Huhuhu. Harga RM 8.00
 

Beef Steak

Jenuh Fiqqq nak menghabiskan Beef Steak. Daging dia penuh, padat dalam masa yang sama lembut apabila dikunyah. Almaklumlah, Fiqqq bergigi herbivor maka tidak tajam. Jadi, tidak lah Fiqqq terseksa menikmati Beef Steak ini. Keadaan daging yang lembut dan tidak terlalu kering memang sedap kita makan. Ditambah pula sos lada hitam yang ada umppphhh!!! Makan puas-puas. Harga RM 14.00.

Lamb Chop

Lamb Chop ni antara makanan kegemaran abah. Fiqqq suka juga. Apabila rasa Lamb Chop ni terus ‘Abah, kita tukar pinggan boleh?’ Hahaha. Memang tidaklah abah nak bagi kan. Bagi peminat kambing, wajib cuba ni. Daging kambing yang lembut dan rasa berjus ketika kunyah. Nyam nyam. Hahaha. Harga RM 12.00.

Chicken Chop

Antara makanan kegemaran Fiqqq kalau makan di kedai yang menyediakan makanan western. Paling menyeronokkan ialah apabila melihat Chicken Chop seolah-olah menjadi kepualauan di bahagian tengah dek kerana sos lada hitam yang melimpah ruah. Dengan rasa ayam yang rangup dan pedas sos lada hitam memang menyelerekan. Kenyang dan puas makan. Harga RM 7.00.

Menu Sampingan

Ada lagi ya menu di sini. Fiqqq panggil ni menu tepi-tepi. Hahaha. Menu tepi-tepi ini Fiqqq akan pesan sebagai makanan untuk penutup sebelum kenyang. Kalau tiada menu ini ibarat makan tidak lengkap. Hehehe.

Mushroom Soup + Garlic Bread

Mushroom soup dan garlic bread ini akan sampai dulu. Ala-ala pencuci mulut. Mushroom soup ni memang pekat. Sekurang-kurangnya kita tidak hirup sup air kan? Makan pula dengan garlic bread buat celup-celup dengan sup. Roti yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras memang sedah makan dengan mushroom soup.

Drumstik Berempah

Drumstik berempah yang disirami sos lada hitam yang melimpah rauh. Hahaha. Cukup rempah, cukup rasa, cukup sosnya dan cukup kenyang kalau makan. Jangan risau sebab satu set ini ada tiga ketul peha ayam. Jangan gaduh jangan rebut. Bismillah dan sambung makan diam-diam.

Pisang Goreng Cheese – iPishang

Woot woot. Menu wajib cuba dan bagi Fiqqq wajib datang lagi dan beli yang banyak sikit. Kesedapan pisang goreng ini bukan pada penambah rasa tapi pada pisang itu sendiri. Pisang yang rangup kerana digoreng garing dan tidak berminyak. Tambah pula dengan pelbagai jenis coklat, nestum, strawberry, oreo dan lain-lain ikut cita rasa masing-masing. Sejujurnya, Fiqqq tidak cukup dengan sepinggan yang hanya ada 8 ketul. Selepas ini, kalau datang lagi Fiqqq perlu beli yang 16 ketul pisang goreng. Harga RM 8.00 (8 ketul)

Boleh datang ke sini kalau inginkan sedikit suasana kampung sambil menikmati makanan western. Hargapun murah dan berpatutan dan makanan pula banyak dalam setiap pinggan. Agak-agak kalau nak cari, boleh cari di Makan Dalam Kafe

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

8 thoughts on “Makan Dalam Kafe: Kafe Hipster di Banting

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back To Top