Lepas habis main futsal dalam pukul 10.30 malam terus berkeroncong perut sebab lapar. Lapar tahap ‘Fiqqq kena makan sesuatu yang banyak.’ Hahaha. Balik, siap-siap dan terus gerak tanpa hala tuju dan tersinggah di Burgerbyte di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. Almaklumlah, sudah pukul 11.20 malam dan kedai yang buka pun tak berapa nak banyak.
Pertama kali datang kedai si Zizan Razak ni. Apabila dapat sahaja menu Fiqqq terus macam rambang mata. Weyyyyyy, banyak betul pilihan yang semua tangkap leleh. Lagi-lagi bagi orang yang suka makan burger yang di grill. Payah-payah. Hahaha. Dengan lafaz bismillah, Fiqqq pun …..
Fabulous Naked Burger – Combo 1 Naked (Beef & Chic)
Fiqqq teruja sebab waktu mereka hantar pesanan ni penuh dengan asap-asap dan sewaktu dia letak atas meja, sos lada hitam yang melimpah ruah ini masih menggelegak. Ada pula kepingan keju yang meleleh di atas daging burger beserta bawang istimewa mereka di bahagian atas. Oleh kerana sangat lapar, bismillah dan terus potong kecil lalu makan. Fuhhhhh.
Rasa burger daging yang digrill memang sangat sedap. Dagingnya yang lembut, berjus, ditambah pula sos lada hitam, keju, dan bawang tu buat Fiqqq teruskan makan walaupun panas. Diselang dengan rasa kentang lenyek dan sayur-sayur yang digrill. Kombinasi rasa yang terbaik dan rasa sedap tu Fiqqq masih rasa hingga ke cebisan burger yang terakhir. Power. Harga RM 21.80.
Cheese Burger – Lamb
Menu ini kelihatan biasa. Ada burger. Ada kentang goreng dan sayur segar. Mungkin, boleh dapat di mana-mana kedai lain. Tapi, selepas Fiqqq makan sepotong burger kambing ini terus nikmati setiap kunyahan. Rasa daging kambing yang sedap, lembut, tambah pula ada keju dan mayonis yang mereka hasilkan sendiri menjadikan burger kambing mereka tidak sama dengan kedai lain. Terlalu awal Fiqqq meletakkan pendapat namun berubah selepas rasa sendiri. Haaaaaa. Dan harga RM 14.80.
Chili Fries
Seronok betul Fiqqq lihat limpahan keju yang menutupi kentang goreng dan daging kisar. Dalam gambar nampak macam sedikit namun apabila sampai di meja, nahhhh ambil dan makan lah kau puas-puas Fiqqq. Hahaha. Keju dia memang tidak mengecewakan. Rasa daging kisar juga akan jadi menambah sedap apabila makan kentang yang ada. Cicah pula dengan sos cili yang disediakan. Ada umppphhh. Walaupun makan kongsi dua orang tetap tidak habis. Tapikan, rugi tau kalau dah sampai lepak makan sini tak cuba. Hihihi. Harga RM 8.80.
Ice Lemon Tea
Kalau ikutkan menu dan nafsu makan yang membuak-buak. Fiqqq akan pilih air istimewa di Burgerbyte. Namun, memandangkan makan sesuatu yang berminyak makan Fiqqq minum Ice Lemon Tea sahaja. Dengan harapan boleh menghakislah lemak-lemak burger di dalam perut nanti. Hahaha. Lagipun, Fiqqq lebih suka minum sesuatu yang bukan sesuatu yang ada coklat atau bersusu kalau makan makanan yang berat. Harga segelas RM 4.00.
Secara keseluruhan, Fiqqq memang suka rasa daging burger yang digrill di sini. Hargapun tidak terlalu mahal dan berpatutan dengan rasa kenikmatan setiap suapan daging burger serta menu-menu yang lain. Harap nanti kalau Fiqqq datang lagi rasa masih sama. Selepas ini Fiqqq macam nak cuba pasta mereka pula sebab nampak sangat menyelerakan dalam gambar dan beberapa menu yang lain. Hahahaha.
Apa pun nasib baik sampai di Burgerbyte sebelum pukul 12 sebab itu adalah waktu mereka mula untuk tidak lagi ambil pesanan daripada pengunjung. Terima kasih sebab tunggu kami habis makan. Almaklum, Fiqqq memang tidak boleh makan laju. Lagipun makanan sedap. Berilah peluang untuk Fiqqq nikmati rasa tu secara total. Hihihi.
Rate : 4/5
Telefon : 03-55237312 (andai kata nak buat tempahan meja lebih awal)
Reen Johari says
Lain mcm tengok rupa naked burger.. Nampak menyelerakan Fiqq! Rate 4/5.. Macam sedap ni.
http://www.reenri.com
Nurul Syahirah says
hahaha.. menggiurkan >.<" boleh try la next time..
singgah sini & followed sini 🙂
http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html
Afiq Halid says
Rasa burger dia mmg terbaik. Huhu
Afiq Halid says
Huhu. Cuba2. Banyak pilihan burger boleh buat
Azlinda Azman says
uhuuuuii sedapnya 🙂