Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam antara tempat lepak makan yang menarik dan sedap. Walaupun keluasan kedai tersebut agak kecil namun boleh memuatkan ramai pelanggan dalam satu masa yang sama. Kedai yang ringkas dan menarik sesuai untuk mereka yang suka untuk bergambar dengan makanan.
Menu Foodsbury Seksyen 9 Shah Alam
Seafood Carbonara
Memandangkan Fiqqq teringin sesuatu yang cheesy atau creamy dan yang ringan-ringan maka pesan makanan ini. Apabila melihat kuantiti udang dan beberapa bahan-bahan yang lain terus ‘wow’. Banyaknya hidupan laut dalam pinggan ini. Ditambah pula dengan hirisan cendawan dan juga brokoli. Berselera saja tekak ini nak telan.
Ambil garfu, gaulkan dengan limpahan sos creamy yang banyak dalam pinggan dan makan. Fiqqq terus tak cakap dengan orang depan. Khusyuk nikmati makanan yang ada dalam pinggan. Jangan ganggu. Fiqqq sedang fokus. Tapikan, kalau udang tu ada lebih lagi sikit mesti seronok dah bagi siapa-siapa yang makan. Hahahaha. Harga RM 17.50.
Loaded Mashed with Chicken Tortilla
Tergelak sikit waktu menu ini sampai di meja. Haha. Maaf. Mungkin saiz pinggan yang besar maka makanan ini kelihatan comel je. Huhuhu. Namun, kita akan jadi berselera sebab susun atur makanan dalam pinggan sungguh menyelerakan. Pertama kali Fiqqq makan makanan yang bernama Tortilla. Ke dia sebenarnya sama je dengan Chicken Wrap dan sebagainya? Hahaha.
Dan … apa yang Fiqqq suka untuk menu ini ialah kentang putar yang disekalikan dengan kepingan daging tu. Sangat sedap. Kalaulah mereka jual kentang putar itu sahaja, mungkin Fiqqq orang rajin beli hari-hari. Harga RM 17.50.
Chilli Cheese Fries
Kentang ni sedap makan waktu panas-panas. Waktu keju dia meleleh. Daging kisar yang masih panas berasap. Campurkan dan makan. Sedap. Tapi, Fiqqq suka tambah sos cili bagi pedas sikit. Ralat rasanya kalau makan kentang goreng tidak ada rasa pedas. Hahaha. Lagi sedap kalau dapat cecah dengan mayonis. Lupa minta masa tu. Hahaha. Walaupun dalam bekas yang kelihatan kecil, namun cukup untuk buat kita rasa kenyang. Harga RM 9.50.
Mushroom Soup
Abaikan tau warna garing itu. Hahaha. Apapun, Fiqqq suka rasa sup cendawan di sini. Banyak dan sedap. Kalau kongsi berdua pun boleh. Puas hirup. Sambil-sambil tu ambil roti garing itu dan buat cecah. Fiqqq gemar untuk cubit roti jadikan potongan kecil dan rendam seketika dalam sup cendawan. Kemudian, makan. Seronok … Seronok … Tapi lagi seronok kalau roti dia banyak sikit dan bakar betul-betul. Hahaha. Harga RM 10.40.
Almond Salted Caramel Crepe Cake
Kalau datang Foodsbury, wajib rasa crepe ni. Antara crepe yang Fiqqq suka. Apabila sebut pasal crepe, Fiqqq akan secara tidak langsung teringat Foodsbury. Tekstur crepe yang lembut apabila dipotong dan sedap apabila di dalam mulut. Kalau boleh tak nak makan laju-laju. Hahaha. Ditambah pula manis karamel dan rangup buah badam memang memukau pada sesiapa sahaja yang makan. Haaaa. Harga RM 13.80.
Nutella Pancake
Tidak tahu kenapa Fiqqq boleh terbayang tepi pancake tu adalah seketul kentang putar. Hahaha. Mana lah tahu kan kalau-kalau ada sedikit kelainan yang ingin diberi dalam set ni. Hihihi. Tapi semua halusinasi itu berubah seolah-olah kau adalah kanak-kanak riang yang gembira mendapat pancake paling lazat disapu dengan coklat nutella. Campur pula sesudu aiskrim dan calitkan sos beri sedikit. Selepas itu makan. Kombinasi rasa semua tu memang terbaik. Harga RM 13.40.
Banyakkan makanan yang best-best di Foodsbury. Nanti kalau datang, buat pesanan ikut selera masing-masing tau sebab ada banyak pilihan. Terima kasih juga pada cousin sebab sudi layankan Fiqqq punya perangai nak makan macam-macam. Ada juga geng tukang habiskan makanan malam tu. Hahahaha.
Layanan di sini memang terbaik. Secara keseluruhan Fiqqq boleh bagi 3.7/5. Untuk makanan, mungkin bukan rezeki kot untuk semua menu yang Fiqqq pesan terhidang sempurna. Apa pun crepe tersebut tidak mengecewakan daripada dulu sampai lah Fiqqq rasa lagi untuk sekarang. Suka betul Fiqqq dengan crepe kat sini sampai tak boleh move on. Hahaha. Harap selepas ini, mereka jaga kualiti makanan sebelum sampai di meja pelanggan.
Lisa Nurulain says
teringin nak spagheti tu . tp nak yang pedas hehe
Afiq Halid says
Spaghetti tu x pedas. Hahaha. Kalau suka yg creamy2 boleh la
YieN says
Alah alah.. Sedapnya.. Perut pon dah start menyanyi ni 😛
Afiq Halid says
Huhuhu. Jom singgah sini.
Mama Kembar 3 says
Nutella pancake tu…adoiii teringin!
Afiq Halid says
Huhuhu. Sedapkan. Tambah lak Nutella