Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Sedap ke Meatball di IKEA?

Sedap ke Meatball di IKEA?

January 30, 2017 by Afiq Halid 7 Comments

Sedap ke Meatball di IKEA?

Sedap ke Meatball di IKEA?. Tiba-tiba Fiqqq mengidam pula nak makan. Maka, hidupkan enjin kereta dan menuju ke IKEA di Damansara. Fiqqq tahu ada yang baharu di Cheras. Dah pergi dan orang dia macam apa ntah. Ramai yang amat. Sempat jugalah mereput beratur nak ambil makanan. Waktu nak beli makanan kena beratur. Nak makan pun kena tunggu meja kosong. Hahaha.
Nasib baik kali ini, orang belum nak berpusu-pusu ke IKEA. Jadi, Fiqqq boleh terus ambil troli dan ambil makanan dan bayar. Meja pun boleh dikatakan penuh tapi tidak lah rasa azab menunggu untuk makan. Hahaha.
Fiqqq ambil meatball 10 biji. Ikut nafsu makan, nak saja ambil 15 biji tapi fikir nak rasa makanan yang lain juga. Kalau tidak habis, dah membazir. Kan … kan … kan ? Fiqqq sedikit kagum sebab rasa meatball ini sama je macam dulu-dulu punya. Sos dia dan ditambah dengan jem apa ntah. Cuma Fiqqq kurang sikit kalau makan meatball dengan benda manis. Tak kena betul dengan tekak ni. Hahaha.
Dalam sedang asyik melayan meatball, terperasan yang mereka bagi seketul kentang dan bukan lagi kentang lenyek. Hahaha. Kawan dapat seketul kentang yang sebiji. Fiqqq dapat seketul kentang yang separuh. Tak senonoh sungguh. Huh. Harga RM 12.00.
Mereka betul-betul berjaya mempengaruhi Fiqqq untuk datang makan bukan sekadar meatball semata. Ternampak ayam goreng ini di papan iklan tu lalu terambil dan terbayar. 1 set ada 5 ketul. Besar juga. Puas makan. Sedap pun ya juga lah. Dan … dan … dan … Jangan rasa-rasa sepinggan 5 ketul tu boleh habis makan seorang ya kalau ada beli meatball sama. Anda akan kekenyangan tahap maksima. Tiga ketul je Fiqqq boleh sumbat. Selebihnya bagi member. Harga 1 set RM12.00.
Bagus susanan mereka. Setiap kali lalu, setiap kali itu Fiqqq jadi rambang mata. Masa sebelum bayar ternampak pula bahagian roti-roti dan sup cendawan. Weyhhhh, sup cendawan dia sangat pekat. Sekali hirup puas hati. Kenyang tu dah tentu. Cicah pula dengan roti bawang putih (garlic bread). Padu betul rasa dia. Dalam perut yang kekenyangan, perlahan-lahan je Fiqqq hirup nak habiskan. Terseksa jugalah sebenarnya. Tapi tidak mahu membazir. Penat cari rezeki. Hehehe. Harga untuk sup cendawan RM 4.20 dan harga Garlic Bread adalah RM 2.90.
Alhamdulillah dapat juga memenuhi keinginan tekak. Cuma satu je Fiqqq rasa macam dah tidak ada. Kek coklat Daim. Rasa nya macam pernah makan. Tapi cari-cari sudah tiada lagi. Makan kempunan sampai sekarang ni. Hahaha. Apa pun, datang tempat macam ini perlu bijak set masa. Apabila sampai waktu kemuncak, fuhhhhhhhh. Itu je Fiqqq boleh cakap.

Filed Under: Food Tagged With: Damansara, IKEA, Kelab Blogger Ben Ashaari, Meatball

Comments

  1. Sue Izza says

    January 31, 2017 at 4:35 am

    lebih suka chicken wings and mushroom soup dari pada meatball hehhe

    Reply
  2. Afiq Halid says

    January 31, 2017 at 7:29 pm

    Mushroom soup sini sedap. Makan dgn garlic bread. Woot woot

    Reply
  3. Anonymous says

    February 3, 2017 at 5:56 pm

    Hi, macam mana nak contact untuk advertorial/review? Ada emel?

    Reply
  4. Afiq Halid says

    February 3, 2017 at 11:43 pm

    Boleh e-mail pada Afiqhalid09@gmail.com

    Reply
  5. Amir says

    December 26, 2018 at 6:39 am

    Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari website tuan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada website tuan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak tuan adalah amat dihargai 🙂

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 26, 2018 at 9:31 am

      Wassalam. Boleh en Amir. Semoga bermanfaat. 😀

      Reply
  6. Amir says

    December 26, 2018 at 6:40 am

    salam

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim