Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Saujana Hotel : Rancang percutian dengan Traveloka

Saujana Hotel : Rancang percutian dengan Traveloka

March 13, 2017 by Afiq Halid 32 Comments

Saujana Hotel, Kuala Lumpur

Wahhhh. Macam menarik je Saujana Hotel ni!!! Fiqqq macam ingin rancang percutian di sini. Boleh tak? Hahaha. Fiqqq tahu yang Saujana Hotel ini bertempat di Kuala Lumpur dan boleh dikatakan dekat jugalah dengan rumah tapi saja suka-suka untuk rehatkan diri di hotel yang eksklusif dan selesa. Cuba tengok bintang dia. Macam banyak je. Hehehe. Sengaja cari yang dekat ala-ala ikut tagline percutian di Malaysia #dekatjer. Hahaha.
Kali ini Fiqqq nak cuba guna www.traveloka.com sebab ada promosi potongan harga dan sebagainya. Almaklumlah, setiap kali ingin bercuti mesti bilik akan penuh. Mana tahu dengan Traveloka ni Fiqqq dapat bercuti seperti yang dirancang. Lagipun, saja survey hotel yang eksklusif  dan selesa serta kena dengan bajet. Terus nampak hotel ni. Boleh dikatakan the best pick in town the Saujana Hotel in Kuala Lumpur. Haaaaaaa.
Tiba-tiba rasa macam orang have-have kalau masuk hotel dengan laluan dia begini. Tapi, sekali sekala kan. Bila lagi nak merasa. Walaupun hanya merancang, mana tahu dapat rehatkan diri di sini. Kali ini nak bercuti yang selesa duduk dalam bilik, tidur, rehat-rehat, jalan-jalan dalam hotel, tenangkan fikiran, makan, dan cuba untuk menikmati setiap keindahan yang ada dalam hotel terkemuka ini. Wahhhh. Hahaha.
Tengoklah bilik dia. Cantikkan? Nampak sangat selesa. Adalah juga rasa tak nak keluar daripada bilik. Ala-ala berhibernasi untuk beberapa hari. Rugi kalau tidak gunakan masa yang ada untuk menikmati berehat dalam bilik mewah, eksklusif dan ada kelas gitu. Terasa indahnya dapat beristirehat sambil menikmati secawan milo panas di jendela sambil melunjurkan kaki. Hahaha. Boleh ambil gambar dan kongsikan di Instagram. Hahaha.
Kalau tidak silaplah kan, Saujana Hotel ini menyediakan lebih kurang dalam 386 bilik yang terbahagi kepada beberapa jenis. Seperti biasalah ada untuk kelas standard, Delux dan Executive Suites. Senang cerita, jangan risaulah bilik penuh. Hahaha. Yakin je Fiqqq cakap.
Aktiviti yang boleh Fiqqq buat di Saujana Hotel yang menjadi tumpuan ialah berenang. Maka boleh Fiqqq menunjukkan bakat berenang seperti seekor badak air yang selesa dalam kolam renang. Pemandangan di kolam renangpun cantik. Haruslah Fiqqq berlama-lama di sini. Selepas berenang, boleh sapu losyen, pakai cermin mata hitam dan rehat sebentar di kerusi rehat. Jangan ingat hotel luar negara sahaja boleh buat begitu ya. Di sini pun ada kelas tau buat begitu. Hahahaha.
Setelah seharian berehat dan berenang, boleh rancang untuk makan malam sambil menikmati pemandangan yang tenang. Fuhhhhh! Fiqqq dapat bayangkan bahagianya makan malam ketika itu bersama keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi kalau ambil set bufet. Hahaha. Alamat makan sampai kenyang yang betul-betul kenyang. Fiqqq risik-risik tadi nampak banyak juga menu yang disediakan.
Bukan takat menu hidangan sahaja yang banyak malah ada beberapa jenis restoran yang ada dalam hotel. Boleh sahaja pilih. Ada restoran yang menyediakan masakan Itali, barat, Jepun dan sebagainya. Banyakkan? Namapun hotel banyak bintang, mesti makanan ada kelas untuk pengunjung yang datang. Kan … kan … kan ???
Tidak lupa juga perkara paling penting dalam dunia bahawa Saujana Hotel ini menyediakan Wifi secara percuma. Maka, jangan khuatir tidak boleh bermedia sosial dalam hotel ini. Boleh memuat naik sebanyak manapun gambar dalam laman sosial dengan bahagia. Fiqqq yakin. Hotel cantik tersergam indah ini pasti ada banyak lokasi yang menarik dan cantik untuk kita bergambar sebagai kenangan.
Kuat betul Fiqqq berangan. Ehhhh! tidak salahkan kalau Fiqqq berangan dan merancang untuk bercuti di sini? Bukan selalu. Ada rezeki, sampailah Fiqqq di sini. Dan seperti yang Fiqqq survey, boleh bagi saranan kepada mereka yang jauh mencari hotel di Kuala Lumpur. Nasib baik ada www.traveloka.com . Dapat Fiqqq rancang percutian akan datang. Tempah bilik siap-siap. Rajin-rajin buka website tersebut. Mana tahu waktu kita buka ada diskaun atau harga promosi. Dapatlah kita bercuti sambil berjimat. Bayar murah-murah sudah!!! Hahaha.
Dan … dan … dan … Saujana Hotel ini dekat juga dengan tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Menara Kuala Lumpur, Pavilion kepada mereka yang ingin membeli-belah dan banyak lagi. Senang cerita, senanglah serba serbi. Cuma bersabarlah apabila di atas jalan raya ya. Sekarang ini mana-mana pun sama sahaja. Janji tempat penginapan kita selesa. Kan … kan … kan ?!!

Filed Under: Travel/Hiking

Comments

  1. Shark Kay says

    March 13, 2017 at 2:13 pm

    phew..
    high class punya tempat ni.
    satu malam mmg x cukup stay sini.

    Reply
  2. Julia Johari says

    March 13, 2017 at 2:18 pm

    Kuala lumpur ke???? Macam tak percaya di KL tq fiqq kasi akak idea…ingat nak sambut speacial day kat sini kalau harga ok hehehe

    Reply
  3. Kak Sue says

    March 13, 2017 at 2:20 pm

    Wah best nie Fiqq..pun tak jauh dari rumah Kak Sue nie.. 🙂

    Reply
  4. firzz duka says

    March 13, 2017 at 2:31 pm

    Cantiknya hotel dia…nak guna traveloka la car diskaun menarik…

    Reply
  5. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 2:39 pm

    Tapi nice kan untuk berehat. Bilik dia sgt mengundang tido lebih lama. Hahaha

    Reply
  6. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 2:40 pm

    Yup. Dekat kan. Nasib baik ada trevaloka. Hahaha. Nak check lagi

    Reply
  7. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 2:41 pm

    Dekat dan sgt menarik. Tak sangka Dalam kesibukan kota ada hotel yg sgt menarik untuk berehat.

    Reply
  8. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 2:42 pm

    Sila-sila

    Reply
  9. Lisa Nurulain says

    March 13, 2017 at 2:43 pm

    phewww… nti nak risik2 la guna traveloka

    Reply
  10. CIKZACOM says

    March 13, 2017 at 2:47 pm

    Wahhh bestnyaaaaa… nak cubalah traveloka

    Reply
  11. PencariMakan says

    March 13, 2017 at 2:48 pm

    ALAMAK… Dia punya suasana… Tak rasa macam di Kuala Lumpur

    Reply
  12. Nina Mirza says

    March 13, 2017 at 2:52 pm

    Cantik laaa suasana malam kat sana

    Reply
  13. razzwey razz says

    March 13, 2017 at 3:07 pm

    Jom book bilik sana sebelum puasa jom! Jom!

    Reply
  14. Normi Nieza says

    March 13, 2017 at 3:08 pm

    weee..cantiknya tempat..:)

    Reply
  15. Nadia Johari says

    March 13, 2017 at 3:13 pm

    Cantik giler tempat dia

    Reply
  16. shazillahsani.com says

    March 13, 2017 at 3:36 pm

    wow cantiknya tempat ini, boleh try berkunjung ke sini.. hihihi

    Reply
  17. Nurul Syahirah says

    March 13, 2017 at 3:46 pm

    Wahhh.. cantik sangat suasana dekat sana 😍

    http://www.syahirahvaliant.com/

    Reply
  18. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:35 pm

    Hati2 risik. Rambang mata

    Reply
  19. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:35 pm

    Cuba selongkar. Mana tahu lebih mudah dan murah dgn traveloka

    Reply
  20. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:36 pm

    Betul. Masa survey2 tgk tempat memang nampak nice.

    Reply
  21. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:37 pm

    Nampak sangat menenangkan. Fuhhh

    Reply
  22. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:37 pm

    Pergi waktu puasa lah razi. Hahaha. Seronok rehat2 kat hotel memewah gini. Huhuhu

    Reply
  23. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:38 pm

    Sangat memukau mata

    Reply
  24. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:38 pm

    Sila bawa Fariza bercuti di sini please. Hahaha

    Reply
  25. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:39 pm

    Boleh honeymoon sini. Syahmi tinggal kat saya. Boleh tlg jaga.

    Reply
  26. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 4:39 pm

    Cantik kan?

    Reply
  27. Dkna Abza says

    March 13, 2017 at 5:33 pm

    Harga traveloka ni murah gak sebab masa p bercuu kat melaka ritu, bandingkan harga ngn web lain. Yang best, traveloka ni tak ada caj tersembunyi.

    Reply
  28. Afiq Halid says

    March 13, 2017 at 6:04 pm

    Woot woot. Tu yg nak dengar tanpa caj tersembunyi. Hahaha

    Reply
  29. YB Shehan says

    March 13, 2017 at 8:42 pm

    suasana malam dia cm bes je.. hmmm.. teringin la plak. hehe

    Reply
  30. Afiq Halid says

    March 14, 2017 at 7:33 pm

    Nampak tenang.

    Reply
  31. lokman amirul says

    March 17, 2017 at 4:36 pm

    cantiknyer tempat

    Reply
  32. luqman zakaria says

    March 18, 2017 at 12:48 pm

    haluu, saya followers yg ke 30!

    mmg untuk org yang have have la hotel nih haha. tapi memang lawa..kalau cantek mcm nih memang kena gunakan facilities yang ada sebaik yang mungkin kan.

    bw sy singgah dari blog arepnakbebel

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim