Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Makan sedap di Shah Alam Restoran Sri TTDI Jaya

Makan sedap di Shah Alam Restoran Sri TTDI Jaya

April 17, 2017 by Afiq Halid 12 Comments

Makan sedap di Shah Alam Restoran Sri TTDI Jaya

Banyaaaaaaakkkkkk … betul lauk di Restoran Sri TTDI Jaya ni. Serius tersangat banyak pilihan dan kadang-kadang Fiqqq termenung sekejap juga lah sambil pegang pinggan yang berisi nasi. Adakalanya jenuh tawaf meja lauk. Cukup 7 kali, orang cakap boleh naik haji sudah. Boleh hafal terus jenis lauk yang terhidang serta lokasi lauk tersebut.

Restoran ni senang untuk cari kerana berada di corner lot deretan rumah kedai. Kawasan itu pula lebih kurang kawasan bengkel-bengkel kereta. Jadi, jangan panik kalau masuk di kawasan tersebut. Berkenaan tempat letak kereta pula, seperti biasalah kan. Namapun ramai orang yang serbu maka tempat letak kereta akan sentiasa penuh. Mungkin perlu berjalan sedikit.

Okey … Okey … Fiqqq nak maklumkan bahawa tidak boleh cerita satu persatu rasa setiap lauk yang ada sebab banyak. Memang pecah perut kalau Fiqqq rasa kesemuanya. Hihihi. Jadi, Fiqqq akan kongsi gambar-gambar lauk pauk yang ada. Bagi buka selera makan kamu semua yang membaca. Jom Fiqqq payung gambar sikit …

Lauk Makan Tengah Hari

Banyakkan pilihan makanan yang mereka sediakan untuk pelanggan? Ini mungkin baru 70% gambar makanan yang ada di sana. Pilihan lauk utama, sayur dan pelbagai jenis masakan dan rasa. Memang terbaik. Selain daripada lauk yang terhidang, kita boleh buat pesanan seperti bihun sup, laksa dan sebagainya.

Ulam – ulam

Ulam merupakan antara makanan kegemaran. Lebih-lebih lagi dapat makan nasi dengan ulam raja. Kalau tidak pun pucuk tenggek burung dan sebagainya. Cicah pula dengan sambal belacan atau mungkin dengan cencalok. Wuuuu. Nyum nyum sungguh.

Pencuci Mulut

Selepas makan, Fiqqq wajib makan lagi. Tapi makan pencuci mulut lah. Contoh, pengat pisang, bubur hitam dan sebagainya. Selepas makan pencuci mulut yang sedap ini baru Fiqqq akan rasa kenyang secara total. Hahaha.

Dalaman Kedai

Kedai ini luas dan boleh menempatkan ramai pelanggan. Kalau datang salah timing, tunggu saja lah untuk dapat kerusi dan meja. Ada lagi satu bahagian yang boleh menempatkan dalam 20 orang di bahagian sebelah. Senang cerita, setiap ruang yang ada, mereka guna untuk pelanggan duduk dan makan.

Nasib baik kali ini Fiqqq datang sedikit awal. Kalau tidak. Waktu ambil nasi perlu beratur. Ambil lauk perlu beratur. Nak duduk makan pun kena tunggu. Seronok lepas makan semua, masih kena beratur waktu nak buat pembayaran di kaunter. Hahahaha.

Apapun, seronok apabila dapat makan di kedai makan yang sedap dan harga pula berpatutan. Kenyang, puas hati makan, dapat pula makan makanan yang kena dengan tekak kita. Fuhhhh.

Rating

Secara keseluruhan rasa makanan di sini Fiqqq bagi 4/5.

Filed Under: Food

Comments

  1. Seorang Syed says

    April 21, 2017 at 2:52 pm

    Tertarik betul dengan sotong dan paru dia! memang nampak macam sedap ja :')

    Reply
  2. Afiq Halid says

    April 21, 2017 at 8:16 pm

    Antara lauk Fav Fiqqq tu Syed. Hahaha

    Reply
  3. Nadia Johari says

    April 28, 2017 at 5:02 pm

    ya allah menyelerkan sungguh

    Reply
  4. Afiq Halid says

    May 3, 2017 at 11:40 am

    Kena try makan kat sini. Lauk dia semua memang tangkap leleh. Hehehe

    Reply
  5. Soledah says

    September 5, 2017 at 11:34 am

    Ada no phone restoran sri ttdi ni?

    Reply
    • Afiq says

      September 6, 2017 at 1:21 pm

      Ada di gambar yang pertama. 03-7832 1285

      Reply
  6. ResepiAsia . com says

    May 23, 2019 at 1:08 pm

    wahhh tenkiu boss bantu reveal, senang kami serang nanti nak pau resepi

    Reply
    • Afiq Halid says

      May 27, 2019 at 8:21 am

      your welcome

      Reply
  7. falisha adora says

    September 21, 2020 at 12:17 pm

    fiqq, thank you untuk pics. Sungguh menyelerakan. Dekat je dengan office I.

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 21, 2020 at 12:51 pm

      Boleh pergi selalu . Harga di situ pon okey . Lauk banyak pilihan . Huhu

      Reply
  8. Hamba Allah.. says

    October 15, 2022 at 11:53 am

    Bru keluar dr kedainya, makanan x sedap mana pun, sian tuan punya kedai.. pekerja muka ketat mcm dia plak yg owner, siqp suruh bungkus sambal ikat getah sendiri..mcm dia yg bayar aku makan kt sana, mmg xgi dah sekali jrr la duh..

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 16, 2022 at 10:53 pm

      lama dah x gi sana. semoga diorg maintain kan balik lah rasa yg lama tu. dulu gi okey je

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim