Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Burger sedap di NU Sentral : BUILT Custom Burger

Burger sedap di NU Sentral : BUILT Custom Burger

April 22, 2017 by Afiq Halid 8 Comments

Burger Sedap di NU Sentral
Seronok betul apabila kita boleh beli burger ikut citarasa masing-masing. Hanya di BUILT Custom Burger yang Fiqqq boleh minta macam-macam. Cuma perlu ikut senarai yang telah diberikan lah. Kalau minta lebih, memang minta senduk, kuali dan sebagainya daripada orang kitchen. Hahahaha.
Burger Sedap di NU Sentral

Cara-cara Custom the Burgers

Ada beberapa langkah yang perlu kita buat semasa membuat pesanan burger di kaunter. Bukan apa, nama pun Custom Burger. Jadi, kita boleh pilih ikut apa yang kita nak.

Langkah 1

Pilih jenis daging burger yang kita nak makan. Ikut selera masing-masing. Ada daging lembu dan ada daging kambing. Daging ayam pun ada. Agak-agak sejenis herbivor, boleh pilih Vegan Veggie. Fiqqq akan pilih daging kambing. Barulah kaw sikit rasa burger dia.

Langkah 2

Pilih jenis keju. Ada American Cheese, Cheddar Cheese, Swiss Cheese, Gouda Cheese dan Mocarella Cheese. Bagi Fiqqq, rasa burger akan kurang menyengat tanpa keju yang meleleh di atas lapisan daging burger. Setiap jenis keju yang ada akan beri rasa yang lain pada burger. Masa inilah nak rasa pelbagai jenis keju dan makan dengan burger. Sekurang-kurangnya bukan keju sekeping yang selalu kita makan.

Langkah 3

Agak-agak nak makan style macam mana? Nak makan dengan roti atau nak makan dalam mangkuk. Roti pun ada pelbagai jenis. Brioche, whole wheat, organic greens dan lettuce blend. Fiqqq pilih whole wheat ala-ala makan burger bersama roti sihat gitu.

Langkah 4

Pilihan langkah 4 ini lebih kepada makanan sampingan yang kita boleh makan dengan burger. Fiqqq pilih sweet sriracha. Selebihnya seperti shoestring, sweet potato, garlic fries dan tater tots. Makanan yang akan buat kita kenyang selepas makan burger.

Langkah 5

Pilihlah jenis-jenis sayur dan segala bahan-bahan yang kita nak letak dalam burger. Bawang, tomato, lobak merah, hirisan nanas, bawang yang digril dan sebagainya tanpa limit. Letak semua pun boleh andai kita suka semua jenis topping.

Langkah 6

Terakhir sekali, perlu buat pilihan sos yang ada. Mustard, sweet sriracha, mayo, ketchup, bbq sauce, thausand island dan bermacam-macam lagi. Ini kalau jenis yang pandai pilih sos, burger dia memang akan jadi super sedap.
Ehhhhh … Banyak pula langkah-langkah yang perlu kita buat sebelum makan. Hahahaha. Apa pun, mereka di BUILT memang pantas dalam menyediakan makanan kita dengan mengikut citarasa kita. Akan enjoy pilih-pilih apa yang kita suka. Nak itu, nak ini, burger tu masak macam ini ya, letak sos tu lebih sikit dan macam-macam lagi.

Cara masak daging burger tersebut pun kita boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Sama ada nak masak betul atau ala-ala berjus. Bahasa orang kampung sikit ialah medium well. Fiqqq suka makan daging burger yang medium well. Disaat kita gigit daging burger tersebut akan lembut, berjus dan sedappp je rasanya. Nikmat!!!
Burger Sedap di NU Sentral

Burger Sedap di NU Sentral

Memang puas makan di BUILT Custom Burger. Daging burger dia agak besar dan roti dia sangat mengenyangkan. Letak pula sayur-sayur yang menghijau itu. Jenuh juga nak habiskan. Kalau ambil set, akan ada hidangan sampingan. Jenuh juga nak menghabiskan. Air pula boleh refill. Minumlah sepuas-puasnya pilihan air yang ada.

Lokasi

Restoran BUILT CUSTOM BURGER berada di L4.10. Bersebelahan dengan Celebrity Fitness.
Rating
 
Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 4/5.

Filed Under: Food Tagged With: Built Custom Burger, Burger sedap, Kelab Blogger Ben Ashaari, NU Sentral

Comments

  1. Mera Hussain says

    April 22, 2017 at 2:39 pm

    Aku nampak muka puas hati kau tu.. jap! Kau boleh habis ke makan banyak tu?? Jomnlepak kat situ! Teringin nak makan burger tu. Hahaha

    Reply
  2. Afiq Halid says

    April 22, 2017 at 4:19 pm

    Hahaha. Serius x habis. First time makan burger x habis. Terpaksa bungkus bawa balik

    Reply
  3. Ana Suhana says

    April 22, 2017 at 4:54 pm

    Selalu lalu je dpn kedai ni. Tak pernah singgah lun. Boleh lah cuba nanti. Nampak menarik sgt tu 😀

    Reply
  4. Afiq Halid says

    April 23, 2017 at 12:19 pm

    Worth to try. Haha. Singgah lah nanti 😀

    Reply
  5. Nadia Johari says

    April 28, 2017 at 5:02 pm

    macam subway erk

    Reply
  6. Afiq Halid says

    May 3, 2017 at 11:41 am

    Lebih kurang konsep . Cuma dia tukar ke burger.

    Reply
  7. Mama Kembar 3 says

    October 21, 2017 at 10:49 pm

    Terbayang daging medium well…juicy…adehhh terliuq!

    Reply
    • Afiq says

      October 22, 2017 at 6:52 pm

      Yuppp. Sedap makan burger kat sini. Hahahaha.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim