Kadang-kadang pelik juga dengan pokok buah-buahan di rumah atok ni. Boleh dikatakan setiap minggu Fiqqq dapat rasa nikmat manis makan buah yang atok tanam sendiri. Lain tau rasa buah yang kita beli di pasar, kedai tepi jalan dengan buah yang kita tanam sendiri. Sangat lain.
Kenapa lain ???
Sebab pokok yang kita tanam sendiri akan dijaga dengan penuh kasih sayang. Nampak tak betapa telitinya dan sayangnya atok dengan buah-buah yang ada. Atok akan bungkus elok-elok. Kalau bungkusannya terbuka, atok ikat semula. Andai buahnya besar, atok beli plastik yang elok untuk bungkus ikut saiz.
Besarkan ? Fiqqq tahan sabar nak makan yang ini. Atok cakap tunggu masa untuk petik. Bagi buah mangga ini betul-betul ranum. Cuma, kulit buah macam pelik sedikit kadang-kadang tu. Almaklumlah, tanam sendiri. Atok tidak sembur sebarang racun perosak. Tapi, nanti apabila kupas, warna buah dia mesti macam selalu. Cantik, segar dan sangat menyelerakan. Manis dan masam buah tu Fiqqq sendiri ingatlah betapa nikmatnya. Hehehe.
Pokok belimbing ini lama dah berjasa. Makan tahun juga dapat rasa hasilnya. Daripada arwah nenek ada sampai sekarang alhamdulillah buahnya sentiasa banyak. Pernah sekali pokok belimbing ini merajuk sampai tidak mahu berbuah. Jadi, arwah nenek cakap pada pokok belimbing ni …
“Ni kenapa tak nak berbuah? Janganlah macam tu. Kalau berbuah lagi bagus. Boleh aku bagi anak cucu aku makan. Sedekah jiran-jiran.”
Sekarang, atok Fiqqq pula yang teruskan suruh pokok-pokok dia berbuah. Hari-hari atok belek-belek dan bungkus. Mana yang sudah masak, atok petik. Dan yang paling seronok, Fiqqq selalu dapat yang paling besar. Huhuhu.
Semakin hari Atok semakin tidak sihat. Dalam terketar-ketar dia berjalan lambat, masih kuatkan kudrat untuk bungkus buah-buah yang ada. “Aku seronok bagi anak cucu aku makan …”. Kadang tu ada juga tolong tapi jarang. Sebab kalau Fiqqq bungkus mesti buahnya jatuh. Dah membazir. Hahahaha.
Berkat daripada niat untuk bagi anak cucu makan dan bersedakah dengan jiran mungkin jadi satu penyebab pokok-pokok yang atok tanam tidak putus buahkan hasil. Tidaklah boleh bagi banyak. Mungkin satu atau dua apabila dibahagi-bahagikan. In Shaa Allah niat ikhlas, pemberian yang sedikit itu Allah ganti dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Alhamdulillah dan terima kasih atok. Semoga sihat selalu. Sayanggggg Atok !!! Hahahaha.
luqman zakaria says
Banyaknya buah..memang best buah kalau tanam sendiri..dulu kat kampung ade pokok ciku..bila terasa nak makan boleh jer terus petik dari pokok..
Afiq Halid says
Dulu ada ciku tapi tebang dah Sbb tinggi. Hahaha.
Lisa Nurulain says
banyak juga buah tu , meh la anto kat lisa sini
Afiq Halid says
Mai lah sini.