Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Program #FreeMarketLZS di Shah Alam

Program #FreeMarketLZS di Shah Alam

May 13, 2017 by Afiq Halid 3 Comments

 

Tersentuh hati apabila melihat ramai sebenarnya saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan mencari rezeki menyara keluarga. Ditambah pula dengan harga barang yang makin hari makin naik secara perlahan. Secara tidak langsung, memberi impak kepada mereka yang berpendapatan rendah dan ke bawah. Lebih-lebih lagi Ramadan kian membuka tirai dan selepas itu kita akan menyambut Aidilfitri.

 

 

Sudah tentu banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk Ramadan dan Aidilfitri. Lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai anak dan sebagainya. Soalan berkenaan baju baru, kasut baru dan sebagainya pasti akan terpacul dari mulut anak-anak. Kalau kita sendiri pun, inginkan baju yang baharu. Kan … kan … kan !!!

 

 

 

Boleh nampak raut wajah yang ceria, gembira dan seronok kerana dapat juga pakaian baharu yang mungkin boleh menggantikan pakaian lama. Mereka boleh pilih ikut pilihan masing-masing. Mana yang rasa berkenan di hati, mereka boleh ambil secara percuma.

Dalam kesempatan ini, Fiqqq ingin ucapkan TAHNIAH kepada Lembaga Zakat Selangor kerana menganjurkan program seperti ini. Bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan bantuan tetapi memberi peluang kepada masyarakat yang prihatin untuk turun padang menghulurkan bantuan.Fiqqq yakin masih ramai di luar sana tidak putus-putus memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang datang untuk menyumbang barang-barang pre-loved . Pakaian yang mereka beri masih cantik dan elok untuk digunakan.

Daripada kita membazir buang pakaian yang masih elok, lebih baik kita sumbang kepada mereka yang memerlukan. Fiqqq doakan supaya mereka yang tampil untuk menyumbang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kita tidak ada siapa-siapa untuk membantu antara satu sama lain selain diri kita sendiri. Mana yang memerlukan, kita bantu seikhlas hati.

Tidak jatuh miskin seseorang itu daripada kaya kerana bersedekah.

Filed Under: Santai Tagged With: Kelab Blogger Ben Ashaari, Lembaga Zakat Selangor, Shah Alam

Comments

  1. YB Shehan says

    May 13, 2017 at 2:42 pm

    Good job afiq. Bgs sgt sudi luangkan masa ke sana.tahniah LZS juga. Syahdu plak bc entri ni.. rmai sgt yg ssh dan mmerlukan di luar sana..

    Reply
  2. Afiq Halid says

    May 13, 2017 at 10:31 pm

    Thank you kak She. In Shaa Allah kita dimurahkan rezeki untuk bantu mereka yg memerlukan. Tidak dpt beri banyak, sedikit pun jadilah kan. Huhu

    Reply
  3. travel blog india says

    June 13, 2017 at 2:21 am

    Fantastic beat ! I would like to apprentice while you amend
    your website, how could i subscribe for a blog site?

    The account helped me a acceptable deal.
    I had been tiny bit acquainted of this your
    broadcast offered bright clear concept

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim