Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Kopi Badang Cafe : 100% Tulen Bakal Jadi Kegemaran Ramai

Kopi Badang Cafe : 100% Tulen Bakal Jadi Kegemaran Ramai

May 21, 2017 by Afiq Halid 6 Comments

Majlis Pelancaran Kopi Badang Cafe

Artis yang turut hadir semasa majlis pelancaran Kopi Badang Cafe

Beberapa hari lepas, Fiqqq berpeluang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Kopi Badang Cafe yang berlangsung di Saloma Bistro. Beberapa rakan artis juga seperti Zamarul Hisham, Adam Korie, Zamani, Ezad, Nizam Laksamana, Zur Eda, Mus May, Ani Mayuni, Halida dan juga Keena Mentor. Fiqqq seperti biasa bersama geng Kelab Blogger Ben Ashaari.

Untuk makluman, Zamarul Hisham merupakan duta produk Kopi Badang Cafe. Proses untuk Zamarul setuju menjadi duta juga mengambil masa kerana dia perlu kenal produk dan rasa sendiri kopi tersebut. Memandangkan dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan, maka dia bersetuju. Bukan suka-suka ya jadi duta produk ini. Hihihihi.

Kopi 3 dalam 1

Memandangkan Fiqqq bukan penggemar kopi. Lebih-lebih lagi kopi segera kerana khuatir akan mengalami pening kepala dan tidak sedap badan. Selepas cuba beberapa hari kopi badang cafe ini, rasanya lebih daripada sekali Fiqqq minum dalam masa sehari, alhamdulillah Fiqqq tidak pening dan sebagainya. Boleh lakukan aktiviti harian seperti biasa.

Sekotak Kopi Badang Cafe mengandungi 24 sachet

Mungkin kerana kopi segera pra campur 3 in 1 ini menggunakan 100% bahan tulen tanpa sebarang bahan tiruan. Sebagai contoh perisa tiruan, pewarna tiruan, pengawet tiruan dan juga kopi tiruan. Memandangkan tiada bahan tiruan menjadikan kopi ini lain daripada kopi yang sudah ada di pasaran. Bahaya kalau ada bahan tiruan. Apabila tiada bahan tiruan maka sesuai untuk kesihatan kita lebih-lebih lagi terhadap penggemar kopi.

Dalam masa yang sama, kepuasan minum secawan kopi masih dapat dikekalkan. Fiqqq pasti selepas cuba secawan, nak bercawan-cawan. Senang, mudah, cepat untuk kita buat dan yang penting sedap. Tidak perlu khuatir kerana kopi syarikat Al Mubarak Health Sdn Bhd memiliki perakuan Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Maka, boleh sahaja minum tanpa rasa ragu-ragu.

Berminat?

Dek kerana Kopi Badang Cafe ini bakal menjadi kegemaran ramai selepas ini, pihak Al Mubarak Health Sdn Bhd akan memberi insentif dan ganjaran kepada mereka yang berjaya menjual kopi dalam kuantiti yang mereka tetapkan. Bermula daripada Mei 2017 – Disember 2017.

  1. Stokis yang dapat menjual 10,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyata Velfire atau Mercedes Benz.
  2. Stokis yang dapat menjual 5,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyota Vios atau Honda City.
  3. Stokis yang dapat menjual 2,500 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Perodua Axia atau Proton Saga.

Penggemar kopi yang beli secara banyak juga tidak lepas untuk berpeluang memenangi hadiah daripada mereka. Cuma, perlu membuat pembelian sebanyak 12 kotak sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 bulan dan boleh menyertai cabutan bertuah. Hadiah-hadiahnya adalah :

  1. Perodua Axia
  2. Motosikal
  3. iPhone 7
  4. iPad
  5. TV LED

Menarikkan? Fiqqq nak target menang Perodua Axia untuk cabutan bertuah. Beli 12 kotak terus untuk penyertaan. Huhuhu.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi mereka untuk menjadi stokis dan sebagainya.

  1. Premier Victory : 07-2326124
  2. Hisham Nordin : 019-7792211
  3. Kamarul Arief : 018-3885985

Filed Under: Santai Tagged With: duta kopi badang, Kopi 3 in 1 sedap, Kopi Badang Cafe 3 in 1 sedap, kopi badang halal

Comments

  1. YB Shehan says

    May 21, 2017 at 5:49 pm

    Akak pun dah cuba kopi ni.. not bad..

    Reply
    • Afiq says

      May 21, 2017 at 7:56 pm

      Sedap juga rasa dia. Fiqqq suka yang sejuk. Fuhhh

      Reply
  2. Lisak says

    May 21, 2017 at 6:36 pm

    Wah… kopi ni rasa manis tak? Leh wat sakit kepala tak?

    Psttt adiq tukar wp dah hahaha

    Reply
    • Afiq says

      May 21, 2017 at 7:56 pm

      Manis dia okey. So far Fiqqq minum xde rasa sakit kepala.

      Reply
  3. ema says

    May 23, 2017 at 1:14 pm

    kpi dia best… jana pendapatan dengan kopi badang pun agak lumayan

    Reply
    • Afiq says

      May 23, 2017 at 6:49 pm

      Yup. Sambil2 minum. Kongsi dan Sambil2 jana pendapatan. Hehehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim