Shell Out Kapal Pecah
Perasaan menunggu di hadapan meja sambil melihat pekerja restoran menghidangkan pelbagai jenis masakan laut sungguh menyeksakan. Lebih-lebih lagi apabila Fiqqq lihat beberapa titisan kuah yang melimpah bersama lauk-lauk yang ada di atas lapik makanan. Itulah dia menu yang diberi nama Shell Out Kapal Pecah.
Bermula dengan limpahan Udang Sweet Sour, Sotong Masak Merah, Lala/Kepah Buttermilk dan terakhir sekali Ketam Masak Cili. Bismillah dan Fiqqq terus sambar sepotong ketam dan beberapa ketul udang serta sotong yang sangat menyelerakan. Letak atas nasi, gaul sedikit dengan kuah dan makan.
Menjadikan makanan ini lebih sedap adalah apabila kita makan secara berjemaah. Bermulalah rasa tamak dan ingin makan cepat kerana khuatir dapat rasa sedikit sahaja. Hahaha. Namun, alhamdulillah cukup dan kenyang serta semua orang dapat merasa lauk shell out yang ada.
Set yang pelbagai
Lebih mudah apabila kita diberi pilihan dalam memilih set mengikut jumlah yang datang. Tidaklah kita membazir andai makanan terlalu banyak dan berlebihan. Jadi, pilih mengikut kesesuaian yang ada. Kalau jenis Fiqqq yang kuat makan, boleh pilih set makanan untuk orang yang ramai.
Istimewa di kedai Hungga
Terliur melihat pelanggan di meja sebelah meneguk air yang kelihatan menyegarkan. Apabila pelayan restoran datang, terus sahaja Fiqqq minta air yang sama. Nama air tersebut ialah Air Hungga.
Istimewa air ini ialah kombinasi rasa daripada beberapa bahan seperti lemon, asam, epal hijau, daun pudina dan yang sangat unik sebatang serai yang ditumbuk sedikit bagi menaikkan bau dan rasa. Tidak cukup satu Fiqqq minum.
Bak kata Mac Ruhayu “Air Hungga pun nyaman. Ada serai.”
Lokasi Restoran
Lokasi restoran ini agak jauh sedikit daripada kawasan bandar. Jadi, tidak terlalu sesak dengan lalu lintas. Boleh sahaja cari di carian Google Map – Subang 2, Jalan Euro 3, Sungai Buloh. Boleh dikatakan 10 minit daripada Lapangan Terbang Subang.
Selain daripada nama kedai, boleh juga cari Pasaraya Super Seven atau Brothers Car Accessories. Tidak lupa juga ada Petronas.
Fiqqq cakap
Fiqqq suka Lala/Kepah Buttermilk. Sehingga menjilat bersih dan licit kulit lala yang ada. Boleh dikatakan makanan laut Shell Out di sini yang Fiqqq minat kerana rasa manis dan lemak yang terhasil daripada butter. Nasib baik tidak makan guna pinggan sendiri. Kalau tidak, habis dijilatnya pinggan tersebut. Hahaha.
Selain itu, Fiqqq lebih gemar untuk ratah ikan steam ini daripada campur makan dengan set Shell Out. Mungkin sebab Fiqqq terbiasa makan ikan steam dengan lauk-lauk biasa untuk makan malam. Apa pun, rasa ikan yang lembut dan sedap itu cukup untuk beri kita satu kenikmatan makan.
Andai jenis makan banyak, boleh ambil set yang besar. Memandangkan Fiqqq jenis kuat makan, maka terasa hanya sekadar cukup untuk hilangkan rasa lapar. Tapi, makan sehingga kenyang sangat pun tidak boleh kan?
Wajib cuba Air Hungga istimewa di kedai ini. Memang ada kelainan kalau mahu dibandingkan dengan kedai lain. Pada asalnya ingan hanya air lemonade biasa. Namun, setelah rasa, memang unik.
Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga
Shell Out Kapal Pecah : 3.5/5
Boleh repeat for the 2nd time.
Jom. And nak minta add menu lala tu lebih sikit. Hahaha
Sedapnya tgok shellout dgn ikan tu
Sedap sedap. Buat ratah . Nyum!!!