Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Santai / Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

June 2, 2017 by Afiq Halid 8 Comments

Majlis Berbuka Puasa SACC

Majlis berbuka puasa SACC (Pusat Konvensyen Shah Alam) dan Kelab Golf Seri Selangor (Seri Selangor) mengambil kesempatan dalam bulan yang mulia ini untuk berbakti kepada masyarakat. Oleh itu, mereka menjemput 43 orang anak-anak yatim rumah amal Al-Firdaus dan meraikan mereka di Dewan Plenary, SACC. Selaras dengan matlamat mereka iaitu melaksanakan aktiviti kebajikan dalam bulan Ramadan 2017.

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Bacaan Al-Quran oleh Imam Nashwati

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, kami dialunkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Imam Nashwati yang diterbangkan khas oleh MAPIM dari Syria. Apabila mendengar bacaan al-Quran tersebut menangis di hati kecil dek kerana kita selalu alpa mengejar dunia. Walhal, sepatutnya kita patut bahaskan bibir kita seharian dengan memuji dan memuja nama-nama yang Maha Esa.

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Sayup bacaan oleh Imam Nashwati membuatkan rasa sebak. Tidak tahu kenapa Fiqqq rasa begitu. Walaupun Fiqqq bukan mahir tajwid dan sebagainya namun tajwid dan apa yang dibaca seolah-olah diseru untuk lakukan kebaikan. Orang cakap kalau kita ingin berbicara dengan Allah maka kita perlu berdoa. Andai kita ingin mendengar atau mengetahui kata-kata daripada Allah, maka kita bacalah al-Quran.

Waktu untuk berbuka

Waktu yang dinanti-nantikan telah tiba. Segera menadah tangan dan niat untuk berbuka puasa. Nikmat berbuka yang hanya kita boleh rasa dalam bulan Ramadan sahaja. Setelah penat kita menahan lapar dan dahaga, begitu juga menahan diri daripada amarah yang ada. Alhamdulillah, kita belajar untuk perbaiki diri untuk jadi lebih baik. Mana tahu, bulan ini merupakan permulaan untuk jadi lebih baik untuk masa akan datang.

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Walaupun Fiqqq jenis tidak boleh ada makanan di hadapan mata dek kerana akan fokus makan namun gelagat anak-anak ini lebih tertarik untuk Fiqqq amati. Kelihatan ceria apabila mereka diraikan dengan makanan-makanan yang sedap di SACC. Dilayan baik oleh orang sekeliling dan menjadi tumpuan pada hari tersebut. Semua comel.

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Bufet Ramadan – Cita Rasa Nusantara

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Kami semua dihidangkan dengan hidangan Bufet Ramadan yang bertemakan Cita Rasa Nusantara. Bufet Ramadan ini menyajikan lebih daripada 100 masakan yang berkonsepkan Nusantara dengan gabungan selera Malaysia. Fiqqq sempat untuk menjamah Udang Sambal Petai, Lala, Daging Masak Lemak Cili Api dan lain-lain untuk pusingan pertama. Paling Fiqqq suka ialah Udang Sambal Petai. Menjadikan seronok makan sebab udang tersebut sudah siap dibuang kulit. Laju sahaja Fiqqq menyuap ke mulut.

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Sepanjang perjalanan daripada Fiqqq berjalan untuk ke dewan, sebanyak itu jugalah makanan yang terhidang. Memang berbuka di sini makan sampai kenyang. Rasa semua makanan terlebih dahulu. Kemudian, tambah mana makanan yang betul-betul ikut citarasa masing-masing.

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Seperti biasa SACC menganjurkan bufet ramadan dengan berkonsepkan ‘Berbuka Sambil Beramal’. Setiap pembelian bufet Ramadan yang dibeli dengan harga RM88.00++ , RM1.00 akan disalurkan kepada Tabung Rescue Syria. Kepada semua yang bercadang untuk berbuka di sini, boleh hubungi 03-55118855 atau 013-2206865 untuk tempahan dan sebagainya. Beroperasi sehingga 22 Jun 2017. Kualiti makanan dan rasa kesedapan yang ada memang mereka jaga. Terbaik.

Sumbangan kepada anak-anak yatim

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Selepas semua seronok makan makanan yang dihidangkan, mereka semua dijemput untuk beratur untuk menerima sumbangan duit raya dan hadiah oleh pihak SACC Convec. Selain itu, sumbangan ini juga turut ditaja oleh ADABI CONSUMER INDUSTRIES Sdn. Bhd. dan JOSHAFA Sdn. Bhd.

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Bukan main seronok lagi Fiqqq tengok mereka. Kegembiraan mereka untuk menerima sumbangan ibarat menerima hadiah paling istimewa. Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak kecil yang berumur 3 tahun ke 5 tahun. Lebih-lebih lagi dalam jumlah yang ramai. Ini baru 43 orang, bagaimanalah cabaran andai lebih daripada jumlah yang sedia ada.

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Sempat juga Fiqqq bergambar dengan mereka. Seronok betul. Habis senget-benget gambar Fiqqq ambil. Paling Fiqqq tidak boleh lupa, mereka requested ingin lihat gambar yang telah diambil. Pandai pula minta. ‘Abang, nak tengok gambar tadi.’ Selepas satu, satu lagi. Hahaha.

Persembahan daripada kumpulan Hijjaz

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

Rasanya macam baru melihat mereka dalam satu rancangan realiti di televisyen tempoh hari. Tahu-tahu mereka berada di sini. Mereka mempersembahkan tiga buah lagu dan Fiqqq lupa tajuk lagu tersebut. Tapi ketika lagu dinyanyikan boleh turut serta bernyanyi sama. Cuma tidak diberi mikrofon sahaja. Kalau tidak, habis. Hahaha.

Fiqqq cakap …

Majlis Berbuka Puasa SACC bersama Anak-anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus

“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin”

(Surah Al-Baqarah: 83)

Fiqqq ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SACC Convec kerana sudi menjemput untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim rumah amal Al-Firdaus. Seronok apabila berpeluang untuk bersama mereka. Sekurang-kurangnya kita pernah bersama berkongsi kegembiraan dalam satu majlis. Selain beri makan yang sedap-sedap kepada mereka, kita juga perlu meraikan mereka dan menjadi keluarga mereka untuk seketika.

Fiqqq doa agar mereka sentiasa dilindungi dan dipelihara. Semoga Allah datangkan kepada mereka orang yang beriman dan berakhlak untuk membantu dan menjaga mereka secara langsung mahupun tidak langsung. Mereka ada yang ketiadaan ibu, ayah dan mungkin kedua-duanya sekali dan mungkin juga tiada adik-beradik seperti kita. Namun, tidak salah andai sudah terlihat depan mata untuk bertegur sapa, senyum dan sebagainya. Sebak apabila dapat peluk erat anak kecil ini.

Fiqqq juga doakan agar mereka yang sering menderma untuk mereka ini diluaskan pintu rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semua yang baik-baik. Semoga merek istiqamah dalam membantu anak-anak ini membesar dengan baik. Sekecil-kecil pemberian, besar maknanya bagi mereka.

Filed Under: Santai Tagged With: Bufet menarik di Shah Alam, Bufet Ramadan SACC, Majlis berbuka di SACC

Comments

  1. umminani says

    June 2, 2017 at 9:49 am

    untungnya afiq dapat bersama anak2 yatim

    Reply
    • Afiq says

      June 2, 2017 at 9:58 am

      Alhamdulillah diberi peluang. Walaupun sekejap. 😀

      Reply
  2. Lisak says

    June 2, 2017 at 9:55 am

    Dari dulu teringin nak join , tapi tak menyempat lagi. Oneday… insyaallah …

    Reply
    • Afiq says

      June 2, 2017 at 9:59 am

      In Shaa Allah. Mesti ada majlis macam ini lagi. Amin

      Reply
  3. Permatabiru says

    June 2, 2017 at 10:01 am

    Seronoknya anak2 yatim tu…

    Reply
    • Afiq says

      June 2, 2017 at 10:03 am

      Seronok dapat banyak hadiah. Teruja. Hahaha

      Reply
  4. titan says

    June 8, 2017 at 8:16 am

    wahh..

    hijjaz pun ada.

    best betul nih.

    Reply
    • Afiq says

      June 8, 2017 at 10:56 am

      Seronok masa event tersebut. Makanan dia pun best juga. 😀

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim