Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam : Makanan Laut Sedap

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam : Makanan Laut Sedap

June 10, 2017 by Afiq Halid 8 Comments

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam menyediakan makanan laut yang sedap. Kafe ini nampak biasa dari luaran. Fiqqq juga sedikit khuatir dengan saranan kawan untuk berbuka di sini. Almaklumlah, kita akan sedikit berkira untuk keluar duit membeli makanan kerana takut rugi apabila makan sesuatu makanan yang tidak kena dengan citarasa tekak sendiri.

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Mungkin ketika Fiqqq sampai sedikit awal. Mereka masih mengemas dan bersedia untuk menerima pelanggan. Rupa-rupanya, apabila menjelang waktu berbuka puasa, kafe ini mula dibanjiri manusia untuk menikmati hidangan istimewa di Amboi Kafe. Nasib baik Fiqqq ada buat tempahan meja lebih awal di Facebook mereka.

Menu Amboi Kafe

Lobster

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Ini merupakan pertama kali Fiqqq makan Lobster. Bukan apa, memandangkan tahu harga dia akan sedikit mahal maka takut untuk cuba. Cuma kali ini, kami berkongsi untuk dapatkan seekor Lobster. Tidak rugi Fiqqq belanjakan sejumlah wang untuk makanan yang sangat sedap. Rasa manis isi Lobster ini memang buat Fiqqq terkhayal ketika makan. Lobster ini pula dipilih oleh tuan kedai bagi memastikan Lobster yang dimasak adalah yang terbaik. Aroma Lobster ini menjadi lebih sedap apabila kita tambah dengan sedikit perahan lemon.

Setiap bahagian yang ada pada Lobster ini penuh dengan isi. Gigih menggigit setiap bahagian yang ada untuk menikmati isi dia. Masing-masing dengan dunia sendiri dek kerana bersungguh memecahkan kulit Lobster tersebut. Ternyata segala usaha berbaloi. Harga untuk Lobster mengikut berat. Jadi, mungkin tidak sama setiap kali kita datang makan di sini. Andai beratnya lebih, maka kita perlu bayar lebih. Jangan risau kerana mereka akan tanya kita terlebih dahulu. Selepas mendapat persetujuan, mereka akan mula untuk masak.

Sh3llout on Plate

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Masih terasa-rasa lagi manis kuah Sh3llout on Plate ini. Rasa manis campuran makanan laut dalam satu pinggan buat Fiqqq tidak berhenti makan. Selapas makan udang, Fiqqq makan sotong. Kemudian, makan lala dan seterusnya. Perkara yang membezakan dari tempat lain ialah sos untuk hidangan ini.

Ada sesetengah kedai mengasingkan masakan sos dan makanan laut. Apabila mendapat pesanan daripada pelanggan, baharu mereka panaskan sos dan campur makanan laut untuk seketika dan hidangkan. Tetapi tidak di sini. Oleh itu, kita dapat rasa manis udang, ketam dan sebagainya pada sos. Dek kerana sedap, Fiqqq sehingga menggunakan cengkerang lala untuk kauk sos dan hidup. Hahaha. Harga 1 pax RM18 / 2 pax RM35 / 4 pax RM70. Fiqqq beli yang untuk dua orang makan. Itu pun sudah cukup untuk kami makan berempat.

Soft Shell Crab – Salted Egg Yog

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Sedapkah makan ketam sekali dengan kulit dia? Fiqqq tahu kulit dia lembut tapi macam pelik. Haha. Itulah yang Fiqqq fikir sebab baru nak cuba menu ini. Apabila sampai di meja terus rasa ingin sambar sedikit namun perlu tunggu waktu berbuka. Menariknya menu ini ialah walaupun dimasak dengan telur masin, rasa manis ketam tersebut masih ada rasa.

Ala-ala sekali makan kita akan rasa manis isi ketam, sedikit masin daripada telur masin dan beberapa rempah yang digunakan. Untuk menakkan lagi rasa sedap menu ini Fiqqq makan sekali dengan cili api yang mereka ricih. Booommm!!! Tapi jangan risau, menu ini tidak pedas walaupun ada cili api. Harga RM25 untuk saiz sederhana.

Sotong Goreng Tepung

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Macam menarik lihat dalam menu. Tetapi sekali sampai di meja, alahai. Hmmm. Seekor sotong yang bersaiz besar (L) yang digoreng garing dengan tepung. Mungkin sebab Fiqqq sudah terbiasa apabila buat pesanan sotong goreng tepung akan dapat banyak dan sudah dipotong-potong. Sedih sikit. Sebab tidak sama dengan dalam gambar.

Tapi, segalanya berubah selepas Fiqqq makan sepotong sotong goreng tepung ini. Walaupun tidak makan panas-panas, sotong tersebut masih lembut dan tidak liat. Ditambah pula rangup tepung yang memenuhi luaran sotong tersebut. Kriukk … Kriukkk … ketika makan. Tepung yang digunakan guna merupakan tepung yang dihasilkan sendiri dengan gabungan beberapa bahan. Macam mana Fiqqq simpan kulit ayam untuk makan, macam itu jugalah Fiqqq kumpul tepung sotong yang garing untuk dimakan diakhirnya nanti buat ratah. Harga RM14 untuk saiz besar (L).

Mango Yogurt

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Setelah kenyang makan segala menu yang berada di Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam ini, sampai sudah Mango Yogurt minuman istimewa di sini. Sangat sedap. Manis air mango yogurt ini datang daripada manis buah dan yogurt. Tidak dicampur dengan bahan perasa. Sambil-sambil kita minum air ini, boleh juga kita nikmati potongan buah mangga yang ada. Kalau datang, belilah satu untuk rasa. Rugi kalau sudah sampai dan tidak cuba.

Fiqqq cakap …

Lebih daripada puas hati apabila makan di Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam. Bukan takat sedap sahaja malah tersangat memuaskan lebih-lebih lagi kuantiti makanan dan harga yang sangat berpatutan. Senang cerita, andai teringin sekali sekala ingin makan yang mewah tapi murah, boleh datang ke sini.

Amboi Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Kedai ini baharu sahaja beroperasi. Lebih dalam 4 ke 5 bulan daripada tarikh sebelum berpuasa 2017. Jadi, banyak menu yang mungkin akan ada penambahan dan pasti akan lebih banyak pilihan untuk kita makan di sana. Macam tidak sabar untuk datang lagi sebab Fiqqq ingin cuba menu-menu baharu yang bakal ada nanti. Jangan lihat pada rupa kedai semata ya. Hahaha. Mereka dalam proses untuk menjadikan kafe tersebut menarik nanti. Waktu beroperasi dalam bulan puasa ini bermula jam 4.00 petang hingga 1.00 pagi. Untuk tempahan, Whatsapp nombor ini – 012-2303117.

Lokasi Amboi Kafe ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Bersebelahan dengan kawasan tempat Jakel dan sebagainya. Belakang dengan sekolah tamil yang ada di situ. Dekat dengan kawasan perumahan PKNS. Senang kalau mahu cari kerana lokasi kedai ini berada di tepi jalan. Kalau tidak pun, cuba Google No 1, Jalan Plumbum A7/100B, Seksyen 7 Shah Alam.

Rating

Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 4/5.

Filed Under: Food Tagged With: amboi kafe shah alam, Kafe sedap di shah alam, Kafe Seksyen 7, Shah Alam

Comments

  1. Mieza S says

    June 10, 2017 at 12:04 pm

    Rasa macam nak makan Soft Shell Crab – Salted Egg Yog dgn mango yogurt. Xpuasssss. Jom afiq nnt pgi lagi. Hahhaa. Tp lepas puasa. Tayah tggu berbuka 😂

    Reply
    • Afiq says

      June 10, 2017 at 12:06 pm

      Jom. Sebab nanti akan ada menu baru and beberapa penambahan. Makan puas-puas

      Reply
      • Gilmey says

        August 8, 2019 at 9:23 am

        Baru ni sy pi tengok kedai dah x dak…depa pindah pi mana?

        Reply
        • Afiq Halid says

          August 8, 2019 at 12:38 pm

          Tidak pasti pula . Kena check di FB mereka mungkin . Terima kasih atas makluman .

          Reply
  2. lisak says

    June 10, 2017 at 12:07 pm

    amboi.. fiiq ajak anak dara je ye pergi situu hahaa

    Reply
    • Afiq says

      June 10, 2017 at 12:12 pm

      Hahaha. Geng yang single je ni. Lisa, kalau turun shah alam jom makan kat sini. In Shaa Allah nak repeat.

      Reply
  3. azni says

    March 28, 2018 at 4:21 pm

    eh.. baru perasan entri afiq nih.. menariknya lobster dia.. nanti nak try la

    Reply
    • Afiq says

      April 2, 2018 at 9:34 am

      Silakan. Sini makanan dia sedap. Jus mango tu terbaik. Afiq nak repeat tapi x sempat lagi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim