Ayam Rempah Aroma
Ayam Rempah Aroma di The Chicken Rice Shop dicipta khas untuk pelanggan yang gemar makan nasi ayam bersempena Ramadan 2017. Set ini boleh rasa bermula 15 Mei hingga 23 Julai 2017. Orang yang menghasilkan resipi ini pula bukan calang-calang orang ya. Beliau adalah seorang yang terkenal dalam bidang masakan iaitu Dato’ Chef Ismail. Bila lagi ingin merasa sentuhan Chef ternama dengan harga yang berpatutan dan mudah untuk kita dapat?
Set Meal A : RM 23.90
Bagi mereka yang perlu makan nasi untuk berbuka sesuai untuk memenuhi perut anda dengan set yang sedap ini. Rasanya tidak perlu pening-pening fikir ingin makan apa kerana set ini lengkap sudah. Nasi, ayam, sayur, sup dan air yang sedap. Siap berlapis lagi.
Ayam Rempah Aroma
Tiba-tiba selepas suap sepotong ayam ini terasa ingin balik rumah. Rasa kuah ayam tersebut ibarat makan rendang ketika raya. Dengan rasa ayam yang lembut ketika kita mengunyah memang layan. Memandangkan Fiqqq suka makan pedas makan selangkan dengan gigit cili kering yang mereka goreng garing ala-ala rangup. Pedas cili kering dan makan pula sepotong ayam serta secalit kuah yang ada. Nyum nyum…
Ladies Finger (Small)
Fiqqq tidak rasa untuk sayur bendi ini saiz kecil kerana sangat banyak. Boleh dikatakan untuk dua orang makan. Tapi apa boleh buat rezeki The Chicken Rice Shop ingin bagi lebih kepada pelanggan. Kita makan sahaja. Sejujurnya Fiqqq tidak beberapa gemar makan sayur bendi namun memandangkan cili kering garing yang ada membuatkan sedap maka Fiqqq tidak boleh kata tidak untuk menu ini. Kalaulah mereka beri banyak sedikit cili itu maka Fiqqq akan habiskan waktu itu juga. Hahaha.
Nasi Ayam
Jangan risau perlu tambah nasi atau apa sekali pun kerana set ini termasuk sekali dengan sepinggan nasi ayam. Almaklumlah, ada kedai yang asingkan harga ayam dan nasi. Maka harga akan jadi lain. Pernah terkena kan? Lebih-lebih lagi bahagian ayam juga akan berbeza. Jadi, kalau di sini boleh dapat semua dalam satu set. Tunggu sampai di meja sahaja. Baca doa dan makan untuk berbuka.
Dua benda ini wajib ada dan Fiqqq akan minta lebih kalau makan di The Chicken Rice Shop. Buat tambah rasa ketika makan nasi ayam. Sambal dia sedap dan rasa resipi rahsia mereka itu memang memikat rasa untuk makan. Dia guna apa entah. Yang penting sedap. Fiqqq memang tahu makan sahaja.
Soya 3 Sensasi
Melodi sangat nama perlu ada perkataan ‘Sensasi’. Apapun memang lega, bersyukur dan segar dapat minum air 3 lapisan ini yang mengandungi gula merah, air soya dan lapisan atas ialah air pandan. Tambah pula hirisan cincau yang halus. Minum pula sejuk-sejuk.
Paling seronok Fiqqq suka buat sebelum kacau atau bancuh air ini, rasa gula merah dia terlebih dahulu. Kemudian, minum sedikit air soya dia dan terakhir rasa air pandan. Apabila sudah rasa semua, baru Fiqqq campurkan dan minum. Wangi pandan itu pun salah satu bau yang memikat.
Fiqqq cakap …
Ayam rempah aroma di The Chicken Rice Shop memang terbaik. Tapi Fiqqq seolah suka rasa cili kering yang ada sekali dengan ayam. Mungkin sebab suka pedas jadi rasa cili yang Fiqqq gigit menaikkan lagi rasa sedap ayam tersebut. Boleh Fiqqq dapatkan resipi? Hahaha.
Selain daripada makanan, air Soya 3 Sensasi memang cukup sensasi. Minum waktu berbuka, lega rasanya tekak ini. Minum pula waktu air masih sejuk dan berais. Tambah pula ada cincau halus yang boleh telan sahaja terus. Tapi, Fiqqq macam mana pun masih ingin gigit untuk hancurkan cincau terlebih dahulu. Tidak pandai untuk telan terus. Mana yang terlepas terasa geli-geli di anak tekak. Hahaha. Walaubagaimanapun, Fiqqq teringin tambah lagi satu cawan tetapi memandangkan perut penuh maka esok-esok masih boleh. Betul tak?
Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 3.5/5.
Leave a Reply