PappaDelivery hantar makanan
PappaDelivery hantar makanan terus ke lokasi yang kita tetapkan. Sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam. Memandangkan Fiqqq teringin makan di PappaRich tapi malas untuk keluar maka buat pesanan secara terus di laman sesawang mereka iaitu pappadelivery.my.
Langkah 1
Daftar sebagai pelanggan di laman sesawang boleh kita dapati di carian Google. Taip sahaja PappaDelivery maka akan keluarlah portal ini untuk kalian isi. Cara daftarpun sangat mudah dan tidak memeningkan kepala. Tidak silap Fiqqq, kita akan menerima baucer percuma menerusi emel selepas kita berjaya daftar di portal ini.
Langkah 2
Kita perlu pilih lokasi penghantaran yang betul supaya makanan itu sampai kepada kita. Andai kata tidak tersenarai dalam area penghantaran, minta maaflah. Anda perlu pergi ke mana-mana lokasi yang berdekatan. Mereka perlu limitkan area penghantaran kerana ingin menjaga kualiti dan kesegaran makanan. Sudah tentu kita inginkan makanan yang masih panas, segar dan rasa yang sama seperti makan di premis. Andai kita degil untuk mereka hantar sedangkan jauh dan diluar kawasan, jangan marah sekiranya makanan jadi sejuk. Hahaha. Maka, jangan bersedih ya sekiranya tidak tersenarai dalam kawasan.
Langkah 3
Setelah selesai Langkah 2, boleh teruskan dengan pemilihan makanan ikut tekak masing-masing. Ada pelbagai menu sama seperti di premis cuma dalam bentuk digital. Amaran! Jangan tergoda dengan gambar yang disediakan. Kita akan rasa nak makan semua. Untuk elakkan pembaziran, kuatkan iman andai kita ingin makan nasi maka lihat lah bahagian nasi.
Kalau jenis pelahap macam Fiqqq boleh makan sekali dua menu dalam satu masa yang sama maka boleh lah beli set nasi dan set mee yang ada. Senang guna portal PappaDelivery ini. Jelas dan kita boleh nampak sekali dengan harga yang ada. Boleh lah kira kira bajet yang ada dalam poket. Kalau Fiqqq perlu tengok terlebih dahulu. Almaklumlah jenis kasi pagi makan pagi, kais petang berhuhu je. Hahaha. Ada rezeki lebih baharu lah boleh merasa.
Kalau sudah pilih makanan pilihan, boleh terus klik pada bahagian minuman. Ikut hati masa Fiqqqb belek-belek portal ini semahunya pilih lebih daripada satu air. Sedap pula lihat air yang berais. Air panas PappaRich pun nampak menarik. Hmmmm. Senang cerita, pilih sahaja mana yang berkenan di hati.
Langkah 4
Selepas seronok pilih makanan, pastikan semak terlebih dahulu senarai makanan pilihan yang telah kita buat. Pastikan semua menu kita ada dan tidak termasuk senarai sewaktu kita gatal-gatal tangan pergi klik banyak-banyak. Fiqqq pun sama juga kerana buat pilihan makanan ketika lapar akan terpilih makanan dengan banyak. Hahaha. Nak itu dan nak ini.
Langkah 5
Pastikan alamat dan nombor telefon yang disertakan adalah betul. Kalau tidak, kasihan orang yang menghantar mencari lokasi tidak jumpa, telefon pula asyik tidak dapat. Setelah semuanya selesai, pilihlah cara bayaran mengikut kesesuaian masing-masing. Senangkan sekarang? Semua kita boleh buat dalam satu masa yang sama. Hanya menunggu makanan sampai sahaja selepas semua proses kita buat dengan betul.
Menu Makan Tengah Hari
Setelah tunggu beberapa minit, mereka telefon untuk memberi tahu makanan sudah sampai. Fiqqq pergi ambil dengan rasa tidak sabar untuk makan. Seperti biasa, walaupun nafsu lapar sudah membuak-buak namun sesi bergambar terlebih dahulu. Hahaha. Susun sikit-sikit sahaja dan sengaja menggigihkan diri untuk dapatkan gambar yang sedikit cantik sebagai simpanan peribadi.
Nasi Lemak dengan Kari Ayam
Nasi Ayam Hainan
Mee Bandung & Laksa Kari Istimewa
Minuman
Fiqqq cakap …
Makanan yang disediakan oleh kedai PappaRich sememangnya lazat-lazat. Antara menu kegemaran Fiqqq setiap kali datang ke premis PappaRich ialah Nasi Lemak dengan Kari Ayam atau Laksa Kari Istimewa. Dua makanan ini mempunyai kelebihan dan kelazatan tersendiri. Andai Fiqqq betul-betul sedang lapar maka akan buat pesanan nasi dan kalau hanya sekadar memenuhkan perut yang mengada-ngada ingin makan jadi belilah laksa kari tersebut.
Apabila dapat tahu bahawa PappaDelivery buat penghantaran makanan terus ke lokasi sama ada di pejabat mahupun rumah maka jadi sangat seronok kerana kita dapat jimat banyak. Satu adalah masa dan kedua duit. Tidak perlu keluar jalan, bersesak di lampu isyarat, cari parking dan sebagainya. Jimat duit parking, minyak dan semualah. Sesekali teringin makan PappaRich, boleh sahaja buat pesanan dalam talian seperti di atas. Senang! Tunggu dan makan sahaja.
Makanan pula ketika sampai masih panas. Sama seperti kita buat pesanan di premis. Makanan masih panas berasap ketika sampai di meja. Cuma kali ini dalam bekas tertutup. Rasa makanan sama. Jadi tidak perlu khuatir. Cuma Fiqqq tidak pasti bekas air panas apa rupanya memandangkan tempoh hari Fiqqq hanya buat pesanan air sejuk. Masa menunggu untuk penghantaran juga tidak terlalu lama. Jadi, pastikan kita buat pesanan lebih awal sebelum waktu rehat. Sebagai contoh, kalau kita rehat pukul 12.30 tengah hari, siap-siap buat pesanan di portal pada jam 11.45 pagi atau 12.00 tengah hari. Jadi nanti akan sedang elok makanan sampai kita baru nak rehat sedangkan yang lain-lain baharu ingin hidupkan enjin kereta. Hahaha.
Sebelum itu, terima kasih kepada abang delivery kerana sangat ramah semasa menghantar makanan dan makanan disusun elok dalam plastik.
Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 3.5/5.
Mudahnya sekarang, boleh jimat masa dan tenaga dengan adanya servis delivery camni, =)
Blogwalking here =)
Jemput singgah >> http://www.ceritahuda.com
Sangat menjimatkan masa. Boleh order online.