Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Ahmad Lim Black Pancake di Seksyen 7, Shah Alam

Ahmad Lim Black Pancake di Seksyen 7, Shah Alam

August 12, 2017 by Afiq Halid 28 Comments

Ahmad Lim Black Pancake

Ahmad Lim Black Pancake Seksyen 7 Shah Alam

Ahmad Lim Black Pancake Seksyen 7, Shah Alam terletak berdekatan dengan restoran Pak Li. Tidaklah berhadapan cuma berada di selorong restoran tersebut. Senang cerita pasti boleh jumpa kerana mereka meletakkan nama kedai mereka sebesar-besar alam di hadapan kedai mereka. Siap mereka nyatakan waktu mereka beroperasi dan mereka juga meletakkan nombor telefon sekiranya ingin buat tempahan pancake mahupun tempat duduk.

Mee Pedas Tahap Arwah

Ahmad Lim Black Pancake Seksyen 7 Shah Alam

Sebelum ini, Fiqqq perasan yang kedai Ahmad Lim ini terkenal dengan pancake yang sedap. Mereka pelbagaikan jenis pancake seperti meletakkan nutella dan pelbagai coklat mengikut kehendak pelanggan. Namun, kali ini Fiqqq lebih tertarik untuk datang kerana mereka menyediakan Mee Pedas Tahap Arwah.

Memandangkan Fiqqq sangat gemar akan makan makanan yang pedas maka Fiqqq datang untuk jamah dan saja mencili diri sendiri. Orang kata, ini kerja cari nahas. Bukan apa, Fiqqq ingin tahu tahap pedas di sini macam mana. Adakalanya, dengar bual bicara orang lain pedas gila nak mampos tapi apabila Fiqqq pergi rasa cuma pedas biasa sahaja. Lebih-lebih lagi Samyang tu. Hmmmm.

Ahmad Lim Black Pancake Seksyen 7 Shah Alam

Ada pelbagai jenis mee di sini sebagai contoh mee beserta bebola daging, mee beserta burgerdel dan bermacam-macam lagi. Jadi, Fiqqq beli dua mangkuk yang ditulis tadi. Dua mangkuk sudah lah. Fiqqq minta dua jenis tahap kepedasan untuk dua mangkuk yang berlainan. Satu pedas tahap 2 dan satu lagi pedas tahap 4 iaitu tahap arwah.

Sambal Pedas Tahap Arwah

Ahmad Lim Black Pancake Seksyen 7 Shah Alam

Kalau lihat warna cili ini memang Fiqqq boleh agak pedas dia macam mana. Dengan biji cili dia dan bau cili yang boleh menusuk hidunglah kalau kita berada dekat dengan kawasan bekas cili ini. Cili ini bukan sebarang cili biasa ya. Kalau ingin tahu, kena cuba dan tanya sendiri datangnya dari mana. Hahahaha. Mana boleh cerita di sini sebab rahsia mereka.

Jom Seksa Diri

Ahmad Lim Black Pancake Seksyen 7 Shah Alam

Pada mulanya, Fiqqq rasa kuah asli mereka terlebih dahulu sebelum gaul dengan cili pedas. Rasa juga mee (maggi) mereka. Selepas rasa maka Fiqqq gaul semua bersama sambal pedas mereka. Sudah tentu Fiqqq punya pedas tahap 4 (tahap arwah). Tertanya juga kenapa tahap arwah. Pedas sangat ke?

Ahmad Lim Black Pancake Seksyen 7 Shah Alam

Fiqqq jenis suka makan makanan yang pedas. Kalau makan nasi goreng kampung, Fiqqq perlu gigit cili potong dan baru ada rasa pedas. Apabila makan mee pedas di kedai Ahmad Lim ini memang Fiqqq tidak dapat tahan kepedasan yang melampau. Patutlah mereka namakan Mee Pedas Tahap Arwah sebab memang pedas nak mati. Tersangat pedas.

Bagi yang ingin cuba rasa pedas mee tersebut boleh pilih tahap yang rendah. Sebagai contoh tahap satu atau tahap dua. Andai tidak makan pedas atau tidak tahan maka Fiqqq sarangkan jangan makan. Beli sahaja pancake yang ada. Tapi tidak salah kalau ingin mencuba. Sejujurnya, tidak cukup satu kotak tisu yang Fiqqq ambil di kaunter. Kalau boleh mahu sahaja Fiqqq minum air sejuk berbotol-botol. Pedas!!!

Tip untuk Makan Sampai Habis

Mereka ada sekalikan telur rebus yang tidak terlalu masak. Andai mula terasa pedas, jadikan telur itu untuk melegakan tekak yang mula membakar ketika makan mee pedas. Selepas itu, jangan terus makan kerana mereka akan hidangkan mee tersebut dalam keadaan masih panas. Kombinasi mencari nahas iaitu makan makanan pedas dan masih panas. Booommmm!!! Memang boleh terbakar tekak. Biarkan sejuk sedikit dan gaulkan sambal yang ada dalam mangkuk tersebut.

Elakkan minum air sejuk sebab akan jadi lagi pedas. Lagi elok minum air suam sebab dapat meredakan rasa pedas walaupun rasa terbakar ketika minum air suam tersebut. Beli lah roti atau pancake coklat untuk hilangkan pedas di lidah dan bibir. Kalau ada makanan atau cara yang lebih berkesan terhadap diri masing-masing.

Fiqqq cakap …

Ahmad Lim Black Pancake Seksyen 7 Shah Alam

Buat pertama kali Fiqqq jejakkan kaki di ini. Memandangkan kedai Ahmad Lim di Seksyen 7, Shah Alam maka gigih juga lah untuk datang dan cuba makanan di sini. Kedai di Seksyen 7 ini tidaklah terlalu besar maka tempat duduk boleh dikatakan agak limited. Rata-rata yang datang beli pancake dan bungkus bawa balik.

Berkenaan dengan makanan. Fiqqq tabik spring dengan sambal pedas dia. Tidak pernah Fiqqq cuba sambal lebih pedas daripada yang ini. Memang sesuailah dengan nama sambal pedas tahap arwah tu. Fiqqq mula rasa kebas di bahagian pipi selepas makan separuh daripada hidangan semangkuk. Sekotak tisu sudah habis mengelap peluh yang menitip macam pili air. Hahahaha. Pasti geli sahaja orang sebelah kalau lihat Fiqqq makan. Tapi tidaklah sampai menitik dalam makanan kita awak. Hahaha

Memandangkan waktu Fiqqq datang kedai ini baru juga beroperasi jadi ada beberapa jenis makanan yang mereka tidak dapat hidangkan. Mungkin akan datang apabila semua sudah siap sedia, Fiqqq ingin cuba menu yang lain pula. Tahniah kepada kedai Ahmad Lim kerana berjaya cili Fiqqq kali ini. Hahahaha.

Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 3.5/5.

Filed Under: Food Tagged With: Ahmad Lim Black Pancake, Mee Pedas Tahap Arwah, Restoran di Shah Alam, Street Food

Comments

  1. lisak says

    August 12, 2017 at 4:09 pm

    namapk betul2 macam pedas tu .. berpeluh2

    Reply
    • Afiq says

      August 12, 2017 at 4:19 pm

      Tersangat pedas. Hahaha. Nanti lisa try lah tau. hehehe

      Reply
  2. Aliey Eyezie says

    August 13, 2017 at 1:30 am

    tak suka makan pedas… hahahahah.. so akn stick order pancake jelaa..
    baru jer g restoran bisik2 kat seksyen 7 gak tu kalau tau awal boleh gak singgah try..

    next time kalau ada balik kampung lagi boleh try… hhhah

    Reply
    • Afiq says

      September 6, 2017 at 1:22 pm

      Fiqqq belum pernah rasa pancake dia, will try later. banyak choice kan ? HUhuhuhu

      Reply
  3. Qaseh says

    August 13, 2017 at 10:47 am

    Mmg surrender lah kalau pedas tahap arwah , kang tak pepasal betul2 arwah hahah

    Reply
    • Afiq says

      September 6, 2017 at 1:21 pm

      Hahahahaha. jangan sampai gitu kak. Bahaya.

      Reply
  4. IQ aka Izyan Balqis says

    August 15, 2017 at 4:23 pm

    kawan IQ mesti suka makan ni, sebab dia hantu pedas. IQ dengan pedas so-so je. tak ley pedas sangat..huhu

    Reply
    • Afiq says

      September 6, 2017 at 1:22 pm

      Boleh amik yang pedas tahap satu. cuma kurang kick lah. huhuhu

      Reply
  5. Alexandra says

    September 18, 2017 at 7:23 pm

    Highly descriptive post, I liked that bit. Will there be a part 2?

    Reply
  6. Kristie says

    September 18, 2017 at 7:50 pm

    I have read so many content regarding the blogger lovers however this piece of
    writing is actually a pleasant post, keep it up.

    Reply
    • Afiq says

      September 19, 2017 at 6:59 pm

      Thank you

      Reply
  7. Funny Picture says

    December 24, 2018 at 7:15 pm

    I got this web site from my buddy who informed me about this web site and at the moment this time I am browsing this website and
    reading very informative articles or reviews at this place.

    Reply
  8. The Red Tea Detox says

    December 27, 2018 at 8:25 pm

    I am in fact thankful to the owner of this web site who has shared this impressive paragraph
    at at this place.

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 28, 2018 at 9:57 am

      Thank you

      Reply
  9. news says

    December 30, 2018 at 7:09 pm

    I love your article. Keep Posting..

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 1, 2019 at 1:56 pm

      Thank you 😀

      Reply
  10. submit a news says

    January 8, 2019 at 3:15 pm

    I love your blog overall.

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 13, 2019 at 8:16 am

      Thank you

      Reply
  11. Lenita Maasen says

    January 12, 2019 at 10:59 pm

    i like your article.

    Reply
    • Afiq Halid says

      January 13, 2019 at 8:15 am

      Thank you

      Reply
  12. SEO Companies Denver says

    January 31, 2019 at 9:58 am

    Really informative blog.Thanks Again. Fantastic.

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 6, 2019 at 10:00 am

      Thank you

      Reply
  13. KUMPULAN BERITA SAHAM INDONESIA says

    March 16, 2019 at 1:02 pm

    Your post on Ahmad Lim Black Pancake di Seksyen 7, Shah Alam – Afiq Halid is very good. I hope u can continue posting many more post in the future. Be prosperous afiqhalid.com

    Reply
    • Afiq Halid says

      March 17, 2019 at 11:39 am

      Terima kasih

      Reply
  14. dsdsds says

    December 9, 2019 at 1:43 am

    thank you bro

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 12, 2019 at 11:42 am

      your welcome

      Reply
  15. izle says

    December 11, 2020 at 2:09 pm

    “Wow, great post.Really looking forward to read more. Fantastic.” Leann Taira

    Reply
  16. SEO says

    December 24, 2020 at 12:58 am

    I love it when folks get together and share views. Great site, continue the good work!|

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim