Bercuti di Cameron Highland
Cuti panjang yang lepas Fiqqq serta keluarga bercuti di Cameron Highland. Saja ingin cari udara sejuk dan duduk di kawasan tinggi. Menikmati pemandangan indah dan menghirup udara segar serta tidak perlu pasang pendingin hawa kerana di atas sudah sejuk. Waktu siang sejuk biasa-biasa tapi apabila malam berselubunglah tidur. Hahaha.
Perancangan awal Fiqqq serta sepupu-sepupu ingin buat aktiviti tahunan keluar bersama namun setelah beberapa perbincangan dilakukan maka semua golongan ibu bapa turut serta. Lagi ramai lagi meriah bukan?. Selepas itu, mulalah perbincangan untuk tentatif yang akan dijalankan di Cameron. Sejujurnya, kali terakhir naik Cameron Highland adalah pada tahun 2004 dan baru tahun ini Fiqqq berpeluang untuk berjalan ke sana lagi.
Lebih kurang 13 tahun tidak berjalan ke sana. Lama kot!
Greenview Garden : House of Lavender
Lokasi pertama kami singgah ialah Greenview Garden : House of Lavender . Lega apabila dapat luruskan kaki setelah lama memandu dan duduk dalam kereta. Waktu tiba di sini agak risau tidak dapat letak kereta di tempat yang disediakan memandangkan terlalu ramai manusia. Almaklumlah, cuti sekolah dan cuti panjang untuk semua tapi alhamdulillah dapat letak kereta di hadapan pintu masuk.
Lavender Milkshake – RM15.90
Ibarat beli air di Starbuck dengan harga begitu namun dek kerana tekak sudah teringin rasa maka gadaikanlah beberapa wang saku untuk dapatkan beberapa sedut air milkshake ini. Memandangkan di sini banyak betul pokok lavender maka nampak sedap aiskrim lavender yang mereka tayang dalam kedai. Haihhhhh. Nafsu makan ketika itu memang tidak dapat dibendung.
Beberapa skop aiskrim mereka letak dalam satu adunan dan dicampur dengan susu segar serta beberapa perasa lavender untuk menaikkan rasa dan bau air tersebut. Boleh tahan juga lah rasa dia dengan cuaca yang sejuk dan minum pula minuman sejuk. Nasib baik tidak terkena brainfreeze. Hahaha.
Aiskrim Strawberry – RM 10.90
Takut Fiqqq nak keluarkan duit apabila melihat harga sebatang aiskrim begitu. Tapi apabila melihat rupa asikrim tersebut maka Fiqqq beli dua batang. Satu Strawberry dan lagi satu coklat. Penyebab kenapa aiskrim ini mahal kerana mereka menggunakan strawberry yang dikisar dan dijadikan asikrim. Boleh dikatakan ibarat makan strawberry sejuk yang dibekukan. Manis dia memang tangkap leleh.
Inilah barisan bank bergerak. Huhuhu. Golongan ibu-ibu yang ikut aktiviti anak-anak. Lama tidak berjalan sama dengan semua. Ketika ini mula risau sama ada mereka ini masih boleh atau tidak untuk jalan jauh mahupun berdiri lama di satu tempat. Namun, kelihatan semua okey maka teruskan sahaja aktiviti yang berikutnya. Huhuhuhu.
Misi mencari sayur-sayuran
Selepas puas menjamah aiskrim dan rehatkan kaki, Fiqqq sambung perjalanan menuju ke tempat penginapan. Mula-mula tu seronok juga lah tekan minyak untuk sampai awal. Tapi semua berubah apabila melihat kereta di hadapan berhenti kerana berlaku kesesakan lalu lintas. Nasib baik bawa kereta auto. Kalau tidak, nahas.
Setelah beberapa minit dan boleh dikatakan berjam jugalah. Fiqqq tersampai sedikit awal, maka letak kereta di hotel dan jalan kaki mencari sayur-sayuran untuk buat sup. Perjalanan untuk jalan kaki lebih kurang 300 meter dari tempat menginap ke pasar jual-jual sayur. Boleh dikatakan bukan takat jual sayur sahaja malah jual barang-barang lain pun ada.
Selepas geng ibu-ibu seronok membeli sayur-sayuran untuk masak sekejap lagi, kami geng anak-anak tukang pikul bawa naik atas. Hahaha. Kalau naik kereta akan ambil masa yang sangat lama dek kerana jalan yang kecil itu sentiasa sesak. Alamat makan sayur mentah sahajalah. Walaupun sedikit jauh berjalan sehingga sakit-sakit kaki, masa yang diluangkan itu sangat seronok kerana jalan ramai-ramai. Huhuhu.
Copthorne Hotel, Cameron Highland
Sini lah tempat Fiqqq menginap bersama semua keluarga yang ada. Cuma ada satu keluarga sahaja yang terpaksa ke tempat lain. Huaaaa. Lokasi penginapan ini berada di puncak dan boleh dikatakan tempat yang tinggi berbanding dengan hotel lain. Pemandangan yang sangat cantik dan sangat seronok serta sesuai untuk beristirehat tenangkan minda daripada kekusutan kota. Haaaa.
Ruang Tamu
Bilik Satu
Bilik Dua
Benda yang paling seronok di sini adalah waktu malam. Sejuk dia memang terbaik. Tidak perlu kipas dan sebagainya. Sekali angin meniup lembut, menggigil satu badan. Selimut pula tidak berapa nak tebal. Kesejukan. Menjadi azab apabila liat nak bangun subuh. Benda wajib kena tunaikan. Lagi satu, waktu mandi jangan guna air panas. Fiqqq mandi guna air biasa sangat menyegarkan. Yup betul sangat sejuk tapi selepas mandi rasa dinginnnnn je. Hahahaha.
Aktiviti Malam : Jalan-jalan
Kalau duduk sahaja dalam bilik akan bosan. Keluar naik kereta mengadap jem lagi bosan. Fiqqq mengambil keputusan untuk jalan kaki dari hotel ke Pekan Brinchang. Tidaklah terlalu jauh, hanya 4.4 kilometer. Risau sedikit kerana jalan malam dan ada yang kondisi kesihatan tidak berapa baik. Namun, sebulat suara kerana ingin berseronok-seronok dengan sepupu-sepupu maka semua jalan kaki. Hahahaha. Terasa kejam pula diri ini.
Sepanjang perjalanan ke bawah, seorang menjaga jarak dengan menggunakan google map. ‘Guys, kita sudah berjalan 2.1 kilometer. Ada lagi 2.3 kilometer.’ Hahahaha. Sambil jalan mulut sambil berborak. Jadi, tidaklah terasa penat sangat. Sakat sana, sakat sini. Bernyanyi dan sebagainya.
Gigih berjalan kerana sepanjang perjalanan dari hotel ke Pekan Brinchang sesak macam ini. Agak-agak kalau gerak pukul 9.00 malam, pukul berapa akan sampai di pekan? Walaupun kami jalan perlahan tapi sempatlah cuci mata di kedai-kedai di pekan dan terserempak kereta yang kami jumpa di atas baru sahaja tiba. Hahahaha.
Jom balik …
Gambar ini tidak cukup korum. Huaaaaa. Apa pun, Fiqqq ingin ucapkan kepada keluarga Umi dan Pak Sham sebab sediakan penginapan untuk kami semua. Tidak lupa juga ibu-ibu yang membeli sayur-sayur dan masak untuk makan-makan. Dan semualah. Mana ada yang terkurang, kita perbaiki untuk percutian yang akan datang. Mana-mana ibu-ibu bapa-bapa yang sakit-sakit kaki, ampunkan kami anak-anak ini. Hahahaha.
Alhamdulillah semua berjalan lancar, seronok bercuti walaupun 2 hari 1 malam sahaja. Ada rezeki, kita plan pergi ke tempat lain pula. Woot woot !!!
Fiqqq, ada buat video pendek sepanjang kami semua bercuti. Enjoy!!!
https://www.facebook.com/afiqhalid09/posts/1763707756976877
Rindu pulak nk pegi Cameron
Banyak tempat2 / kedai2 yang ditambah. Fiqqq pun lama dah x naik. huhuhu
My fav place… suka sgt cameron sbb cuaca sejuk kot.. dan sebab parents in law ada apartment dekat tanah rata… boleh pergi anytime… hihihi
Tu yang best. Pergi waktu orang tak ramai. Puas berjalan. If waktu cuti sekolah dan seangkatan dengannya memang pack. hahaha
rajin betul nak jalan kaki sejauh 4.4km tu….
Hahahaha. suka-suka luangkan masa dengan sepupu semua. if naik kereta dah asing2. Jalan kaki dapat sama2, penat sama2, menggila pon sama2. Bonding time kaedahnya. Hahahaha
adore<3
Huhuhuhu
Waa nicee yaya nak pergi minggu depan terjumpa blog afiq kat google hihi
Huhuhu. Seronok Yaya gi sana. Lama Afiq dah tak pergi kat sana. Banyak dah tukar. Hahaha
Lamanya tak pergi cameron highland. Rindu plak nak pergi lagi pas baca entry fiqq.
Fiqqq pun sama. Lepas juga lah rindu naik Cameron. Banyak perubahan. Hahaha
kalau siang sejuk tak tempat tu? hehe.. tak penah naik lagi..
Tengok pada cuaca juga. Hari tu masa Fiqqq pergi, waktu siang dalam pukul 10 sudah kurang sikit. tapi time subuh tu. Menggigil bak hang. Hahaha
fiqq , pasar malam kt tempat baru kan? kt brinchag
Yup. Banyak kedai2 baru yang Fiqqq tengok. Cuci mata lah kat situ. Tapi jangan boros. hehehe
Afiq..seronok baca blog awk nie… Terasa nk g cameron lak..emmm.. Leh bg no contact tmpt penginapan awk tak… 😊😊😊
Terima kasih. Boleh direct call mereka, +60 5496 1777
TQ Afiq 🙂
your welcome. Selamat bercuti 😀
😱😱😱serius aiskrim strawberry rm10 huhuhu mesti sdpkan..nk tnya green view garden tu tmpt apa ehh..tak sabar nk pergi cameron highlands 😅
Rasanya berbaloi juga lah aiskrim gitu sebab ibarat makan strawberry yang kita sejukkan dan makan. Green View Garden tu ada cafe, kedai lavender dan macam-macam. Coklat pon ada jual di situ. Boleh dikatakan pit stop sebelum sampai ke atas. Lebih kurang gitu lah. and Have fun masa bercuti di sana 😀
Bestnya bercuti dgn family! Nanti nak pegi lagi lah! Pastu nak jalan2 ke tempat lain lg kat pahang macam yg blog kat bawah ni suggest, menarik!
https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-pahang/
Ada rezeki, in Shaa Allah boleh tu. Seronok dapat luang masa bercuti dengan family semua. Inikan lagi semua ada. Have fun masa cuti nanti 😀
Please tell me the car rental experience and recommendation!
Hi miss , im not sure about that . Maybe you can try google it or ask hotel’s receptionist .
Always read the instructions before hiring the car.
Yes . Definitely .
Hi. Nk tanya, hotel ni bila malam sunyi tak? Means mcm dkt kawasan yg busy ke biasa je
Kalau malam agak sunyi juga. Sebab dia jauh sikit dari tanah rata atau tempat mencuci mata beli souvenir. Tapi sesuai untuk mereka yang nak berehat. Malam boleh tido dengan tenang dan sejuk sbb boleh dikatakan berada di puncak.