Pes dan Sos Sedap
Pes dan sos sedap keluaran Ayamas Kitchen kini boleh kita dapatkan di mana-mana cawangan kedai Ayamas. Ayamas menawarkan ‘Lebih Daripada Hanya Ayam’ kerana selain daripada ayam goreng atau pun ayam bakar, kita boleh ubah hidangan kepada pelbagai jenis masakan seperti rendang, masak kurma dan masak merah.
Dengan adanya pes dan sos segera ini boleh jadikan masakan kita cepat siap sesuai dengan slogan ‘Cepat, Mudah dan Lazat’. Bagi Fiqqq yang bujang masak main campak-campak ini maka sesuai sangat lah. Hahaha.
Lagipun, pes segera ini merupakan rencah tumis yang kita boleh campur dengan air. Andai kata inginkan rasa lebih lemak untuk masakan rendang, tiada masalah jika kita tambah santan dan sebagainya. Menjadi mudah apabila kita tidak perlu risau bahan-bahan tumisan untuk menyediakan tiga hidangan yang Fiqqq sebutkan di awal penulisan. Jalan pintas untuk menyediakan masakan yang berat namun boleh siap dalam masa 30 minit.
Kalau kita beli satu-satu bahan tumisan, kos keseluruhan mesti lebih daripada RM10.00. Namun, satu paket pes dan sos sedap keluaran Ayamas Kitchen ini serendah RM2.80 (100 g). Beli dua baru RM5.60 sekiranya kita ingin masak dalam kuantiti yang banyak. Jimatkan?
Demo memasak menggunakan pes dan sos segera
Semua orang ingin sesuatu yang boleh kita lakukan dengan segera. Adakalanya bagi mereka yang sibuk dengan rutin harian mahupun pekerjaan memerlukan masa yang singkat untuk memasak. Pes dan sos segera yang digunakan oleh Chef Ayamas ini sememangnya mudah untuk kita guna dalam masakan. Tidak perlu kecah-kecah untuk menyediakan sesuatu masakan.
Sebagai contoh, ayam masak rendang. Kalau diikutkan, penyediaan untuk menu ini memerlukan bahan-bahan masakan yang banyak dan perlu ikut sukatan. Kalau Fiqqq lebih suka masak menggunakan bahan-bahan seperti berikut walaupun mengambil masa yang lama. Namun, ayamas mengeluarkan pes dan sos segera ini untuk memudahkan mereka yang ingin memasak menu-menu tersebut.
Kita perlu tumis pes dan sos segera tersebut sehingga naik bau. Kemudian, tambahkan sedikit santan dan kerisik untuk menaikkan sedikit lemak dan rasa dalam masakan.
Sudah siap dimasak. Mudah bukan? Kalau bagi Fiqqq masak pun tidak perlu kalut cari bahan-bahan. Tidak lah tersalah beli bahan-bahan untuk tumis. Itupun kalau kita kenallah semua bahan-bahan tersebut. Mana lengkuas, mana serai, mana kerisik dan sebagainya. Jangan terkejut sebab masih ada orang yang tidak kenal rupa paras bahan-bahan tersebut. Kan… kan … kan??? Baik mengaku cepat. Hahaha.
Hidangan untuk Tetamu
Selepas demo memasak rendang ayam dengan menggunakan pes dan sos segera ini, pihak ayamas menyediakan beberapa hidangan untuk semua tetamu yang hadir menjamah sedikit makanan. Yup, betul. Fiqqq sedang diet dan ambil sedikit sahaja buat rasa-rasa.
Seketul ayam masak merah, seketul ayam masak rendang, seketul ayam masak kurma, sedikit nasi dan beberapa ketul tart keju dengan pelbagai rasa. Walaupun semua makanan ibarat berlemak namun mereka sediakan air limau. Dietlah juga kan? Hahaha
Ayam Masak Merah
Ayam Masak Kurma
Rendang Ayam
Jika Fiqqq diberi pilihan, lebih gemar rendang ayam. Walaupun menggunakan pes untuk menumis namun rasa asli seperti masak menggunakan bahan-bahan sebenar dapat kita rasa. Bahan-bahan pes yang sedikit kasar menjadikan tekstur bahan ibarat baru sahaja lepas dikisar di dapur. Cara-cara untuk menggunakan pes tersebut juga ada mereka sediakan di bahagian belakang bungkusan. Ikut sahaja langkah mudah tersebut. Sekiranya, inginkan lebih pekat, maka tambah lah sedikit kerisik dan sebagainya.
Menu Lain-lain
Alhamdulillah kenyang dapat makan tiga ketul ayam dengan hidangan yang berbeza dalam satu masa yang sama. Hahaha. Kalau ikutkan hati teringin tambah beberapa ketul ayam lagi tapi malu sebab dalam majlis. Kalau masak di rumah nanti, segeralah tambah berkali-kali.
zakiahghani says
kt mn blh beli?
Afiq says
Boleh beli di mana-mana cawangan Kedai Ayamas. 😀
shazillah sani says
wahhhh…nampak mcm sedap wooo…terliur tangok…hihihi
Afiq says
Lauk rendang dia sedap. Huhuhu. Tapi kena pandai agak2 juga kalau kita nak tambah2. Cuma dengan pes ni memudahkan lah. Skip beberapa perkara. Hahaha
IQ aka Izyan Balqis says
nak masak lagi senang la lepas ni.
Afiq says
betul. Few step kita boleh skip. Huhuhuhu. Tapi jgn inform org lain. Rahsia.
lisak says
kt pasaraya ada jual tak ?
Afiq says
Lisa, dia jual di store Ayamas sahaja untuk kekalkan harga yang murah. Huhuhuhu. Nanti cari lah. Senang masak.