Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Sweetree Restoran Korea Halal

Sweetree Restoran Korea Halal

September 22, 2017 by Afiq Halid 16 Comments

Sweetree Restoran Korea Halal

Sweetree restoran korea halal menyediakan pelbagai jenis makanan Korea yang mempunyai pelbagai rasa dan mengikut cara serta mengekalkan keunikan makanan Korea itu sendiri. Apabila sebut berkenaan dengan sijil ‘halal’ dan terpampang di hadapan kedai, maka Fiqqq tidak ada rasa was-was untuk melantak makanan di sini. Takut juga jika mereka ada gunakan bahan-bahan terlarang yang tidak boleh orang Islam makan maka kita boleh elakkan sekiranya sudah tahu perkara tersebut. Andai terlewat habiskan makanan, mereka ada sediakan surau. Bagus.

Sweetree Restoran Korea Halal

Set pembuka selera

Pelik juga kerana mereka hantar makanan yang tidak dalam senarai apa yang kita buat pesanan makanan sebelum ini. Mana tahu mereka tersalah meja atau terlupa nombor meja dan sebagainya. Tapi, set ini memang mereka sediakan untuk semua pelanggan yang datang sebagai set pembuka selera. Kuantiti tidak banyak dan cukup sekadar untuk lapik perut.

Fiqqq rasa mereka tidak mahu pelanggan yang datang kelaparan berasa menunggu lama untuk makanan sampai. Boleh dikatakan inisiatif mereka untuk bagi pelanggan berasa tidak lama untuk tunggu makanan kerana sudah leka jamah set ini. Bijak. Hahaha.

Kimchi

Sweetree Restoran Korea Halal

Kalau selalu sebut-sebut Kimchi dan teringin rasa makanan ini boleh cuba di sini. Boleh dikatakan ibarat jeruk tapi menggunakan sayur. Rasa sedikit masam dan pelik bagi Fiqqq. Ala-ala makanan yang ………. Hahahaha. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya Fiqqq dah cuba sendiri. Mungkin selepas cuba beberapa kali baru tekak jawa ini boleh terima jenis makanan ini. Mungkin!.

Lobak Putih

Sweetree Restoran Korea Halal

Bawang goreng

Sweetree Restoran Korea Halal

Tauhu goreng

Sweetree Restoran Korea Halal

Bubur nasi

Sweetree Restoran Korea Halal

Antara menu utama di Sweetree

Bibimbap

Sweetree Restoran Korea Halal

Rasanya setiap kali datang Fiqqq akan makan benda alah ini. Mungkin sebab makanan ini dihidangkan dengan nasi dan ada sayur dan ada potongan daging ayam. Sebelum makan, kita perlu gaul semua bahan-bahan dalam mangkuk tersebut sehingga puas hati.

Jangan risau takut tumpah dan sebagainya kerana tidak akan berlaku. Saiz mangkuk dia sangat besar dan makanan dia akan jadi nampak sedikit. Hanya nampak sedikit tapi gigih jugalah untuk Fiqqq habiskan. Sedap dan mengenyangkan. Sekiranya ingin lagi sedap, pesan menu yang berkuah untuk makan bersama sebab menu ini boleh dikategorikan menu makanan yang kering.

Topokki

Sweetree Restoran Korea Halal

Siapa peminat Topoki angkat tangan sikit!!! Hahaha. Sedapkan??? Menu ini kalau dijadikan hidangan sampingan, mohon kongsi dengan kawan sebelah. Kelihatan seperti ketulan tepung beras yang diadun baik namun boleh buat kita kenyang kalau makan sorang-sorang.

Suka rasa kuah yang tidak terlalu pedas dan menaikkan rasa-rasa rempah Korea yang ada. Kuah topoki ini Fiqqq siramkan sedikit ketika makan Bibimbap. Lidah melayu. Makan apa mesti ingin yang berkuah. Hahaha. Jadi, untuk menyedapkan tekak sendiri, kita perlulah bijak mix and match. Hahaha.

Spicy Squid

Sweetree Restoran Korea Halal

Boleh dikatakan ibarat nasi lemak sotong versi Korea. Hahaha. Marah peminat makanan Korea Fiqqq sebut begini. Sotong sambal ini sangat banyak. Rasa cili, pedas dan ramuan yang digunakan boleh buat kita khusyuk makan. Saiz sotong yang besar dan dihiris elok untuk sesuap makan bersama nasi. Walau bagaimanapun, sambal ini tidaklah terlalu pedas seperti masakan melayu. Apapun, pedas dia masih terasa. Sikitlah tapi…

Menu sampingan di Sweetree

Kimbab

Sweetree Restoran Korea Halal

Ada beza ya Kimbab dengan Sushi? Hahaha … Terfikir juga benda alah ini. Walaupun rupa lebih kurang sama tapi ada sedikit perbezaan antara dua makanan ini. Apabila lihat secara mata kasar, Fiqqq perasan yang kimbab mempunyai saiz sedikit besar daripada aspek potongan, ketebalan dan kuantiti  isi nasi dan isi lauk dia adalah lebih banyak.

Selain itu, kimbab menggunakan isi seperti daging atau ayam yang telah dimasak atau dikukus. Kalau sushikan ada ikan salmon, unagi dan kebanyakkannya menggunakan bahan mentah. Kan … kan … kan ??? Kimbab yang Fiqqq pesan ini berintikan daging. Jangan tamak ya ketika pesan kimbab. Dalam pinggan akan kelihatan sedikit namun cukup kenyang dan boleh buat Fiqqq tersandar kerana penat untuk menghabiskan.

Sweetree Restoran Korea Halal

Lokasi : Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Beroperasi : 10.30 pagi – 11.00 malam (Selasa cuti)

Telefon : +60 3-4287 4685

 Fiqqq cakap …

Fiqqq suka susun atur dalam restoran ini dan boleh jadikan kita seronok, rasa selesa untuk makan dan santai untuk meluangkan masa bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Sekiranya kita ingin buat gathering dalam jumlah pax yang ramai, mereka juga ada sediakan riang khas. Senang cerita, restoran ini sangat mesra pelanggan dalam aspek keselesaan untuk kita makan.

Selain itu, tidak perlu risau mencari tempat solat kerana mereka ada menyediakan surau. Maka, tidaklah kita tergopoh-gapah menghabiskan makanan untuk mengejar waktu solat sekiranya sudah kelewatan. Almaklumlah, ada yang datang dari jauh. Setiba di restoran, baru masuk waktu. Tunggu makanan, sekiranya ramai akan mengambil masa sedikit lama. Tunggu masa untuk makan lagi. Jadi, sementara menunggu makanan sampai boleh kita tunaikan yang wajib terlebih dahulu. Kemudahan sudah ada, kita gunakan.

Berkenaan dengan makanan, Fiqqq suka semua makanan yang dihidangkan walaupun tidak berapa gemar kimchi. Hahaha. Bagusnya, mereka masih kekalkan rasa dan tidak ubah mengikut selera tempatan. Almaklumlah, nak ke Korea entah bila. Jadi, dapat rasa yang 90% sama seperti makanan di sana pun sudah memadai. Betulkan?

Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 4/5.

Haaaa … Ni ada tambahan sikit … Jemput lah tengok 😀

https://www.facebook.com/fungrytv/videos/1639174949434364/

 

Filed Under: Food Tagged With: Makanan Korea Sedap, Restoran Korea Halal, Sweetree

Comments

  1. Nurul Syahirah says

    September 22, 2017 at 2:19 pm

    peminat makanan korean di sini.. memang ada plan nak gi sini.. tapi tak pergi2 lagi 😀

    Reply
    • Afiq says

      September 22, 2017 at 2:28 pm

      Woot woot. recommended. Nanti sila lah pergi. Huhuhu.

      Reply
  2. Migha says

    September 22, 2017 at 2:33 pm

    Amboi makanan dia nampak menggoda sangat.

    Reply
    • Afiq says

      September 22, 2017 at 2:57 pm

      Kena makan sendiri kat sana. Hahaha. Sure terus Annyeong!!! Xleh cakap Mesia dah.

      Reply
  3. umminani says

    September 22, 2017 at 3:11 pm

    i suka video dia best

    Reply
    • Afiq says

      September 22, 2017 at 4:07 pm

      Terima kasih kak Nani. 😀

      Reply
  4. Nina Mirza says

    September 22, 2017 at 3:19 pm

    Aahh.. Video tu best laa..

    Reply
    • Afiq says

      September 22, 2017 at 4:08 pm

      Main rakam je tu. Hahaha. Terima kasih kak nina. 🙂

      Reply
  5. Mama Kembar 3 says

    September 22, 2017 at 7:51 pm

    Suka kimchi! Alahai sedapnyaaa…

    Reply
    • Afiq says

      September 23, 2017 at 4:36 am

      Masammm!!! Hahaha. Bibimbap dia sedap.

      Reply
  6. titan says

    September 22, 2017 at 9:12 pm

    lama gila tak pegi restoren korea.

    leh la gi usha lepah nih.

    Reply
    • Afiq says

      September 23, 2017 at 4:36 am

      Boleh. Makan puas2. Hahaha

      Reply
  7. lisak says

    September 23, 2017 at 7:57 pm

    lama rasanya takmakan kimchi.. huhuhu. bawa lisa datang sini ye nanti kalau g sana hahahaa

    Reply
    • Afiq says

      September 23, 2017 at 9:04 pm

      In Shaa Allah. Jom !!!

      Reply
  8. IQ aka Izyan Balqis says

    September 25, 2017 at 10:02 am

    IQ pun suka makanan korea, first time makan kimchi dulu tak berapa suka sangat tapi bila selalu makan, dah jadi kesukaan dah.

    IQ selalu layan dakgalbi, kalau tak dakgalbi, pergi dubuyo. ok, nak terjah sweetree plak lepas ni

    Reply
    • Afiq says

      September 25, 2017 at 1:21 pm

      Pernah pergi yang dakgalbi tapi Fiqqq lagi prefer Sweetree. Huhuhu. Dubuyo belum pernah pergi lagi. In Shaa Allah soon nak pergi mencemar duli. Hahaha.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim