Westside Bistro SACC
Westside Bistro merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan santai dan menampilkan kombinasi makanan ala Barat dan Timur. Pelbagai menu yang menyelerakan dan sukar Fiqqq ingin buat pilihan untuk makan malam. Restoran ini terletak di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam bersebelahan dengan Kompleks PKNS, Shah Alam.
Restoran yang berkonsepkan santai dan terbuka sangat sesuai untuk kita makan malam bersama keluarga mahupun dengan yang istimewa. Semasa makan pula kita akan didendangkan dengan alunan muzik balada yang menaikkan rasa selesa untuk kita menjamu selera.
Menu baharu di Westside Bistro
Selalunya malam Fiqqq makan nasi putih, ikan atau ayam goreng dan sayur campur. Menu wajib ada iaitu sambal belacan atau sambal kicap. Tapi memandangkan ada rezeki untuk makan hidangan baharu yang mereka sediakan, maka Fiqqq sekeluarga siap-siap untuk makan. Mahu juga tahu apa kelebihan menu baharu ni. Kan … kan … kan !!!
Sambil-sambil menunggu mereka buat persiapan untuk gril daging dan ayam yang masih dalam perapan dengan rempah ratus, Fiqqq layan dulu mereka hidupkan bara api. Waktu beginilah yang buat Fiqqq jadi tidak sabar untuk makan. Hahaha. Lebih-lebih lagi apabila mereka mula gril. Aroma perapan yang ada pada daging lembu dan ayam mula menusuk hidung. Tambah pula dengar bunyian yang dihasilkan ketika gril daging tersebut. Nyummmm!!!
Daging Panggang Skewer
Ayam Panggang Skewer
Untuk makluman, sajian istimewa yang mereka hidangankan seperti stik dan gril ini bermula pada 4 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017 bermula jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam. Memandangkan menu ini istimewa, mereka hanya hidangkan pada setiap hari Rabu hingga Ahad sahaja.
Sekiranya ingin melihat menu yang mereka sediakan, boleh layari https://sacc.onpay.my/order/form/wssteakandgrill . Alang-alang sudah kongsikan link menu, Fiqqq ingin maklumkan bahawa sekiranya buat tempahan meja dibuat pada hari Rabu atau Khamis, kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun akan dijamu secara PERCUMA di bahagian bufet kanak-kanak yang disediakan. Sekiranya ada ahli keluarga yang berusia di bawah umur 6 tahun akan dijamu secara PERCUMA sepanjang waktu waktu operasi stik dan gril. Menarikkan?
Menu Sampingan
Wahhhhhhh … Dessert is always my favourite . Love it!!! Hahahaha. Selepas kenyang makan daging dan ayam panggang skewer, Fiqqq jamah kek coklat lava dengan aiskrim vanila. Dia punya manis tidak tahu macam mana Fiqqq nak huraikan. Apapun, pencuci mulut ini adalah hidangan sampingan yang melengkapkan rasa sedap makan di sini. Penutup untuk makan yang sangat memuaskan. Selepas beberapa minit, Fiqqq jadi Sugar Rush.
Fiqqq cakap …
Mana-mana makan pun kalau makan bersama keluarga semua akan jadi sedap. Namun, Fiqqq amat titikberatkan rasa makanan terlebih dahulu. Tidak kisah sama ada di restoran mahupun kedai biasa. Sebelum ini Fiqqq pernah makan di SACC ini untuk hidangan berbuka puasa dan kali ini hidangan baharu yang mereka sajikan tidak mengecewakan.
Ada tiga jenis daging skewer dan yang Fiqqq suka ialah ayam panggang skewer dek kerana ayam tidak terlalu kering dan terasa rempah yang mereka campurkan semasa perap. Orang cakap perapan ayam sebati. Makan pula cicah dengan sos lada hitam yang mereka hasilkan khas untuk menu istimewa ini. Nasib baik boleh tambah sos. Senang cerita, Fiqqq terbuat kuah makan dengan ayam panggang skewer.
Harga boleh tahan juga. Mungkin kerana masak pun ala-ala makan di hotel terkemuka. Apa yang Fiqqq perasan, mereka sangat teliti dalam penyediaan makanan yang mereka hidangkan. Apabila lihat pada harga, Fiqqq akan bagi satu expectation yang tinggi.
Walaupun boleh dikatakan berada di tengah bandar Shah Alam namun sangat seronok makan kerana tempat terbuka dan nyaman. Lokasi restoran pula senang untuk Fiqqq cari. Adakalanya, putus harapan juga kalau cari-cari tidak jumpa. Kan?
Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 3.5/5.
wowww ye ke xde lemak tu , hahahaha xpe cheat day kann
Hahaha. lemak dah habis bakar kat atas api. Hopefully lah. walaupun sebenarnya…… 😀
ok, nampak sangat sedap. boleh nak terjah lepas ni
Nanti cuba tau.