Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Glamping di Lost World of Tambun Perak

Glamping di Lost World of Tambun Perak

October 15, 2017 by Afiq Halid 8 Comments

Glamping : Camping dengan penuh Glam

Glamping di Lost World of Tambun Perak berikan Fiqqq satu pengalaman bercuti di kem yang tidak boleh dilupakan. Boleh dikatakan satu percutian di kem yang penuh glamor. Kombinasi antara perkataan glamour dan camping maka jadilah glamping. Lokasi kem yang terletak berdekatan dengan tasik dan jauh daripada kesibukan kota dan dikelilingi bukit batu dan pokok-pokok hijau yang buat kita lupa dunia luar untuk seketika.

Glamping di Lost World of Tambun Perak

Lokasi untuk glamping ini boleh dikatakan agak privasi kerana jauh daripada kawasan orang ramai dan berada di bahagian belakang. Boleh dikatakan perlu ada kegigihan untuk menapak ke bahagian hadapan untuk menikmati aktiviti-aktiviti taman tema air dan sebagainya. Tidak perlu risau kerana mereka ada menyediakan keretapi bergerak yang akan menghantar kita ke lokasi kem dari pintu masuk. Cuma ada waktu tertentu sahaja.

Glamping di Lost World of Tambun Perak

Bahagian dalam Glamping

Glamping di Lost World of Tambun Perak

Tempat tidur yang selesa akan menjadikan percutian kita lebih bermakna dengan mendapat power nap apabila bermalam di sini. Lebih-lebih lagi waktu malam tersebut hujan ketika Fiqqq di sana. Dalam glamping jadi sejuk ditambah pula dengan angin kipas. Tidak terbangun untuk matikan suis kipas. Maka, terus sahaja tidur melayan mimpi yang tidak berkesudahan. Hahaha.

Glamping di Lost World of Tambun Perak

Apabila waktu siang, cuaca mula terik namun tidak terlalu panas di dalam glamping kerana berada di bawah pokok serta dibekalkan kipas. Tingkap juga ada untuk dapatkan angin luar untuk masuk ke dalam.

Bilik Air di kawasan Glamping

Glamping di Lost World of Tambun Perak

Memandangkan percutian kali ini berkonsepkan camping maka bilik mandi dan bilik air yang disediakan berada sedikit jauh daripada kawasan glamping. Tidak lah terlalu jauh, kalau Fiqqq bejalan dalam 30 saat sudah sampai.

Untuk makluman, bilik mandi dan bilik air dibuat secara berasingan. Bilik mandi yang disediakan adalah terbuka. Untuk bilik air lelaki cuma ada dua bilik kecil yang berpintu. Kemudian, mereka ada menyediakan bahagian yang terbuka dengan beberapa tempat air pancut. Lebih baik mandi dengan berseluar pendek kerana bahagian atas terbuka dan atap tinggi.

Andai tidak mahu kelihatan seksi, bawalah baju sehelai untuk ke khemah. Fiqqq terbelanja semua selama 30 minit dengan hanya bertuala putih berjalan melenggang ke glamping. Fiqqq tidak sengaja maka perkara tersebut tidak berulang untuk mandi pagi keesokan harinya. Hahaha.

Kawasan sekitar Glamping

Glamping di Lost World of Tambun Perak

Glamping di Lost World of Tambun Perak ini menyediakan beberapa tempat khemah yang dipacak. Salah satu yang menarik adalah berada di kawasan atas air. Kelihatan lebih menarik dan ada kelas.

Glamping di Lost World of Tambun Perak

Apabila malam menyinggah, keadaan kawasan glamping akan menjadi sunyi dan hanya diterangi dengan lampu-lampu. Jadi, meriahkan suasana dengan geng yang bercuti bersama dan luangkan masa untuk bercerita perkara paling seram sebelum tidur. Hahaha. Berani ke masalahnya?

Glamping di Lost World of Tambun Perak

Glamping di Lost World of Tambun Perak ini tidak cukup satu malam berada di sini. Tapi cukuplah satu malam memandangkan wallet hanya penuh dengan resit beli burger, ice-cream dan sebagainya.

Kalau ingin tahu maklumat lanjut berkenaan Glamping di Lost World of Tambun Perak boleh layari www.sunwaylostworldoftambun.com

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Best camping site in Perak, Glamorous camping in Malaysia, Lost World of Tambun

Comments

  1. lisak says

    October 15, 2017 at 12:54 pm

    WAH.. CANTIK AND BEST WOOO. rugi tak pi sana

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 10:35 am

      Jom kita gi sama

      Reply
  2. Haida Eyda says

    October 16, 2017 at 1:43 pm

    seronok sgt dapat merasa glamping ni

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 1:58 pm

      Betul. Ini pertama kali Fiqqq cuba menginap di glamping. kalau nak diikutkan diberi pilihan sama ada di hotel atau sini. Tapi hotel cliche. Hahaha

      Reply
  3. Azlan Idris says

    November 5, 2017 at 9:30 pm

    salam bro,, kalau mcm awk punya trip tu bajet berapa ye, tu x termasuk ngn ticket water theme park ke ye,,

    Reply
    • Afiq says

      November 19, 2017 at 10:34 pm

      Alamak, tak ingat lah pula. Maaf2. cuba check kat kat website dia. Thank you.

      Reply

Trackbacks

  1. Glamping Tarikan Terbaru Di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak says:
    November 1, 2017 at 8:36 am

    […] Tempat tidur yang selesa akan menjadikan percutian kita lebih bermakna dengan mendapat power nap apabila bermalam di sini. – by Fiqq […]

    Reply
  2. 5 Glamping sites for a crowd-free holiday | A Wonderfly Blog says:
    February 7, 2020 at 6:14 pm

    […] Photo by Afiq Halid […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim