Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan

Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan

October 16, 2017 by Afiq Halid 40 Comments

Royal Belum Gerik

Belum Rainforest Resort Gerik destinasi percutian dalam hutan yang menjadikan impian Fiqqq selama ini tercapai. Beberapa tahun lepas, Fiqqq lalu di kawasan Royal Belum pada waktu malam. Ketika itu Fiqqq terserempak dengan sekawan gajah liar yang menunggu masa yang sesuai untuk melintas.

Bukan itu sahaja, selepas beberapa kilometer kelihatan sekumpulan seladang yang sangat besar berada di bahu jalan. Sememangnya tidak dapat lihat dengan jelas kerana pekat malam namun susuk bentuk yang boleh Fiqqq menyaksikan haiwan liar tersebut dalam jumlah yang banyak. Teruja.

Ketika itu, Fiqqq memasang niat supaya berpeluang berada di sini mengembara dan teroka kawasan sekitar.

Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan

Akhirnya, dapat juga Fiqqq datang bersama geng daripada Kelab Blogger Ben Ashaari dan menginap di Belum Rainforest Resort yang terletak di Gerik, Perak.

Belum Rainforest Resort

Perjalanan ambil masa lebih kurang tujuh jam dari Kuala Lumpur hingga ke Royal Belum. Kami bertolak pada jam 11.15 malam dan tiba pada jam 6.00 pagi. Termasuk dengan beberapa perhentian kami singgah untuk beli makanan, rehat dan sebagainya.

Ketika sampai keadaan masih gelap gelita cuma hanya beberapa lokasi sahaja kerana disuluh cahaya yang terpasang pada dinding dan tiang lampu. Walau bagaiamanapun, masih tidak boleh kelihatan dengan jelas. Simpan untuk jalan pada keesokan hari. Apa yang penting, Fiqqq ingin luruskan badan dan baring di atas katil untuk rehat sebentar.

Azlanii Room

Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan

Seronok apabila melihat bilik mewah yang tersedia di depan mata. Fikiran sudah ditetapkan bahawa kita akan selesa tidur di sini satu malam. Letakkan barang-barang terus baring di atas katil. Selesa apabila letakkan kepala di atas bantal yang empuk namun tilam yang mereka gunakan jenis padat. Tidak seperti tilam empuk yang berada di dalam iklan televisyen. Dek kerana terlalu penat, perkara tersebut letak tepi terlebih dahulu. Yang penting dapat baring.

Memandangkan konsep mereka untuk mendekatkan diri pengunjung dengan kehidupan dalam hutan maka bilik yang Fiqqq menginap tidak memiliki televisyen. Namun, yang menarik apabila kita bilik kita dikelilingan hutan  dan pemandangan hijau semata. Tenang!!!

Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan

Selepas 15 minit berehat. Fiqqq ambil tuala untuk bersihkan badan yang mula belengas. Hahaha. Almaklumlah, badan jenis cepat berpeluh. Maka mandi itu wajib. Keluasan bilik air yang luas menjadikan Fiqqq seronok cuci muka di bahagian luar dan mandi di dalam bilik cermin.

Budak kampung seperti Fiqqq ini sedikit teruja apabila air pancut yang mereka gunakan ibarat air hujan tropika yang jatuh dari langit. Makin seronok Fiqqq mandi sambil layan lagu daripada iTunes.

Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan

Bilik yang Fiqqq bermalam ini sangat luas. Terasa lapang mata memandang. Mudah untuk melakukan pergerakan dan susun atur dalam bilik ini menjadikan diri kita lebih teratur apabila mereka menyediakan beberapa bahagian untuk menyimpan barang dan sebagainya.

Dan … dan … dan … kolam renang di sini sangat menarik. Fiqqq tidak mahu tulis banyak tapi lihat sendiri.

Chengal Room

Bilik yang diberi nama Chengal ini memiliki dua jenis bilik yang berbeza. Setiap bilik tersebut memiliki keunikan dan keselesaan yang tersendiri. Kita boleh pilih mana satu pilihan hati untuk bermalam. Ada jenis bilik air secara terbuka dan ada yang boleh kita menikmati pemandangan tasik.

Garden Side – Double Single Bed

Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan

Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan

Lake Side – Queen Bed

Tualang

Bilik Tualang ini berkonsepkan rumah lama kerana seluruh pembinaan dan penggunaan bilik tersebut menggunakan barang lama. Dinding, suis, lantai dan sebagainya. Sekiranya mereka yang inginkan percutian ala kampung namun dalam keadaan yang mewah, boleh menginap di bilik ini.

Menariknya bilik ini kita boleh menikmati pemandangan tasik. Fiqqq pasti akan lama untuk berada di sini supaya dapat menikmati keindahan tumbuhan hijau lebih lama. Bangun pagi, minum air kopi sambil menikmati pemandangan seperti ini. It was like moment of silent please!!!

House of Boat

Untuk menginap di House of Boat ini memerlukan lebih kurang 14 orang kerana sesuai untuk mereka yang kaki memancing dan ingin bawa keluarga bersama. Banyak bilik dan katil yang selesa untuk bermalam. Tidak perlu risau andai ada keraguan tidak selesa untuk beristirehat.

Kemewahan yang mereka sediakan untuk kita rehat dalam hutan memang menarik. Lebih menarik kalau kita sendiri menikmati apa yang ada di sini. Some people said that ‘dont just hear from others but go and see by yourself’. Sekiranya ingin lihat harga untuk setiap bilik yang ada boleh layari Belum Rainforest Resort

Fiqqq cakap …

Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan antara tempat yang Fiqqq gemar. Senang cerita, mana-mana penginapan yang berada dalam hutan mahupun berdekatan lokasi yang berkonsepkan flora ini menjadi kegemaran. Lebih-lebih lagi di Belum Rainforest Resort ini memang ingin mendekatkan kita dengan alam semula jadi. Tenang.

Berkenaan dengan harga, sejujurnya hanya mampu lihat dan berangan untuk menginap lebih daripada 2 hari atau lebih. Sekiranya ingin menginap semalaman pun perlu fikir beberapa kali kerana resort ini fokus kepada golongan yang mampu. Walau bagaimanapun, sekali sekala untuk merasa tidak salah. Mereka menetapkan harga seperti itu berdasarkan fasiliti yang mereka beri adalah yang terbaik. Lihat sendiri mewah setiap bilik yang mereka sediakan. Pasti akan beri satu pengalaman bercuti yang akan kita ingat.

Memandangkan Fiqqq jenis suka ber media sosial menjadikan satu halangan kerana sekejap ada dan sekejap tiada. Mereka ada menyediakan Wifi namun sayang tidak dapat untuk Fiqqq connect. Maka, tunggu sahaja line 4G yang ada tiada apabila berada dalam bilik. Di sesetengah kawasan luar bilik akan dapat dan ada yang tidak. Perlu pandai cari line Hahahaha.

Walau bagaimanapun, Belum Rainforest Resort Gerik Destinasi Percutian Dalam Hutan boleh dijadikan salah satu tempat yang kita cuba sendiri untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Terutama pengalaman berada di House of Boat kerana kita akan bermalam dalam bot di atas tasik di sana.

Dan … dan .. dan … ada beberapa aktiviti yang boleh kita jalankan di sini. Nanti Fiqqq kongsikan. Bagi tengok bilik dulu. Takut terlebih eksited pula nanti. Hahaha.

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Belum Rainforest Resort, Kelab Blogger Ben Ashaari

Comments

  1. Shazillah Sani says

    October 16, 2017 at 10:28 am

    Seronok tgk percutian korang.. Ade rezeki nak dtg sini dengan family.. Hihihi

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 11:11 am

      In Shaa Allah ada rezeki nanti. Lagipun sesuai bawa family walaupun ada anak kecil. Selamat di sini.

      Reply
  2. Leyla Nurjatiey says

    October 16, 2017 at 10:28 am

    bestnya..bilik pon cantik..

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 10:36 am

      Bilik dia cantik dan mewah. Sekali sekala untuk rasa bercuti memang sesuai.

      Reply
  3. YB Shehan says

    October 16, 2017 at 10:41 am

    huwaaaaaaaa.. akak teringin lepas ternampak signboard dorang dari luar masa otw akk ke ganu dlu. sies teringin. tapi.. sobbsss.. mmg x mmpu pun

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 11:08 am

      Selalu dapat lalu. Alhamdulillah kali ini berkesempatan singgah bermalam. Menarik. Tinggal dalam hutan. Pengalaman. In Shaa Allah kak Shehan. One day ada rezeki singgah situ.

      Reply
  4. TATI MANSUR says

    October 16, 2017 at 10:42 am

    Seronokka sesekali lari dari kekecohan dan keriuhan bandar.. Otak dan badan akan rasa refreshed..

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 11:09 am

      Yesss. Sangat relief stay sini.

      Reply
  5. Lya says

    October 16, 2017 at 10:53 am

    Waaa bestnya dapat pegi sana..akak.kalau berpeluang pon nak g gak laa nanti.. seronok sebenarnya dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang betul2 fresh.. Rasa tenang dan seronok jer kan .. jauh dari kesibukan kota metropolitan..

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 11:09 am

      Betul. Bangun pagi tidak serabut apabila kita lihat banyak benda hijau. Udara belum tercemar dengan asap kenderaan dan sebagainya. Nyaman.

      Reply
  6. mas saari says

    October 16, 2017 at 10:54 am

    Best betul, memang teringin lama dah nak ke Royal Belum ni. Moga ada rezeki nanti.

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 11:10 am

      Amin In Shaa Allah. Afiq doakan Kak Mas sampai nanti.

      Reply
  7. Qaseh says

    October 16, 2017 at 11:06 am

    Cantiknya bilik2 dia ..

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 11:10 am

      Yup. cantik, selesa dan ada class.

      Reply
  8. Mohd shahrir Mohd arshad says

    October 16, 2017 at 11:21 am

    Luas nya bilik.. Bila nak ajak kita gi sini pulak

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 11:32 am

      Sangat luas dan selesa. In Shaa Allah.

      Reply
  9. ai says

    October 16, 2017 at 11:33 am

    Yang penting, toilet dia selesa.

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 11:34 am

      Lebih daripada selesa. Hahaha.

      Reply
  10. Azni says

    October 16, 2017 at 12:07 pm

    Dan .. dan .. dan tu yg tak tahan nak dengar apa lagi yg best!

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 1:56 pm

      yessss. dan banyak lagi … Ada sambungan tau. Huhuhu

      Reply
  11. Min says

    October 16, 2017 at 1:26 pm

    Alahaiiiii i is jeles..bestnyaaa u all

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 1:57 pm

      Sila jeles banyak sikit. In Shaa Allah nanti boleh pergi sana.

      Reply
  12. lisak says

    October 16, 2017 at 2:33 pm

    seronoknya kat sanaa

    Reply
    • Afiq says

      October 16, 2017 at 2:58 pm

      Seronok sangat Fiqqq kat sana. Tak puas tidur satu malam. Kalau boleh nak lanjutkan lebih masa sikit. Hahaha

      Reply
  13. Nadia johari says

    October 17, 2017 at 1:25 am

    Menarik tengok boat tu..siap ade tilam.dua tingkat. Semua bilik bestla..ade rezwki boleh datang sini

    Reply
    • Afiq says

      October 17, 2017 at 8:22 am

      Menarik kak Nad. Cuma yang boat tu perlu ada dalam 14 orang. Payung sikit akan jadi murah. Kaki memancing boleh try. cuba tanya husband akak. Hahahaha

      Reply
  14. Mama Kembar 3 says

    October 17, 2017 at 7:50 am

    Kalau bawak anak anak pun sesuai gak kan, view dr kolam renang tu bestnya

    Reply
    • Afiq says

      October 17, 2017 at 8:23 am

      Yesss kak. Macam nak duduk lama2. Hahaha

      Reply
  15. cik Renex says

    October 19, 2017 at 12:52 am

    Bestnya kalau berpeluang bercuti kat sini. moga ada rezeki nanti.

    Reply
    • Afiq says

      October 19, 2017 at 8:13 am

      Amin. In Shaa Allah nanti ada rezeki tu. Cuma tidak tahu bila. Hehehe.

      Reply
  16. IQ aka Izyan Balqis says

    October 19, 2017 at 2:34 pm

    sangat menarik bilik2 di sana, nampak sangat selesa dan nyaman.

    Reply
    • Afiq says

      October 20, 2017 at 5:53 am

      Bilik di Resort ini sangat mewah. Hahaha. Tambah menarik sebab berada dekat dengan hutan. Selesa rasanya.

      Reply
  17. MRSZACOM says

    October 31, 2017 at 8:32 am

    seronoknya! bangun-bangun je dapat hirup udara hutan. nyaman dan bersih..
    tapi gambar 1st tu ibarat cover album pulak hahaha

    Reply
    • Afiq says

      October 31, 2017 at 10:00 am

      Sangat seronok. Bangun pagi rasa tidak serabut. Tenang dan x bising

      Reply
  18. fizafantagiro says

    October 31, 2017 at 8:47 am

    Afiqqq bestnyaaa. Tempat dalam wishlist kakfiza nak pegi ni

    Reply
    • Afiq says

      October 31, 2017 at 10:00 am

      Boleh kak. In Shaa Allah nanti kak Fiza sampai tu

      Reply
  19. anazarin says

    October 31, 2017 at 8:52 am

    Luar nampak hutan..tapi dalam kalah bilik 5 bintang

    Reply
    • Afiq says

      October 31, 2017 at 10:01 am

      Hahahaha. nama pon ‘Royal’. haaaaa. Haruslah mewah berbintang-bintang

      Reply
  20. Shafika says

    March 5, 2018 at 1:13 am

    Boley share cara nk ke sana dari kl? And perlu ke saya apply permit untuk ke sana?

    Reply
    • Afiq says

      March 12, 2018 at 9:22 am

      Hi. Kami pergi ke sana hanya menggunakan waze. Berkenaan dengan permit, mereka akan uruskan. Bayaran perlu beri pada ranger yang bawa kita nanti.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (61)
  • Travel/Hiking (70)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim