Teroka Pulau Banding Royal Belum
Aktiviti Excursion di Pulau Banding Royal Belum bermula pada jam 8.30 pagi.Fiqqq dan geng KBBA9 perlu berkumpul di jeti Belum Rainforest Resort. Sedikit penerangan daripada Mr David berkenaan lokasi-lokasi yang bakal kami pergi. Dimaklumkan bahawa aktiviti ini mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih. Phewwww.
Memandangkan Fiqqq sudah ambil maklum aktiviti yang bakal dilakukan sehari sebelum maka semua kelengkapan telah Fiqqq sediakan. Baju sukan, seluar yang ringan dan kasut getah khas untuk hiking menjadi pilihan supaya memudahkan pergerakan ketika menjalani aktiviti.
Oleh kerana tahu diri ini spesis kuat makan maka Fiqqq berbekalkan beberapa coklat Snikers dan roti untuk mengelakkan kelaparan dalam tempoh menjalani aktiviti. Almaklumlah, diri ini memerlukan lebih tenaga untuk melangkah lebih jauh. Hahaha.
Lokasi 1 – Hentian untuk membeli barangan
Aktiviti Excursion di Pulau Banding Royal Belum ini bermula dengan singgah di satu lokasi yang menempatkan satu kedai untuk kita membeli sebarang barangan sama ada makanan, minuman dan sebagainya untuk diberi kepada orang Asli nanti.
Barangan yang ingin kita beri tersebut lebih berkonsepkan sedekah atau amal jariah daripada kita kepada mereka yang memerlukan. Terpulang kepada anda semua sama ada ingin membeli untuk memberi atau tidak. Tiada paksaan oleh mana-mana pihak.
Lokasi 2 – Sungai Kooi
Bot yang membawa Fiqqq akan ditinggalkan di tepi tasik. Mereka menyediakan beberapa tempat untuk menurunkan penunmpang memandangkan adakala air tinggi dan adakalanya air surut. Sekiranya air pada paras tinggi maka bot boleh masuk lebih dalam dan kita tidak perlu berjalan jauh.
Fiqqq gemar aktviti mendaki. Apabila mendengar bahawa aktiviti ini akan membawa Fiqqq ke satu lokasi air terjun menyebabkan diri ini lebih teruja. Mula meletakkan harapan yang tinggi memandangkan kawasan Tasik Banding ini dijaga dan masih ramai yang belum teroka tempat ini.
Setiap kali mendaki, Fiqqq sangat tertarik dengan keindahan flora yang ada. Di sini tanah agak lembap dek kerana hujan di malam hari. Bau daun, pokok dan tanah yang lembap sangat menenangkan fikiran.
Dari jauh sudah kedengaran bunyi air terjun. Fiqqq mula percepatkan langkah supaya lebih cepat sampai. Kalau diikutkan, perjalanan mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk ke lokasi air terjun. Boleh cepat lagi kalau jenis orang yang mendaki secara laju.
Fiqqq tidak pernah bosan sekiranya pemandangan yang akan kita peroleh semasa di puncak adalah seperti ini. Sangat cantik. Hilang segala penat lelah. Boleh lupa sebentar segala terseliuh, lapar dan semua lah. Sekiranya pemandangan di puncak seperti ini, gunung setinggi 3000 kaki pun sanggup Fiqqq daki.
Lokasi 3 – Kampung Seri Wangi
Suka lihat perkampungan orang asli. Unik. Di sini terletaknya suku kaum Jahai Temia. Mereka ini dijaga oleh beberapa badan yang bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan sebagainya. Selain itu, mereka juga diberi pendidikan supaya tahu serba sedikit tentang bahasa dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Fiqqq perasan bahawa bahasa komunikasi antara mereka tidak menggunakan bahasa melayu kecuali Ketua Kampung. Ini kerana ketua kampung akan berurusan dengan beberapa pihak luar yang menjaga kampung ini.
Mereka tinggal dalam jumlah yang sedikit dan rumah mereka sekadar untuk berlindung. Senang cerita, seramai mana jumlah ahli keluarga mereka, mereka akan tinggal dalam rumah yang sama. Rasanya macam tidak ada bilik khas seperti mana rumah kita. Ada bilik tetamu, bilik Fiqqq dan bilik sebagainya. Hahaha. Rasanya lah. Yang penting mereka bahagia.
Menarik adalah apabila mereka menggunakan lampu solar yang dibekalkan oleh pihak yang menjaga mereka. Lampu ini boleh digunakan pada waktu malam supaya mereka boleh melakukan sebarang aktiviti dalam keadaan terang. Sama ada memasak, melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya. Tidak lah bergelap.
Lokasi 4 – Makan Tengah Hari
Menangis sekejap. Hahaha. Fiqqq sangkakan dapat makan nasi ayam atau nasi tomato untuk tengah hari. Namun, sekadar makanan ala barat yang dibekalkan. Sandwich, coklat Kitkat, pisang dan Apple. Boleh lah sekadar lapik perut daripada lapar.
Kalau diikutkan, tidak boleh makan makanan yang berat ketika melakukan aktiviti mendaki dan sebagainya. Fiqqq lebih suka makan makanan yang ringan. Coklat itu perlu kerana akan beri tenaga. Dan jus Asam Kunyit Madu itu Fiqqq minum sedikit. Takut terasa nak membuang di tengah-tengah tasik sudah jadi satu hal pula. Hahaha. Walaupun ada bilik air yang disediakan di sini.
Ala-ala RNR cuma untuk berehat sahaja. Jangan fikir RNR yang ada restoran semua bagai. Memang tidak dapat lah dik nun. Hahaha.
Lokasi 5 – Air Terjun Ruok
Perjalanan ke Air Terjun Ruok ini mengambil masa dalam 10 minit. Laluan lebih kepada mendatar dan tidak terlalu mendaki. Namun perlu berhati-hati kerana laluan agak basah dan berlumpur. Selain berhati-hati melihat laluan, Fiqqq juga sentiasa hati-hati dengan apa yang dipegang.
Dalam hutan ini takut sikit. Tidak boleh dibayangkan. Jadi, batang pokok, dahan yang dipaut perlu kita perhatikan supaya selamat. Mana tahu terpegang apa-apa yang tidak sepatutnya. Lari tidak cukup tanah nanti. Atau pun boleh jadi bahaya sekiranya kita berpaut pada dahan yang tidak kuat.
Air Terjun Ruok ini lebih deras berbandingkan air terjun tadi. Makin seronok Fiqqq tengok. Terasa ingin ambil pelampung dan meluncur dari atas lalu terjun ikut air terjun. Weeeeeeee. Hahaha. Tapi menakutkan sebab air tersangat deras.
Menarik di sini terdapat banyak anak ikan. Maksud Fiqqq ikan-ikan yang naik ke sini untuk melakukan aktiviti meramaikan ikan-ikan yang ada. Dimaklumkan bahawa ikan yang ada di sini ialah ikan Kelah. Betul lah ejanya macam itu. Hahaha. Apabila dicampakkan makanan ikan, berebut semua ikan-ikan yang ada.
Alang-alang sudah terbasahkan kaki bagi ikan makan, masuk terus dalam air basahkan satu badan. Air terjun di sini sejuk yang amat. Dasar air berpasir lembut. Perlu berhati-hati ketika mandi. Teringin Fiqqq untuk pergi lebih dekat dengan air terjun namun belum sempat sampai Fiqqq sudah tidak rasa dasar di bawah. Dalam sangat. Mula cemas. Hahaha. Tahu takut.
Sewaktu bermandi manda dengan ikan-ikan ini terasa geli sebab adakalanya mereka langgar-langgar kaki Fiqqq. Hahaha. Serius banyak. Seronok pon ada juga. Setelah puas, kemas-kemas dan terus ke kawasan bot.
Lokasi 6 – Bunga Rafflesia
Bunga Rafflesia ini memerlukan masa yang lama untuk kembang. Dalam proses untuk kembang pula tidak boleh disentuh atau diganggu oleh mana-mana haiwan dan sebagainya. Sekiranya ada binatang menyentuh, terlanggar dan sebagainya maka bunga tersebut akan mati.
Dimaklumkan sekiranya ada rezeki boleh lah Fiqqq lihat. Walau bagaimanapun, meletakkan harapan yang tinggi untuk lihat. Walaupun potensi itu sedikit. Datang dari jauh kot. Hahaha.
Untuk ke lokasi Bunga Rafflesia ini mengambil masa dalam 5 minit mendaki. Dekat sahaja. Cuma sedikit bahaya kerana berada di lereng bukit yang menjunam. Gayat juga Fiqqq apabila toleh ke bawah. Hahaha. Berpeluh tapak tangan.
Benda alah yang berwarna hitam seketul itu adalah tumbuhan yang bakal menjadi bunga Rafflesia sekiranya tidak diganggu seperti yang Fiqqq maklumkan tadi. Walaupun tidak dapat lihat bunga Rafflesia yang sedang berkembang mekar, cukup lah sekadar dapat melihat dan mengetahui serba sedikit proses pembiakan atau pertumbuhan bunga ini.
Gigih Fiqqq fokus menerima penerangan berkenaan bunga Rafflesia ini. Hahaha. Apa pun, bunga ini sangat unik dan tidak banyak di Malaysia. Sebagai seorang pencinta alam, Fiqqq harap kita semua dapat bersama menjaga dan mengekalkan keindahan alam semula jadi.
Alhamdulillah ketika aktiviti berlangsung tidak hujan atau ada perkara yang melambatkan perjalanan kami. Cuma bot kehabisan minyak dan dengan kadar segera pemandu selesaikan hal tersebut. Kebaikkannya daripada insiden minyak habis tu, sempat Fiqqq bergambar di hujung bot. Kalau tidak, duduk elok sahaja di kerusi yang disediakan. Seriau tengok tasik dia yang tenang tu. Tiba-tiba ada buih-buih muncul. Kau rasa???
Sangat seronok apabila dapat dekat dengan kawasan dalam hutan. Tenang. Tidak serabut kepala. Udara segar, cuaca sejuk dan pemandangan yang mempersonakan. Alangkah seronoknya sekiranya dapat lama berada di sini.
Harap dapat sertai lagi aktiviti Excursion di Pulau Banding Royal Belum cuma ingin fokus kepada pendakian mencari air terjun. Hahaha. Jom!!!
Ismail says
banyaknya ikan fiq
Afiq says
Banyak Banyak Banyak… Hahaahahah
YB Shehan says
Kenyang ke lunch tu. Hehehe. Memang menangis macam afiq la kalau akak. Hahah.. tkjut akk. Lampu solat? Baca balik.. mgkn lampu solar. Hehe..
Ala.. tringin jgk nk tgk Bunga Rafflesia. Agaknya.. klu ada akak.. mesti bkembang bunga tu. Haha
Afiq says
Sejujurnya tak kenyang kak makan macam tu tapi memang style Afiq kalau hiking akan makan benda yang ringan-ringan. Coklat pon dah cukup. Hahaha.Bunga Rafflesia tu jarang jumpa. Tu yang teringin tapi itu lah, Segan dengan kekacakan Afiq kot. Tu yang malu nak berkembang. Hahahaha. Confident
fizafantagiro says
Aktiviti bestt. sejukk je nampak air tu duk berendam
Afiq says
Hahaha. Kalau boleh nak berendam lama. tapi kejar masa
mas saari says
Wahhh bestnya, semua aktiviti menarik. Tak sabar aihhh nak jejak kaki ke Royal Belum ni.
Afiq says
IN Shaa Allah kak Mas, nanti kalau pergi nak ikut sama tau. Hahahaha
Leyla Nurjatiey says
cantik sangat tempat ni..jap nak masuk like ist berangan..
Afiq says
Hahahaha. Pernah masuk dalam list berangan Afiq dulu sebelum ini. Now, alhamdulillah rezeki jadi kenyataan.
Qaseh says
YaAllah lawa gila air terjun tu .. banyak keindahan alam yg ada kat sini
Afiq says
Cantikkan??? Kalau tengok depan2 lagi terpesona. Hahaha. Cuma sedih sebab tidak dapat merasa mandi air terjun tu.
ema says
wah, best tengok tempatnya… Malaysia ni kaya dengan tempat menarik selain tempat shopping..hehehe
Afiq says
Betul. Cuma banyak yang belum kita teroka. Harap berpeluang lagi untuk ke tempat lain pula. Kalau boleh nak hutan macam ini. Hahaha.
Shafika says
Boley saya tahu mcm mana nk buat aktiviti ni?kene book dulu ke?kos utk aktiviti brape?if ad contact boley share?
Afiq says
Aktiviti yang kami lakukan di bawah Belum Rainforest Resort. Jadi, ini adalah contact number mereka +605 791 6800.
Khairuldin bin mohd noor says
Pakej Aktiviti ni harga berapa..blh bagi no hp blh hubungi
Afiq says
Pakej aktiviti kami ambil dengan hotel . Boleh hubungi pihak hotel di talian 05-791 6800 . Harap membantu .