Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

October 29, 2017 by Afiq Halid 8 Comments

Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway menyediakan makanan yang halal dan boleh makan tanpa rasa was-was. Makanan di sini pula mereka menjadikan Melbourne sebagai sumber inspirasi dalam penyediaan makanan berdasarkan pengalaman mereka di sana. Kenapa Melbourne? sebab mereka kata Melbourne merupakan salah satu lokasi yang berkongsi pelbagai budaya dan masakan yang berkualiti, ringkas dan mudah untuk disediakan dalam masa yang sama kelihatan menarik di atas pinggan.

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Kafe ini sentiasa menjaga cara penyediaan makanan bermula daripada pemilihan bahan-bahan untuk dimasak sehingga menjadi hidangan di atas meja untuk santapan pelanggan yang datang. Fiqqq berkesempatan melihat mereka menyediakan makanan dan setiap bahan basah yang digunakan mempunyai limit.

Mereka tidak menggunakan sebarang proses singkat dalam penyediaan makanan. Beberapa makanan yang Fiqqq makan menunjukkan mereka berusaha untuk beri makanan yang terbaik. Dalam masa yang sama, mereka juga menyediakan khidmat penghantaran ke lokasi yang kita inginkan. Sama ada di pejabat mahupun di rumah yang berada di dalam kawasan penghantaran mereka.

Classic Chicken Schnitzel

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Fiqqq jarang makan ayam bahagian dada kerana tidak suka bahagian yang penuh dengan isi. Lebih suka meretah bahagian yang ada tulang. Namun, di kafe Epic Fit Meals Co ini Fiqqq terminat pula kerana tidak rasa seperti makan bahagian dada.

Mereka menggunakan beberapa teknik sebagai penyediaan sebelum dibakar. Daging ayam tersebut jadi rata dengan ketebalan yang sama. Disalut dengan beberapa bahan dan rempah yang menaikkan rasa daging ayam tersebut. Daging ayam pula tidak terlalu kering. Mereka tidak menggunakan sebarang minyak ketika membakar daging ayam tersebut. Sesuai untuk Fiqqq yang sedang berdiet ini. Harga : RM 13.80

Aglio E Olio

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Apabila melihat nama Aglio, Fiqqq terdetik bahawa spagheti ini akan dimasak pedas. Lain pula di sini, menu ini lebih kepada menggunakan bahan-bahan ala-ala orang vegetarian. Maka spagheti tersebut tidak pedas. Jangan risau, mereka ada sediakan spagheti yang pedas sekiranya minat pedas macam Fiqqq. Harga : RM 6.80

Burito – Hercules

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Burito yang Fiqqq makan ini bukanlah burito fantasi yang perlu kita makan sambil berfantasi seperti iklan di television. Burito Herculer ini padat dengan ayam yang digril, wedges, sayuran segar dan EPiC Eziki Sauce. Orang kata penuh jugalah tangan apabila kita pegang burito ini. Aummm!!! Hahaha. Harga : RM13.80

‘Flying’ Pizza – 3A [Apple, Ayam & Api]

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Tambahan menu pizza hari tersebut Fiqqq makan di sini kerana teringin. Tip makan pizza, perlu pilih thin crust apabila makan pizza yang pedas. Akan jadi lebih sedap kerana rasa pedas dan rangup pada kerak pizza.

Sama seperti ‘Flying’ Piza ini. Rangup dan sedap apabila mereka tidak kedekut dengan jumlah keju mozarella. Sarat dengan inti piza seperti ayam, tomato, cili merah, keju dan semualah. Cukup untuk seorang makan. Bagi Fiqqq yang tangki penuh lah. Harga : RM 19.80

Wedges

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Wedges ini sedikit kering mungkin kerana mereka tidak menggunakan sebarang minyak ketika membakar. Namun, kita masih boleh nikmati dengan rempah yang mereka salut dan cicah bersama sos yang mereka sediakan.

Jus

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Jus ini menggabungkan rasa buah-buahan yang dikisar. Rasa jus ini tidaklah seperti rasa jus di mana-mana kedai makan yang manis dan sedap kerana mereka tidak menambah sebarang perisa tambahan. Andai mereka kisar buah tembikai susu maka rasa asli buah tersebut itulah yang kita dapat rasa.

Servis Penghantaran

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal ini menyediakan servis penghantaran ke lokasi yang kita tetapkan. Tapi perlu dalam kawasan penghantaran. Jimat banyak masa. Tidak perlu berjalan dan mencari tempat letak kereta. Boleh cuba link ini EPiC Fit Meals Co

Fiqqq cakap …

Kafe Epic Fit Meals Co di Bandar Sunway Halal

Lokasi kafe ini terletak di Bandar Sunway. Sekiranya buat carian di Google Maps, taip sahaja Epic Fit Meals Co dan mesti akan jumpa. Lokasi kafe ini berada di bahagian tepi deretan kedai. Kalau lalu mesti akan perasan kafe tersebut.

Makanan mereka lebih kepada rasa asli daripada bahan yang digunakan. No Shortcut. Kalau ingin rasa masam, mereka letakkan romato dan beberapa bahan lain. Fiqqq perasan apabila makan sos yang mereka sediakan. Lain daripada yang lain. Menarik!

Secara keseluruhan, Fiqqq bagi 3.5/5.

Filed Under: Food Tagged With: Delivery Expert, Epic Fit Meals Co, Kafe Halal Bandar Sunway

Comments

  1. Lyana Ishak says

    October 29, 2017 at 11:02 am

    Best la cafe nie.. Simple ja.. Makanan pon awesome😍😍

    Reply
    • Afiq says

      October 29, 2017 at 10:08 pm

      Makanan dia menarik. Tidak menggunakan minyak. Afiq yg tgh diet ni sesuai makan sini. Hahaha

      Reply
  2. Leyla Nurjatiey says

    October 30, 2017 at 11:51 pm

    wah..nampak sedap je semua menu tu..tetiba rasa lapar pulak..

    Reply
    • Afiq says

      October 31, 2017 at 10:09 am

      Sila cuba. Makanan di sini ibarat makanan sihat kerana kurang kalori. Hahaha

      Reply
  3. Qaseh says

    October 31, 2017 at 11:28 pm

    Bagus untuk yang sedang berdiet .. kalau semua restoren amalkan konsep cenggini xde la ramai yg trkena penyakit kikiki

    Reply
    • Afiq says

      November 2, 2017 at 9:39 am

      Betul. Kurang kalori dan sebagainya. Hahaha

      Reply
  4. ema says

    November 3, 2017 at 4:34 pm

    tengok pada makanan tu,terliur jadinya..

    Reply
  5. sabree hussin says

    November 7, 2017 at 10:00 pm

    Banyaknya makan… boleh habis ke semua tu?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2026 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim