Aktiviti menarik di Lost World of Tambun
Aktiviti menarik di Lost World of Tambun. Assalamualaikum. Seronok luangkan hujung minggu dengan geng di Lost World of Tambun. Teruja untuk pergi lebih banyak tempat itu ada sebab pertama kali Fiqqq sampai di sini. Jadi, gigih juga lah berjalan jauh untuk lihat benda-benda menarik yang mereka sediakan.
Hippo Kingdom
Aktiviti bermula di Hippo Kingdom. Lokasi Hippo Kingdom ini berada di belakang kawasan Lost World of Tambun. Memandangkan kami menetap di Glamping seperti yang pernah Fiqqq kongsikan dalam entri Glamping di Lost World of Tambun sebelum ini. Mana tahu ada yang sedang mencari tempat bercuti. Hahaha. Kita sambung jalan-jalan. Jom!!!
Spesis haiwan yang suka berendam macam badak air ini kalau di lihat dari permukaan air memang kita hanya nampak lubang hidung sahaja lah. Kalau ada rezeki baharu lah mereka munculkan diri. Jadi, mereka sediakan satu kawasan supaya kita dapat lihat apa yang si badak air ini beremdam lama-lama.
Seronok betul boleh lepak-lepak ala-ala terlelap sekejap dalam air. Hahaha. Nasib baik ada tempat untuk lihat haiwan ini di sini. Kalau tidak, lubang hidung pun tidak nampak. Dia tenggelamkan seluruh badan dalam air. Hebat juga badak air ini boleh tahan nafas lama. Kalau Fiqqq mahu biru muka.
Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya. Selalu kita mungkin akan nampak mata sahaja. Walhal dalam air kaki dia semua dalam posisi bersedia untuk membaham mangsa. Fiqqq tengok kaki dia macam tu rasa macam mahu potong kaki dia guna gergaji. Geli. Hahaha. Tapi buaya ini sama duduk diam macam badak air. Huh. Tidak aktif langsung.
Ini apa? Hahaha. Mereka ada banyak dan kalau kita ingin dia datang maka belilah baby carrot. Nanti mereka datang. Bijak mereka semua ini. Boleh dikatakan jinak jugalah walaupun mereka seolah takut-takut untuk datang. Ambil masa. Kalau jenis perangai ‘Shaiton’ suka mengagah memang sampai ke sudah mereka tidak datang. Lari adalah. Hahaha.
Ada trick kalau ingin buat dia berdiri. Bagi dia bau terlebih dahulu baby carrot. Lepas itu, tinggikan tangan. Memang akan lambat sikit tapi kena sabar lah. Sekali dia berdiri, sekejap je dia tangkap untuk makan. Alang-alang sudah dekat, pegang lah mereka. Kadang rasa macam nak tepuk je sebab geram. Tapi risau pula kena tendang dengan mereka.
Lost World Petting Zoo
Walaupun selalu sudah menonton rancangan Discovery Channel tapi masih teruja untuk lihat sendiri haiwan-haiwan yang ada dalam Petting Zoo. Mungkin Fiqqq jenis mudah teruja. Walhal, pernah sahaja lihat haiwan-haiwan ini sebelum ini. Tapi lantaklah. Hahaha.
Ada beberapa spesis haiwan dalam tempat ini. Paling teruja apabila nampak binatang ini si Rakun. Kalau pernah lihat mana-mana video dalam Facebook cara mereka minta makanan seolah-olah memohon maafkan, mereka buat betul-betul depan mata. Comel melampau dan Fiqqq rasa tidak mahu bagi langsung makanan yang sudah hulur depan dia.
Adakalanya teringat juga watak dalam Guardian of the Galaxy.
Dalam Petting Zoo, mereka menempatkan satu lokasi khas untuk spesis Tarantula. Tempat dia macam berbatu dan tinggi. Seriau juga takutlah ada labah-labah yang berada di celah-celah batu. Mata melilau je melihat keadaan sekeliling. Tapi jangan risau sebab semua jenis Tarantula untuk tontonan umum berada selamat dalam bekas kaca.
Haunted Chambers
Arghhhh. Tempat yang paling Fiqqq tidak suka untuk pergi. Mula-mula ingat boleh minta pengecualian tapi harapan. Hahaha. Mereka akan lepaskan 7 orang sekali jalan. Fiqqq memang akan pastikan duduk di bahagian tengah. Bukan di hadapan sekali dan bukan di bahagian belakang sekali. Tidak akan. Hahaha. Bukan takut tapi tidak suka. Lagi-lagi hantu Malaysia.
Catopia untuk pencinta Kucing
Untuk hilangkan rasa takut masuk Haunted Chamber tadi Fiqqq masuk Catopia. Ya Allah!!!! Sakit gigi melihat kucing-kucing yang ada dalam ni. Semua gebu-gebu. Terasa nak tepuk, picit dan semualah tapi faham ini kucing orang. Kalau kucing sendiri sudah lama Fiqqq gomol.
Kita akan diberi masa beberapa minit dan perlu pakai sanatizer sebelum masuk ke dalam. Pastikan kita juga dalam keadaan kering. Jangan lah lepas bermandi basah menjejeh-jejeh air kau pergi masuk. Fiqqq juga diingatkan supaya tidak boleh buat kucing-kucing tersebut stress. Kalau mereka stress tempat ini akan ditutup serta merta. Ingat kucing tidak ada stress ke?
6 Tunnel – Merentasi gua
Sebelum aktiviti di jalankan, penerangan keselamatan diberi supaya dapat mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Dibekalkan air mineral dan energy bar. Kalau Fiqqq tahu, bawa Snikers sendiri. Sedap pun ya juga. Hahaha.
Sila tinggalkan telefon bimbit anda sekiranya buat aktiviti ini untuk mengelakkan anda runsing dan menangis dan terpaksa membeli telefon baharu. Laluan yang kita jalan memang sangat gelap. Dalam gua. Hahaha. Laluan juga berair. Ada yang paras pinggang dan ada yang cetek. Jadi, keselamatan diri dan orang sekeliling perlu kita jaga-jaga.
#AbangApi di Hotsprings & Spa
Malam pula kita meliar sikit. Mendengar muzik sambil menonton persembahan api oleh #abangapi. Risau juga kalau minyak terperecik kena Fiqqq. Habis terbakar. Hahaha. Memang teruja. Cuma sedikit panas dan berbau minyak gas. Nama pun pertunjukan api. Kalau ingin bau wangi, pergilah pertunjukkan minyak wangi or fashion show. Hahahaha. Jadi, inilah antara aktiviti menarik di Lost World of Tambun.
Lost World of Tambun – The Powerpuff Girls dan Ben 10
Tahu dulu korang semua peminat cerita Powerpuff Girls dan Ben 10. Kan … Kan … Kan!!! Untuk hujung tahun ini bermula 25 November 2017 sehingga 1 Januari 2018. Almaklumlah cuti sekolah kan. Jadi Lost World of Tambun menyediakan perlbagai aktiviti menarik untuk pengunjung yang datang. Jadi, semoga berseronok tau. Apapun keselamatan perlu jaga terutama yang bawa anak kecil dan melibatkan air. Okeylah, Fiqqq nak pergi jalan-jalan dengan Buttercup. Peminat powerpuff girl kan. Hahaha.
Pernah Fiqqq dengar dari mulut orang yang di sini macam kurang menarik. Tapi apabila Fiqqq pergi sendiri, rasai sendiri memang banyak aktiviti yang boleh kita buat. Kalau mahu diikutkan, ada tempat yang Fiqqq tidak pergi seperti taman tema air, ada roller coaster dan macam-macam.
kitorang gi tempat mandi tu je. mmg tak pi part binatang2 ni
alaaaa. rugi lahhh. Hahaha. lagi-lagi part yang catopia. Huhuhu. Seronok Fiqqq duk gomol kucing dalam tu. Dah habis masa sempat beratur balik. 😀
Nanti boleh lalu sekali jalan tengok binatang2 ni. Lagi2 rumah kucing.
Bestnyaaa , ada tiket promosi tak afiq haha
Boleh check di website. Mereka selalu buat promo. Lagi2 time cuti sekolah or perayaan. Macam hari tu kitorg pergi tema ala halloween.
Alahai bestnya… Teringin nk plan bwk anak-anak ke sana
Ada rezeki Fiqqq nak bawa family pergi. Senang sebab sambil bercuti boleh buat banyak aktiviti.