Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan
Bukit Panorama terletak di kawasan Sungai Lembing, Kuantan. Tidak jauh daripada pekan Sungai Lembing dan senang cerita mudah untuk kita ke pintu gerbang mendaki. Kalau guna Waze mahupun Google map tidak menjadi masalah. Akan bawa kita terus ke lokasi untuk mendaki.
Fiqqq mula mendaki pada pukul 6.15 pagi. Perancangan awal ingin Subuh di atas tetapi memandangkan masuk waktu awal maka Fiqqq sempat buat di surau berdekatan. Mendaki mengambil masa dalam 35 minit. Itu pun ada beberapa kali Fiqqq berhenti. Pancit sebab lama sudah tidak hiking. Hahahaha.
Jika berlari naik ke atas maka akan sampai lebih cepat cuma bukit ini tidak tinggi mana pun jadi tidak perlu beriya berlari bagai. Kalau boleh naik lebih awal kerana apabila ramai orang, kita terpaksa tunggu orang depan beri laluan sekiranya kita ingin laju ke atas.
Pemandangan Bukit Panorama
Gigih juga Fiqqq berlari naik ke atas kerana ingin mengejar waktu matahari terbit. Terlambat sedikit untuk naik ke atas. Kebetulan malam tersebut hujan. Jadi, apabila cuaca sejuk memang jadi liat untuk bangkit dari katil dan melepaskan bantal peluk. Hahaha. Demi sekeping gambar dan pengalaman sendiri mendaki Bukit Panorama, maka Fiqqq seret kaki pergi mandi dan bersiap.
Sedikit kecewa kerana tidak dapat melihat ‘karpet awan’ di puncak Bukit Panorama seperti yang Fiqqq lihat di carian Google dan beberapa pengalaman daripada geng yang pernah naik ke atas. Walau bagaimanapun, Fiqqq akhirnya sampai juga dan dapat lihat sendiri panorama di puncak bukit tersebut.
Walaupun tidak dapat lihat pemandangan seperti yang diharapkan, Fiqqq tidak lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan yang sedia ada. Kalau diikutkan, kita boleh lihat beberapa sudut pemandangan kerana puncak Bukit Panorama agak luas dan panjang. Jadi, kita boleh pilih untuk lihat dari sudut mana. Yang pasti Fiqqq akan lihat disetiap sudut yang berbeza.
Laluan ke Bukit Panorama
Trek mendaki Bukit Panorama tidak susah malah lebih senang daripada mendaki Bukit Broga . Fiqqq pernah kongsikan pengalaman naik ke sana dahulu. Cuma yang membezakan ialah trek di sini adalah tangga. Dan sememangnya tangga sepanjang mendaki. Trek yang bertanah mungkin sedikit.
Laluan pertama yang kita akan jumpa ketika ingin turun ke bawah. Oleh kerana Fiqqq naik awal pagi maka jalan ketika naik agak gelap. Untuk dapatkan gambaran yang tepat untuk laluan ke Bukit Panorama, Fiqqq ambil ketika turun.
Sekiranya kelihatan tangga yang berpalang merah kuning ini bermaksud kita sudah dekat dengan pintu masuk. Jadi kita sudah tahu bahawa kita tidak jauh untuk sampai ke bawah. Bagi yang baharu naik, ini merupakan tangga permulaan untuk anda sampai ke atas.
Waktu Fiqqq pergi adalah pada hari Sabtu. Jadi, agak ramai orang turun naik dan ramai di atas. Kalau diikutkan Fiqqq letak kereta berdekatan dengan ala-ala emporium makan berhadapan dengan Muzium Sungai Lembing. Agak jauh sebenarnya tapi kerana tidak mahu tersangkut dengan pasar pagi yang mereka akan buka di kawasan sekitar.
Sekiranya tidak puas melihat gambar, Fiqqq kongsikan video pendek yang Fiqqq sempat rakamkan semasa di sana. Jom.
https://www.facebook.com/gengplusmy/videos/194277727803781/
IQ aka Izyan Balqis says
owh, mudah je nak naik ke bukit panorama ni rupanya, cuma stamina la tak tau larat ke x..huhu
Afiq says
In Shaa Allah larat. Sebab dia tak tinggi mana pun. Hehehe. Ramai budak kecik naik sekali.
miminadam says
syokk afiq. tak gheti ajak kiter ke tuuu. hahaahha
Afiq says
Hahaha. Jom next trip… Tapi panjat yang rendah2 je lah
maz says
ambil masa berapa lama nk sampai puncak?
Afiq Halid says
Kalau pace laju , tak sampai 30 minit boleh sampai atas . Track x panjang .
Izzul says
Ada bayaran tak nak masuk ke sini? Perlu mohon permit tak nak daki bukit ni?
Afiq Halid says
Masa naik dulu xde . If x silap bukit ni open to public . Jadi , x perlu permit .
Shiqin says
Salam, maaf nak tanya. Kene booking atau buat bayaran untuk naik bukit ni?
Afiq Halid says
wassalam. x perlu booking, boleh terus naik dan buat bayaran di pintu masuk.
Afiq Halid says
Thanks 😀