Persediaan Sebelum Melancong ke Jepun
Persediaan sebelum Fiqqq ingin melancong ke Jepun perlu dilakukan dengan lebih awal. Eh! yakin betul boleh pergi dalam tahun ini? Hahaha. In Shaa Allah. Dengan harapan, ada rezeki dan juga berkat doa, Fiqqq positif dapat jejakkan kaki ke sana kelak. Ada juga baca-baca daripada pengalaman daripada orang lain yang pernah pergi ke sana. Teruja itu pasti. Kalau boleh, Fiqqq ingin banyak berjalan dan menggunakan pengangkutan awam yang mereka sediakan.
Antara sebab ingin banyakkan menggunakan pengangkutan awam kerana ingin menikmati sendiri kehebatan dan juga kelebihan yang mereka ada di sana. Hahaha. Teringin lihat sendiri yang mereka kata cara mereka lebih sistematik dan lebih efisien dalam mengendalikan pengangkutan awam yang ada. Secara tidak langsung, kita lebih seronok melihat keadaan sekeliling dan dapat pergi lebih banyak tempat. Tapi, kalau ingin lebih mudah untuk ke mana-mana sahaja lokasi yang ingin kita lawati, guna sahaja SUICA.
Guna SUICA untuk lebih mudah dalam perjalanan di Jepun
‘The SUICA’ adalah sejenis kad E-money prabayar untuk kita bergerak dan berbelanja. Lebih kurang macam kita punya Touch n Go. Kita beli kad prabayar SUICA dan boleh masukkan beberapa jumlah yang kita mahu. Jadi, kita hanya sentuhkan kad SUICA tersebut di pintu masuk atau mana-mana mesin layan diri yang disediakan. Apabila baki berkurangan, kita boleh tambah lagi. Tidak perlu gusar untuk berpusu-pusu beratur panjang di kaunter bayaran.
Untuk makluman, SUICA ini boleh juga digunakan untuk JR EAST Trains, Subway dan juga bas.
Bawa SUICA, tidak risau wang hilang
Perkara paling Fiqqq takut ialah kehilangan wang apabila di negara orang. Ya betul kita boleh jaga dengan baik namun malang itu tidak berbau. Selagi kita boleh ikhtiar, kita guna SUICA. Dengan satu kad, kita sudah mudah dalam perjalanan kita dan bukan itu sahaja kerana kita boleh gunakan kad SUICA tersebut untuk membeli minuman ringan di mesin layan diri.
Jika tidak silap, mereka banyak letakkan mesin layan diri berdekatan dengan tempat setiap tempat perhentian yang ada. Mesti lah haus lagi-lagi kita banyak berjalan. Walaupun Fiqqq sekadar membuat andaian tapi ada kemungkinan akan berlaku. Lagi-lagi jenis tidak berapa fit untuk jalan jauh. Hahaha.
Mana nak cari SUICA?
Pada 16 hingga 18 Mac 2018 akan berlangsung MATTA FAIR 2018 yang bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Jadi, jom lah kita pergi ke sana dan buat survey sama-sama. Kalau tidak silap, ada goodies istimewa yang akan kita dapat apabila tunjuk post ini di kaunter semasa ingin membuat pembelian kad SUICA.
Antara booth terpilih adalah seperti berikut:
- Kopetro
- Holiday Tours
- Pearl Holidays
- Mayflower
Buat masa sekarang, ini dulu persediaan sebelum melancong ke Jepun yang Fiqqq buat. Semoga perancangan ini menjadi kenyataan. Amin.
YB Shehan says
moga jadi kenyataan.. inshaa Allah
Afiq says
Amin In Shaa Allah. Jom gi sama. Hehehe
Ema says
Teringin nak ke Jepun sekali.. moga ada rezeki pergi holiday sana.
Afiq says
Amin In Shaa Allah. Sampai tu nanti.