Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 2018
Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 2018 . Rasanya masih belum terlambat untuk Fiqqq ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua kenalan. Seperti biasa … Setiap tahun … Fiqqq akan beraya di Klang sahaja. Memandangkan dua belah keluarga ibu dan abah semua berada di Klang, maka memang pusing jalan raya di Klang sahaja.
Rutin di pagi Syawal
Beraya bersama keluarga sebelah ibu
Kalau diikutkan, rutin di pagi syawal adalah sama setiap tahun. Bangun pagi. Bersiap berbaju melayu baharu. Beraya bersama keluarga terlebih dahulu di rumah dan jalan kaki pergi rumah atok. Senang cerita, pagi raya baru bergerak balik kampung. Jalan kaki sahaja. Kalau pasang lagu raya atau dengar lagi raya, belum sempat masuk baris lirik pertama Fiqqq sudah sampai depan pintu rumah atok. Hahaha.
Selepas sarapan dengan juadah raya, terus bersalam-salam mohon maaf dan yang penting Fiqqq pungut duit raya terlebih dahulu. Hehehe. Nasib baik masih dapat lagi. Umur pun masih 23 tahun jadi kelayakan untuk terima duit raya masih ada. Selesai bersalam raya semua. Sesi bergambar. Sepatutnya ada lagi adik beradik ibu tapi mereka ikut beraya belah suami masing-masing terlebih dahulu. Mana yang ada, kita teruskan.
Solat Sunat Aidilfitri
Biasanya pukul 7.45 pagi Fiqqq sudah habis beraya untuk keluarga sebelah ibu. Siap-siap untuk pergi solat sunat aidilfitri. Tahun ini ada rasa seronok sikit sebab Masjid Sultan Sulaiman sudah boleh digunakan selepas ditutup beberapa tahun kerana diubahsuai dan baik pulih masjid tersebut. Tidak kisah lah berapa kali Fiqqq datang masuk dalam Masjid Sultan Sulaiman ini tetap akan rasa seronok dengan keunikan dan kecantikan masjid ini. Lama dah masjid ini wujud. Hahaha.
Raya bersama keluarga sebelah abah
Selepas selesai solat sunat aidilfitri, Fiqqq akan pergi ke rumah arwah nenek untuk beraya bersama keluarga sebelah abah pula. Kalau dikira, tahun ini tahun kedua beraya tanpa arwah nenek. Tapi sebolehnya, kami nak berkumpul supaya pagi raya rumah nenek meriah dengan suara mak cik pak cik, cucu-cucu dan semua yang ada.
Rumah arwah nenek pun kalau diikutkan tidak lah jauh mana. Pandu kereta ambil masa dalam 35 minit sudah sampai. Hahaha. Cuma lokasi rumah arwah nenek berada di seberang sungai. Apabila semua sudah berkumpul, buat sedikit tahlil dan bacaan doa dan diteruskan dengan takbir raya beberapa kali. Selepas itu, sesi memohon maaf dan terima duit raya. Hahaha.
Kemudian, makan lagi. Walaupun menu lebih kurang macam di rumah atok tapi orang yang masak adalah berbeza di rumah arwah nenek. Sesi melantak banyak-banyak pon bermula. Habis diet semasa sebulan berpuasa tapi kalau pagi raya makan tidak ingat dunia. Apa pun, rezeki mana boleh ditolak. Lagi-lagi rezeki makanan sedap-sedap sudah terhidang di hadapan mata. Rugi … rugi …
Ucapan raya sikit 🙂
Apa pun, Fiqqq ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita, ada mengguris hati semua sama ada dalam sedar atau pun tidak sedar atau pun sengaja, minta halalkan makan minum pada yang pernah belanja dan halalkan ilmu-ilmu yang pernah dikongsi bersama dan lagi apa? Hahaha.
Akhir kata, jangan lah tunggu raya semata untuk berkumpul bersama. Ada masa dan rezeki, luangkan masa bersama. Jangan sampai sudah tiada baru mulut berbunyi ‘kan baik kalau sekian … sekian … sekian …’ Masa tu memang sekian kirim salam. Hahaha. Yang penting, jaga hubungan silaturrahim sesama manusia kerana perkara tersebut juga akan disoal melainkan menjaga hubungan dengan Sang Pencipta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 2018 semua.
Tahniah Fiqqq n selamat hari raya maaf zahir batin.
Semuanye ceria2 belaka walau dalam kesedihan beraya tanpa nenek tersayang. Silaturrahim mesti diteruskan agar arwah nenek tenang n bahagia di taman2 syurga Firdausi. In Shaa Allah😃
In Shaa Allah 😀