Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

July 29, 2018 by Afiq Halid 9 Comments

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor sesuai dijadikan aktiviti di hujung minggu. Lebih-lebih lagi dengan geng kaki daki bukit dan gunung. Tapi bagi yang sudah biasa naik gunung akan ambil masa yang sangat sekejap untuk ke lokasi yang dituju. Mungkin boleh berlari.

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Permulaan laluan untuk ke Bukit Botak akan melalui kebun kelapa sawit. Laluan permulaan agak memenatkan kerana kita perlu mendaki dan ada sesetengah laluan agak curam atau tinggi. Almaklumlah, bawa muatan besar maka mengah sedikit untuk naik yang cerun sebegini.

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Kawasan lebih terbuka dan lapang. Jadi tiada masalah untuk berjalan ke atas untuk meneruskan pendakian ke Bukit Botak. Namun diingatkan bahawa kita akan berjumpa dengan beberapa kawasan terlebih dahulu sebelum tiba di Bukit Botak. Orang jawa kata ‘Pit stop‘ yang boleh kita buat rehat-rehat lurus kaki sambil minum air.

Pencawang Elektrik

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Sebelum memasuki kawasan hutan, kita akan berjumpa dengan pencawang elektrik terlebih dahulu. Sekali pandang ibarat banyaknya laluan. Hahaha. Pada mulanya Fiqqq juga agak keliru namun ikut sahaja laluan yang sedia ada. Jadi, Fiqqq memilih untuk jalan ke kanan.

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Tapi sebelum itu, kita bergambar terlebih dahulu. Walaupun kita boleh lihat pencawang elektrik ini sebesar alam namun pemandangan yang ada sangat cantik. Ku lihat hijauuuu !!!

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Fiqqq meneruskan perjalanan dengan memasuki kawasan hutan. Kalau diikutkan laluan agak sempit. Jadi, berhati-hati dengan benda tajam duri dan sebagainya.

Diingatkan bahawa tidak perlu risau tersalah jalan kerana laluan tidak sukar dan boleh lihat tanda yang ada pada pokok. Mereka yang terdahulu menggunakan plastik atau barrier tape di dahan.

Kem Paet

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Dari tempat permulaan untuk sampai ke Kem Paet mengambil masa dalam 15 minit. Boleh dikatakan ‘check point’ pertama untuk kita mengambil dan mengumpul semula tenaga supaya dapat meneruskan pendakian. Hahaha.

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Fiqqq suka pemandangan di sini. Berbatu dan boleh lihat karpet hijau. Tenang rasanya lihat banyak pokok-pokok hijau. Bagi mereka yang suka bergambar, silakan bergambar seberapa banyak yang mungkin. Tapi, jangan lama sangat. Jauh lagi perjalanan.

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Di kawasan ini banyak laluan berbatu. Perlu berhati-hati supaya tidak terkehel kaki untuk naik ke atas. Salah pijak tempat tapak mahu boleh cedera. Cuma sedikit sahaja. Apabila mula memasuki kawasan berpokok, kita akan lalui kawasan bertanah semula.

Bukit Cherakah

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Selepas berjalan dalam 20 minit (anggaran), kita akan jumpa di lokasi Bukit Cherakah. Menunjukkan paras ketinggian berada pada 214 meter. Apabila sudah berada di sini, boleh dikatakan sudah separuh perjalanan untuk ke Bukit Botak.

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Laluan di atas bukit ini lebih santai. Cuma ada beberapa lokasi sahaja yang cerun dan agak licin. Jadi, gunalah tali yang disediakan untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku. Kalau yakin boleh, apa salah nya. Jalan saja sudah. Hahaha.

Laluan di sini Fiqqq kata santai kerana pemandangan yang agak redup dan ibrata sesuai untuk kita pacak khemah. Seronok juga sekiranya dapat bermalam bersama kawan semua cuma bahaya untuk hidupkan api dek kerana banyak daun kering di situ.

Pandai-pandai lah menjaga apa yang ada tau.

Bukit Botak

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Fiqqq rasa ibarat masuk ke alam lain apabila keluar dari kawasan hutan dan kelihatan bukit yang botak tanpa tumbuhan hijau. Hahaha. Lega apabila tahu kita sudah sampai. Tapi ….

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Fiqqq jenuh mencari jalan untuk ke sana memandangkan kita akan jumpa dengan tebing tinggi untuk ke sana. Pelbagai cara cuba untuk turun tapi kelihatan bahaya, cuba di tempat lain.

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Sehinggalah terjumpa ibarat pintu kecil untuk pergi ke seberang dan melalui tebing yang tidak terlalu tinggi. Kalau terus lompat ke bawah itu tidak lah. Perlu melalui laluan yang mereka sediakan tali untuk ke bawah. Berpeluh juga tangan.

Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor

Kalau diikutkan, lebih banyak aktiviti memanjat ibarat rock climbing untuk ke puncak. Jadi, pastikan barang-barang berharga simpan dalam beg. Apabila memanjat, pastikan batu yang kita paut betul-betul kukuh untuk menampung berat kita untuk naik.

Mungkin ada laluan yang lebih senang tapi Fiqqq ibarat guna jalan pintas. Jadi, mana nampak laluan yang boleh dipanjat maka terus panjat. Gayat itu pasti. Berpeluh tangan dibuatnya. Tapi Fiqqq tahu ada satu pemandangan yang cantik untuk Fiqqq nikmati. Hihihi.

Secara keseluruhan, Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor tidak terlalu sukar. Cuma perlu berhati-hati. Beringat-ingat. Bawa bekal air yang mencukupi dan bawalah biskut atau roti untuk tambah tenaga. Fiqqq lebih gemar bawa coklat.

Klip Video

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Bukit Botak, Hiking di Bukit Botak Puncak Alam Selangor, Hiking Trails Bukit Botak Puncak Alam

Comments

  1. Ella Tomo says

    July 29, 2018 at 11:29 pm

    Nice, mesti best. Kat Sabah pun ada jugak nama Bukit Botak hehe

    Reply
    • Afiq says

      August 5, 2018 at 7:42 pm

      Mungkin ada rezeki saya naik yang di sana pula . Hehehe 😀

      Reply
  2. Bro Framestone says

    September 21, 2018 at 10:02 pm

    Fuhhhhh 2-3x baca tertiba rasa macam tak jadi je nak panjat walaupun rumah dah dekat dah… Kena ada geng baru semangat sikit nak pergi hahahaha

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 22, 2018 at 8:36 am

      Okey je Bro kalau naik slow2. sebab tak tinggi . In Shaa Allah sampai . Hehehe

      Reply
    • Cahed says

      August 2, 2019 at 8:14 pm

      Jom haha. Tgh cari geng gak ni

      Reply
      • Afiq Halid says

        August 3, 2019 at 7:37 pm

        Gi mana hiking mana tu ? hAHAHA

        Reply
  3. BUKIT DURI says

    November 27, 2020 at 11:17 pm

    Great post.

    Reply
  4. Tazajiha says

    September 7, 2023 at 10:19 am

    Acik ni dh umo 47..tapi dlm hati masih minat nak hiking..bc cite Fiq..teruja pulak..Sabtu ni kawan ada ajak..

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 19, 2023 at 10:49 am

      best ajak kawan-kawan. sambil2 spend time masa sama2 kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim