Dapatkan JAPAN RAIL PASS di MATTA FAIR 2018
Dapatkan JAPAN RAIL PASS di MATTA FAIR 2018. Selain daripada pakej yang kita ambil dan sebagainya. Kegunaan kad seperti JR PASS juga penting untuk persiapan yang perlu Fiqqq buat sebelum ke Jepun. Dengar khabar, kad ini akan memudahkan perjalanan nanti semasa di sana.
Risau kerana perlu berjalan jauh. Maksudnya, jauh daripada tempat tinggal. Bahasa pula lain. Sekiranya berlaku apa-apa, haaaa . Almaklum, tidak selalu travel ke luar negara.
JAPAN RAIL PASS
JAPAN RAIL PASS atau senang untuk disebut sebagai JR Pass adalah kad keretapi yang boleh digunakan semasa menggunakan perkhidmatan keretapi di sana. Gunakan satu pas tapi boleh pergi ke pelbagai lokasi. Boleh dikatakan meliputi semua kawasan dari Hokkaido ke Kyushu.
Laluan JR East Pass – Tohoku area / Nagano, Niigata area
JR Pass ini mempunyai dua laluan yang berbeza. Satu untuk laluan di kawasan Tohoku dan lagi satu untuk laluan yang melalui kawasan Nagano dan Niigata. Bagi pemahaman Fiqqq ibarat laluan LRT dan KTM di Malaysia. Sebab ada laluan KTM yang tidak ada tempat yang LRT boleh pergi. Kan kan kan?
Banyak juga laluan yang boleh kita berhenti dan kesemua merupakan tempat yang menarik untuk kita pergi. Boleh berhenti setiap lokasi dan menikmati kesemua pemandangan indah dan perkara yang seronok di sana. Rugi kalau hanya pergi 4 daripada 8 lokasi perhentian yang ada.
Dari utara ke selatan, puas berjalan. Dimaklumkan bahawa nama kan sahaja lokasi menarik di Jepun yang ingin kita pergi. Semua tempat boleh kita kunjungi dengan JR Pass.
Yang menarik, kad JR PASS ini bukan sahaja boleh digunakan dengan keretapi biasa. Malah boleh digunakan untuk kesemua pengangkutan milik syarikat JR. Sebagai contoh bullet train (tidak termasuk bullet train Nozomi dan Mizuho), bas dan feri (untuk lokasi yang disediakan sahaja).
Apa yang mereka janjikan ialah keselesaan semasa menggunakan pengangkutan awam tersebut. Seronok berjalan jauh kalau begini. Boleh hilang penat berjalan dengan keretapi yang selesa.
Sebelum terlupa, kad ini mempunyai tempoh sahih penggunaan mengikut keinginan kita. Mereka menyediakan tempoh sah bermula dari 7 hari, 14 hari sehingga 21 hari. Sekiranya Fiqqq pergi 14 hari rasanya sudah mencukupi ambil yang 14 hari sahaja. Mana tahu tiba-tiba terada masa untuk berjalan di saat-saat akhir.
Cara Membeli JR PASS
Oleh kerana mereka menyediakan dua lokasi (East) yang berbeza . Maka kita perlu pilih laluan yang betul. Sama ada ke kawasan Tohoku atau ke kawasan Nagano, Niigata. Rancang perjalanan terlebih dahulu.
Apabila sudah buat keputusan, ada tiga cara untuk membeli JR Pass.
- Beli dengan agensi pelancongan
- Beli di website mereka www.eastjapanrail.com
- Beli di Jepun.
Cuma apa yang boleh Fiqqq sarankan ialah pergi ke MATTA FAIR 2018. Boleh pergi ke booth Kopetro, Pearl Holiday dan Mayflower. MATTA FAIR yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 September 2018 di PWTC (Hall 1).
Kita bukan dapat kad semata malah mereka menyediakan pelbagai hadiah misteri. Mana tahu ada benda lain yang perlu Fiqqq beli di sana untuk persediaan awal untuk ke Jepun tidak lama lagi.
Sekiranya ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan JR PASS, boleh hubungi J-HORIZON di talian 03-21610922.
Jasa Akikah says
Good info. Lucky me I recently found your blog by chance (stumbleupon).
I have saved as a favorite for later!
Afiq says
Thank you.