PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan
Food

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan baru sahaja beroperasi beberapa hari di sini. Sebelum ini mereka hanya membuat jualan melalui kiosk dalam mana-mana majlis sekitar Kuantan. Kali ini, mereka membuat kedai kecil untuk memudahkan pelanggan datang untuk lepak dan makan dan bersuka ria bersama rakan-rakan.

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Kelainannya apabila pizza ini boleh dikatakan sebagai ‘Homemade Pizza‘. Acuan tepung mengikut resipi sendiri termasuk sos dan ramuan campuran bagi menaikkan rasa piza tersebut. Mereka hanya menghasilkan thin crust sahaja.

Antara pilihan piza yang ada:

Hawaiian Chicken Pizzacheq – RM10

Beef/Chicken Pepperoni Pizzacheq – RM10

Spicy Tuna Pizzacheq – RM10

Supreme Pizzacheq – RM10

Double Trouble Pizzacheq – RM10

Seafood Pizzacheq – RM10

Piza yang Fiqqq makan ialah Beef Pepperoni Pizzacheq dan Hawaiian Chicken Pizzacheq. Terasa ibarat makan piza di kedai terkemuka dalam Malaysia. Dengan kombinasi rasa sos dan semua ramuan yang ada menaikkan keinginan kita untuk makan dengan lebih banyak. Lebih-lebih lagi makan ketika piza masih panas berasap. Nyummmm.

Kalau ingin lebih sedap lagi, minta chillie flakes untuk penambah rasa pedas.

Spaghetti Bolognese

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Kalau diikutkan bagi Fiqqq tiada kelainan berbanding dengan kedai lain. Mungkin yang menyebabkan Fiqqq memilih untuk makan Spaghetti Bolognese di PizzaCheq ialah kuantiti sos daging cincang yang banyak. Harga RM12.00.

Spaghetti Carbonara

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Antara spaghetti pilihan ialah Carbonara. Minat makan spaghetti yang likat dengan keju dan berkrim. Tambahan pula ada rasa sedikit halwa pedas daripada chilli flakes dan serbuk lada hitam. Cuma kalau sedikit berkuah dan basah dengan krim akan menaikkan lagi rasa makanan tersebut. Harga RM12.00

Meatball dengan Sos Marinara

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Paling favourite di sini ialah bebola daging dengan sos marinara. Bebola daging yang dibuat sendiri dan ramuan sos yang pekat dengan keju serta krim yang sangat membuka selera untuk makan. Serius sedap yang ini. Fiqqq bagi 4/5. Harga RM12.00

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Tidak cukup dengan bebola daging yang ada. Boleh cicah dengan roti bakar. Terasa meleleh sos-sos yang ada. Boleh dikatakan hingga menjilat jari dan tidak mahu tinggalkan setitis pun dalam bekas.

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Secara keseluruhan menu yang ada Fiqqq bagi 3.5/5.

Minuman

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Pilihan minuman pula tidak berapa banyak. Jadi mudah untuk Fiqqq buat pilihan. Air sirap soda dan juga air peach. Air macam ini kalau minum ketika cuaca panas memang menyegarkan dan terasa hilang haus. Harga RM3.00.

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

PizzaCheq

Kedai PizzaCheq bersaiz kecil seperti kiosk. Walau bagaimanapun, mereka ada memasang banner di hadapan kedai yang mengandungi jenis-jenis piza yang disediakan. Tidak lama lagi, mereka akan pasang tanda nama kedai bagi lebih meriah dan mudah untuk orang ramai cari.

PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Mereka akan beroperasi setiap hari bermula jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam. Cuti hanya pada hari rabu sahaja. Melainkan mereka ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Lokasi cuba Google Map Meran Coffee Lorong Seri Teruntum 1, 25100 Kuantan, Pahang. Sekiranya ingin membuat delivery, boleh hubungi 019-3224571.

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

2 thoughts on “PizzaCheq Best Homemade Pizza di Kuantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top