Kitsui sebagai Meal Replacement ketika travel
Kitsui sebagai Meal Replacement ketika travel amat diperlukan. Lebih-lebih lagi ketika travel ke negara yang mempunyai makanan halal yang terhad. Baru-beru ini Fiqqq berpeluang ke Jepun atas urusan kerja. Fiqqq pula sangat menitikberatkan pemlihan makanan. Walaupun kelihatan halal namun penggunaan dalama makanan tersebut menjadi satu pertikaian.
Jadi, kawan Fiqqq cadangkan untuk bawa beberapa paket ke Jepun. Dek kerana sukar untuk mencari makanan halal, Fiqqq bawa ke sana dan minum setiap pagi. Alhamdulillah sepanjang berada di sana, perut jadi tahan dengan pengambilan produk Kitsui. Fiqqqb risau juga kerana ada gastric. Bila sampai tahap lapar dan masih tidak makan gastric akan datang menyinggah.
Bagi sesiapa yang ada gastric mesti tahu betapa sakit untuk kita menahan. Ada kala Fiqqq tidak boleh bangun dan hanya baring semata. Itu pun sekejap baring, sekejap duduk dan tukar posisi bagi rasa perut selesa. Jadi, banyak tempat-tempat menarik yang Fiqqq dapat pergi ketika di Jepun.
Cara pengambilan produk Kitsui
Tidak perlu banyak benda yang perlu kita buat untuk produk Kitsui sebagai Meal Replacement ketika travel ini. Hanya bancuh serbut minuman tersebut 1 paket (30 gram) ke dalam 250ml – 300ml air suam, goncang atau kacau sehingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan. Dalam beberapa saat boleh siap. Mudah kan?
Setiap pembelian satu kotak ada 15 bungkus dan mereka akan beri tumbler untuk kita bancuh serbuk minuman tersebut. Tumbler tersebut sudah ada nombor jumlah sukatan. Memudahkan untuk kita tidak teragak-agak ketika menyukat air nanti.
Ramuan dalam produk Kitsui
Boleh dikatakan produk ini seperti campuran minuman botani yang mengandungi fruktos, whey manis, beras perang, susu krim, seart oat, serbuk kacang soya, sekam psyllium, fibersol, guar gum, lactobacilius probiotik, spirulina, protein soya, serbuk teh hijau, ekstrak alfafa, dan serbuk chlorella.
Banyak bukan dan semua ramuan di dalam serbuk kitsui mampu memberi tenaga kepada kita sepanjang hari. Tapi tidak bermakna kita tidak perlu makan. Produk ini lebih berkesan jika kita mengamalkan pengambilan makanan dan cara hidup yang sihat.
Klip Video
Untuk sebarang pembelian atau maklumat lebih lanjut, boleh layari Kitsui Malaysia . Boleh juga dapatkan produk ini di mana-mana pasaraya seperti Guardian dan Watson terpilih. Fiqqq sertakan klip video penggunaan produk Kitsui semasa di Jepun.
https://www.facebook.com/100000130101281/posts/2312150855465895/
Memang sesuai untuk travel.
Membantu juga untuk kita bertahan . Lebih-lebih lagi di negara yang susah cari makanan halal.
Wow, this post is good, my younger sister is analyzing these kinds of things, so I am going to tell her.
Good
Hi afiq..gastric ok ya ambk ni..I mcm u klau lmbt or lmbt mkn msti gastric dtg..nk try ap2 produk pun tkt
Hi , hari tu masa guna this product alhamdulillah . Dalam masa yg sama, afiq standby juga any chocolate or else dalam beg. Takut apa2 jadi. Payah nak berjalan if gastric datang . Hahahaha