Percutian Mewah di The Westin Miyako Kyoto
Percutian Mewah di The Westin Miyako Kyoto. Beruntung dapat merasai sendiri pengalaman menginap di hotel bertaraf terlebih bintang memandangkan sangat eksklusif bagi seorang Fiqqq. Hahaha. Perkara menarik yang Fiqqq sangat suka ialah cara layanan mereka terhadap tetamu. Tersangat bagus. Bermula dari Fiqqq serta geng KBBA9 sampai sehingga kami balik di sambut dengan sangat mesra. Terasa sangat VVIP walaupun Fiqqq hanya golongan marhaen.
Mungkin sebab itu Tun M pernah mengumumkan Dasar Pandang ke Timur. Mengkaji dan meneliti terhadap contoh-contoh dan teladan yang baik dari negara Jepun. Beliau ingin kita sebagai rakyat Malaysia mencontohi dan mempraktikkan serta menjadikan satu amalan.
Okey. Tidak perlu serius. Fiqqq sahaja ingin maklumkan bahawa adap di sini sangat bagus. Tun M juga pernah menginap di hotel ini. Ternyata hotel ini bukan calang-calang tetamu yang pernah menginap di sini.
Mungkin sebab itu cara layanan mereka sangat berbeza. Mereka menjanjikan keselesaan dan penginapan yang terbaik bagi tetamu yang datang ke sini.
Bilik Penginapan
Secara rasminya Fiqqq seolah-olah merasmikan bilik penginapan yang baharu sahaja mereka ubah suai untuk keselesaan tetamu yang bermalam di sini. Atau sebenarnya mereka tahu Fiqqq akan datang jadi mereka buat ubah suai. Hahaha. Terasa retis sekejap.
Rasa ingin tidur sepanjang hari sekiranya dapat katil begini. Tapi yang paling menarik ialah plug usb berada bersebelahan dengan katil kanan dan kiri. Boleh baring sambil scroll jauh sampai tertido. Hahaha.
Alhamdulillah sepanjang bercuti dengan J-Horizon di Jepun, tidak pernah terlepas satu pun hotel menyediakan sejadah dalam bilik beserta kompas kiblat. Mereka tahu yang menginap di bilik adalah orang muslim jadi sebarang berkenaan dengan agama, adat dan sebagainya mereka jaga.
Dalam masa yang sama, kita juga kena faham bahawa orang yang menginap dalam hotel berbeza agama. Jadi, ada minuman yang tidak perlu kita ambil dalam peti ais yang disediakan. Namun, mereka maklumkan awal-awal bahawa minuman tersebut ‘tidak baik untuk kesihatan’ bagi muslim. Kalau diikutkan, kita sendiri tahu minuman tersebut tidak boleh. Jadi, pandai-pandailah hidup.
Sama seperti produk Cosmoderm Travel Pack ini. Lepas seronok tidur malam tadi. Fiqqq sapu sedikit losyen vitamin supaya kulit sentiasa mulus dan gebu. Wahhhh. Bukan apa. Di sini cuaca sejuk. Maka kita perlukan sedikit pelembab menjadikan kulit kita sentiasa sihat sepanjang masa.
Bilik Mandi
Fiqqq sangat idamkan supaya bilik air di rumah sama seperti ini. Walaupun hanya sekadar angan-angan tapi tidak salah bercita-cita tinggi. Kan … kan … kan ? Hahaha. Kelengkapan dalam bilik mandi disusun rapi dan teratur.
Pilihan untuk kita mandi juga mereka sediakan. Sama ada mandi dalam tub, shower, dan sebagainya. Malas mandi berdiri, mandi sahaja dalam tub. Tidur pun boleh. Apa yang boleh Fiqqq katakan ialah sebelum membuka mana-mana paip air, pastikan kita cuba terlebih dahulu. Salah pusing kepala paip, niat ingin basuh kaki boleh terus mandi. Hahaha.
Mungkin jadi satu masalah bagi mereka yang sudah biasa menggunakan getah paip untuk menyuci. Memandangkan teknologi canggih yang mereka gunakan jadi semua secara auto cuci. Tekan sahaja punat yang ada maka terkeluarlah air untuk menyuci. Pandai-pandailah adjust bagi bersih.
Menariknya, penutup itu boleh terbuka secara auto. Berdiri sahaja di hadapan benda tersebut lalu terbuka. Almaklumlah, pertama kali jumpa. Teruja lebih.
Makan Malam
Alhamdulillah hotel ini juga menjaga dari aspek pemilihan dan penyediaan makanan untuk Muslim. Sempat Fiqqq berjumpa dengan Chef Murad semasa beliau memberi penerangan makanan dalam hotel. Chef ada tunjuk yang mana satu halal dan mana satu yang tidak boleh makan.
Fiqqq terpaksa ulang makan beberapa kali untuk merasai sendiri sushi di negara Jepun. Ya Allah. Terasa segar ikan yang mereka gunakan dan tidak sama rasanya seperti di negara sendiri. Saiz hirisan ikan yang besar, tebal dan puas makan. Sushi akan disediakan apabila kita minta sahaja.
Salmon Lomi-Lomi ini disediakan dalam kuantiti yang sedikit. Haruslah Fiqqq ambil lebih daripada dua. Setiap salmon yang dihidangkan adalah berlainan kerana menggunakan buah yang berbeza. Ini pertama kali Fiqqq makan ikan salmon dengan potongan mangga. Rasa yang hanya tinggal kenangan.
Dalam seronok memilih makanan, harus berwaspada terhadap logo yang mereka pamirkan di setiap menu yang mereka hidangkan. Andai terlihat logo comel bulat-bulat itu, janganlah buat-buat tidak sengaja ingin mencuba. Hahaha.
Setiap menu mereka sediakan kertas informasi berkenaan makanan tersebut. Kita juga boleh mengetahui bahan yang digunakan dalam memproses makanan tersebut.
Nampak seperti cili potong tapi bukan. Inilah wasabi yang belum habis diproses. Namun, kepedasan yang ada tidak setanding dengan cili padi kampung di Malaysia. Masa ini Fiqqq rindu masakan Malaysia. Lidah orang jawa memang kalau makan apa pun perlu ada pedasnya.
Sarapan
Tiada nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Hahaha. Boleh menangis rasanya. Itu semua makanan yang penuh dengan lemak dan minyak. Perkara yang menarik berkenaan makanan di sini kebanyakkan dibakar atau direbus.
Sarapanpun dengan bijirin. Benda yang Fiqqq suka ialah mereka tidak menggunakan pemanis dalam makanan mereka. Contoh, bijirin yang ada betul-betul rasa gandum dan sebagainya. Andai minum air jus buah-buahan pula memang akan rasa macam makan buah tersebut. Bukan fresh oren kotak Peel fresh.
Chinese Restaurant
Sekiranya inginkan kelainan selain makanan ala Jepun, boleh cuba di Chinese Restaurant yang berada dalam banguanan hotel tersebut. Fiqqq cuma berkesempatan melihat restoran tersebut. Tidak ada rezeki untuk makan di situ. Namun, restoran ini nampak mewah dan pasti menyediakan makanan yang terbaik untuk pelanggan yang datang.
Fasiliti Hotel
Selepas penat makan, andai berasa berat semakin bertambah. Datang sahaja ke Fitness Studio yang disediakan. Segala kelengkapan gym ada di situ. Mungkin bagi mereka yang tidak mahu skip rutin di gym maka boleh main besi di sini.
Bukan sekadar gym semata, fasiliti yang lain juga ada mereka sediakan.
Sebenarnya, Fiqqq teringin mandi kolam dalam cuaca sejuk dingin di negara orang. Kebetulan Fiqqq pergi musim peralihan ke sejuk. Jadi, kolam renang di tutup. Hahaha. Tinggal harapan yang tidak kesampaian. Tapi tidak mengapa sebab kebetulan demam. Eloklah berendam dalam bilik air sahaja.
Bilik Eksklusif
Bilik ini mencecah puluh ribu untuk satu malam. Ibarat kita menginap dalam satu rumah kerana ada ruang tamu, dapur dan kawasan bilik. Luas dan selesa untuk mereka yang mampu bercuti di sini. Mungkin boleh cari ketenangan di sini.
Fiqqq sangat tenang melihat pemandangan dari bilik kalau begini. Mungkin sebab itu harga bilik ini mahal dan sangat eksklusif. Betullah orang kata. Travel ini kita tidak boleh hanya mendengar semata. Perlu lihat sendiri, rasai suasana di negara orang dan alami keindahan ciptaan Tuhan.
Klip Video
https://www.facebook.com/100000130101281/posts/2315446318469682/
farah wahida putra says
seronoknya ke sana..hotel sgt ekslusif dan mewah
Afiq Halid says
Alhamdulillah dapat merasa stay di sini. if ada rezeki , will be here again. berehat. Hehehe