Cosmoderm Produk Halal Tiada Paraben
Santai

Cosmoderm Produk Halal Tiada Paraben

Cosmoderm Produk Halal Tiada Paraben

Cosmoderm Produk Halal Tiada Paraben. Fiqqq tahu berkenaan produk Cosmoderm dan menggunakannya semenjak lebih kurang dalam 2 tahun lepas. Bermula dengan menggunakan gel mandian Tea Tree Oil dan juga Tea Tree Oil Magic Body Lotion.

Cosmoderm Produk Halal Tiada Paraben

Kedua-dua produk ini Fiqqq akan guna apabila melakukan aktiviti luar atau sebarang aktiviti lasak. Senang cerita aktiviti yang menyebabkan Fiqqq berpeluh lebih. Gel mandian Tea Tree Oil mampu untuk membersih badan dan memberi kesegaran selepas mandi.

Untuk mengelakkan bau badan, Fiqqq lumurkan sedikit Tea Tree Oil Magic Body Lotion pada badan. Kalau tidak, pitam orang sebelah terhidu bau ketiak. Hahaha. Lebih-lebih lagi semasa berada di Jepun, Fiqqq banyak berjalan dengan geng KBBA9.

Cosmoderm Produk Halal Tiada Paraben

Boleh dikatakan, Tea Tree Oil Magic Body Lotion bertindak seperti deodorant cuma berbentuk losyen. Nasib baik Cosmoderm membuat set Travel bagi memudahkan Fiqqq bawa ketika berada di negara orang. Saiz kecil dan jimat ruang dalam beg.

Pembersih Muka Cosmoderm tiada Paraben

Disebabkan kulit muka Fiqqq amat sensitif. Fiqqq sangat teliti dalam pemilihan produk pembersih muka. Tersalah guna pembersih muka, jerawat boleh berkampung dengan cepat di muka. Mana boleh begitu. Jatuh saham.

Cosmoderm Produk Halal Tiada Paraben

Apabila memilih, Fiqqq cuba cari pembersih muka yang tidak mengandungi Paraben. Dengar cerita, paraben ini boleh memudaratkan sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sesuatu produk. Walaupun peratusan penggunaan paraben dalam sesuatu produk tidak banyak tapi kita guna produk tersebut secara konsisten.

Sikit-sikit lama-lama banyaklah kuantiti pengambilan seharian kita. Betul ke tidak? Hahaha. Fiqqq hanya membuat perkiraan secara begitulah. Cuma kalau boleh Fiqqq ingin elakkan menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia tersebut.

Bukan apa. Fiqqq akan berasa tidak selesa apabila jerawat banyak. Apatah lagi bagi mereka yang lihat muka kita yang penuh dengan jerawat. Tambahan pula, muka akan terasa gatal dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, Fiqqq ada resdung yang ada kala dia aktif.

Dan … dan … dan … yang paling penting adalah produk cosmoderm halal.

Afiq Halid

Personal . Food . Event . Travel
Kelab Blogger Ben Ashaari
Host #fungryTV

Instagram : @afiqhalid
Facebook : Afiq Halid

http://www.afiqhalid.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top