Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision
Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision menjadi bualan orang ramai. Kebelakangan ini, Fiqqq selalu perasan ramai kenalan di Facebook berkongsi gambar dan sebagainya. Beberapa hari lepas, Fiqqq turut terjebak pergi ke kedai tersebut dan membeli beberapa cermin mata.
Ada beberapa perkara yang menyebabkan Kedai Cermin Mata Viral Eye Pro Vision ini menjadi pilihan.
Harga murah
Perkara pertama sebelum Fiqqq membeli sebarang produk ialah harga. Terang-terangan mereka menawarkan harga yang sangat murah serendah RM65.00 untuk bingkai beserta cermin. Kurang daripada RM100 akan kita belanjakan untuk cermin mata.
Apabila murah begini, mula rambang mata untuk lihat desain cermin mata yang lain. Tidak dapat lihat desain lain, mungkin boleh pilih cermin mata yang lebih baik. Dikira-kira, banyak yang boleh Fiqqq jimat.
Siap Cepat
Fiqqq paling tidak suka untuk menunggu lama. Lebih-lebih lagi benda yang perlu kita guna segera. Masa terluang yang ada itu terhad. Di Eye Pro Vision, mereka boleh siapkan cermin mata dalam kadar segera. Ambil masa dalam 35 minit ataupun 1 jam. Untuk cermin mata biasa. Tapi bagi kes-kes tertentu mungkin akan ambil masa yang lama. Terutama pada mereka yang memerlukan extra servis pada cermin mata.
Fiqqq buat cermin mata tempoh hari tidak sampai satu jam sudah siap. Boleh terus guna. Sekurang-kurangnya, Fiqqq tidak perlu datang dikemudian hari semata untuk mengambil cermin mata. Dek kerana dari Klang ke Sungei Wang ambil masa juga untuk sampai. Berhimpit dalam KTM, LRT dan sebagainya.
2,000 jenis pilihan
Fiqqq mengalami kesukaran untuk memilih jenis bingkai yang ada di kedai tersebut. Ambil masa juga untuk memilih yang betul-betul berkenan di hati. Asalnya sudah pilih satu. Fiqqq pegang siap-siap. Sambil jalan ke kaunter, mata melilau lagi. Jadi, terminat lagi. Hahaha.
Agak-agak Fiqqq pilih yang mana?
Promosi hebat
Selain promosi harga RM65, mereka juga ada menyediakan promosi hebat untuk cermin mata berjenama. Promosi hujung tahun yang dibawa ke awal tahun. Bagi cermin mata yang berjanama ini tidaklah harga sama seperti RM65 juga. Ada potongan diskaun mungkin 20%, 30% dan mungkin lebih. Antara jenama yang ada seperti Adidas, Ray-Ban, Police, dan banyak lagi.
Alang-alang ada harga murah sebegini, dengan pantas Fiqqq menyambar satu. Dapat satu yang mahal sikit, satu yang pakai untuk suka-suka. Sekurang-kurangnya, boleh tukar-tukar mengikut kesesuaian keadaan, tema dan lokasi yang ingin Fiqqq pergi.
Klip video
Fiqqq kongsikan antara maklum balas daripada pelanggan yang berkunjung.
https://www.facebook.com/100000130101281/posts/2391571767523803?sfns=cl
Leave a Reply