Traveloka Sale-abration Rambang Mata 2019 kini kembali lagi. Weeeaahoooo!!! Boleh mula lihat tarikh-tarikh yang menarik supaya dapat merancang untuk pergi bercuti, berjalan dan macam-macam lagi.
Almaklumlah. Selain pergi kerja, mendaki dan mencuci mata di pusat membeli-belah Fiqqq juga perlu luangkan masa untuk melihat negeri orang, makan makanan tradisi negeri orang dan bermacam-macam lagi. Betul tak?
Rugi sekiranya tidak manfaatkan diskaun-diskaun yang Traveloka sediakan sepanjang Traveloka Salebration pada tahun 2019 ini. Ibarat Fiqqq terima tawaran beli satu percuma satu tapi masih memilih beli satu tiada percuma apa-apa. Tak gitu?
Penjimatan besar menanti anda?
Kepada pelanggan yang sudah biasa menggunakan aplikasi atau layari traveloka pasti tahu berapa banyak penjimatan yang boleh dilakukan. Bukan satu atau dua malah lebih daripada itu. Fiqqq maksudkan ialah banyak pilihan tempat menginap yang mereka tawarkan dengan harga yang murah.
Ada beberapa hari sahaja lagi sebelum Traveloka kongsikan harga tawaran diskaun terhadap harga hotel atau tempat penginapan yang ingin kita lawati dan juga harga penerbangan yang berpatutan. Seronok bukan sekiranya kita dapat berjimat lebih dengan Traveloka?
Matta Fair 2019
Fiqqq sendiri adakalanya teringin pergi ke Matta Fair dan check out Matta Fair Promo kerana di sana mereka menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk Fiqqq rancang percutian. Lebih-lebih lagi apabila dapat melihat rakan-rakan pergi melancong tidak kisah sama ada dalam mahupun luar negara dengan harga yang jauh lebih murah.
Mana yang berkesempatan pergi ke Matta Fair adalah lebih bagus. Tapi, bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ke sana boleh merasai tawaran dan diskaun untuk bercuti dengan harga yang murah menerusi laman web Traveloka.
Boleh jimat banyak masa dengan Traveloka Sale-abration Rambang Mata 2019. Boleh tempah tempat penginapan dan juga tiket penerbangan di rumah, kedai makan, kafe, restoran, gym dan sebagainya. Asalkan ada telefon dan juga data internet. Hahaha
Tempah penerbangan dengan Traveloka
Tidak semestinya Fiqqq cari penerbangan untuk bercuti semata. Ada kalanya perlu pergi ke negeri lain atas urusan kerja. Alang-alang sudah ada diskaun dalam tempoh promosi, kenapa tidak gunakan sahaja diskaun yang ada. Jimat duit. Lebihan duit claim , boleh Fiqqq guna untuk perbelanjaan lain. Hahaha.
Selagi boleh jimat, Fiqqq akan cuba untuk berjimat. Kan … kan … kan ???
Cara-cara untuk daftar Traveloka
Mungkin ada yang pertama kali memasuki laman web Traveloka. Adalah lebih baik untuk daftar kerana akan lebih mudah untuk buat sebarang transaksi.
Langkah 1
Klik sahaja pada perkataan ‘ Register ‘ .
Langkah 2
Isi nombor telefon dalam ruang yang telah disediakan. Pastikan nombor hadapan tertulis +60 . Kemudian, masukkan nombor telefon bermula dengan 1928*****. Setelah isi, klik pada ‘ Join ‘.
Fiqqq lupa langkah setersunya. Sebab lama sudah Fiqqq daftar dengan Traveloka. Apa pun, pastikan emel dan juga nombor telefon adalah aktif. Jika ada guna dua nombor telefon, gunakan yang selalu guna.
Cara pembayaran pula Fiqqq pilih Debit. Jadi, tidak perlu masukkan apa-apa nombor kad bank atau sebagainya semasa pendaftaran. Akan guna semasa membuat transaksi sahaja.
Kelebihan Aplikasi Traveloka
Tiada Caj Tambahan
Pernah sekali Fiqqq tempah tempat penginapan menggunakan aplikasi yang lain. Kita boleh pilih cara bayaran sama ada debit atau bayar di kaunter secara tunai. Kebetulan masa itu, Fiqqq ada tunai. Jadi, pilih pembayaran secarai tunai di kaunter setiba di tempat penginapan nanti.
Apabila sampai dan Fiqqq ingin buat pembayaran, Fiqqq perlu tambah sedikit daripada harga asal yang tertera dalam aplikasi tersebut. Di pendekkan cerita, harga yang tertera dalam aplikasi tersebut tidak termasuk dengan sebarang tax dan sebagainya.
Lain pula dengan menggunakan Traveloka. Jumlah bayaran yang tertera dalam laman web sama dengan jumlah yang perlu kita bayar. Termasuk tax dan sebagainya.
Perbandingan Harga
Semasa membuat perbandingan harga dalam laman web. Adakalanya Traveloka sedikit tinggi. Tapi, apabila kira semula selepas tambah tax dan sebagainya, Traveloka ada yang lebih menjimatkan. Sekali bayar sahaja dengan jumlah yang tertera.
Contoh, andai tertulis harga RM179.25 , itu lah yang perlu Fiqqq bayar dengan menggunakan debit. Selepas membuat pembayaran, Fiqqq akan terima email sebagai pengesahan dan Fiqqq boleh terus ke kaunter tempat penginapan dan tunjukkan sahaja email dan juga beri kod pesanan.
Lebih mudah serahkan sahaja lampiran email daripada Traveloka ke pihak hotel atau sebagainya. Mereka lebih maklum berkenaan semua benda ini. Sekurang-kurangnya, dengan satu harga yang telah Fiqqq bayar tadi tidak perlu fikir caj yang lain-lain.
Maka, pastikan buat perbandingan harga dengan harga akhir. Termasuk semua caj-caj tambahan.
Satu Aplikasi untuk Semua Transaksi
All in one app. Boleh dikatakan sangat mudah kerana dengan satu aplikasi Fiqqq boleh buat semua transaksi seperti tempah tempat penginapan dan juga tiket penerbangan.
Jimat masa.
Feature Tambahan
Fiqqq baharu perasan bahawa ada penambahan feature untuk pengguna iaitu saranan aktiviti dan juga lokasi tarikan pelancong. Sekurang-kurangnya, Fiqqq peroleh pilihan idea untuk ke lokasi tarikan pelancong atau berjalan ke mana-mana destinasi semasa tiba di lokasi yang ingin Fiqqq pergi.
Siap boleh buat tempahan tiket lagi. Sekiranya Fiqqq pergi ke Johor dan ingin berjalan ke LEGOLAND Malaysia, tidak perlu pergi ke sana terlebih dahulu dan buat pembelian tiket. Boleh buat pembelian awal dalam Traveloka.
Fiqqq boleh cuba nanti. Huhuhu. Ternyata dengan menggunakan Traveloka ini mudah, harga pula apa yang tertera dalam laman web itulah harga yang kita bayar dan semua ada dalam ini.
Huda says
Wah murah yer tiket Legoland kalau beli kat Traveloka ni.. baru tahu
Afiq Halid says
Features baru diorg buat . Afiq check macam lagi menarik . Siap boleh beli online and ada diskaun .