Mandurah Hotel Balok Kuantan Pahang merupakan lokasi penginapan sepanjang Fiqqq bercuti di Pahang. Terletak di Pantai Beserah. Jalan menghala ke Balok dari bandar Kuantan. Bagi Fiqqq lokasi Mandurah Hotel ini bagus sebab tidak terlalu jauh dengan pusat bandar dan dekat dengan kawasan kampung di Balok. Mana yang ingin beli buah tangan seperti keropok lekor dan lain-lain ada banyak pilihan.
Memandangkan Fiqqq dan keluarga sampai agak lewat jadi sampai-sampai terus cari katil. Tidak sempat bergambar bagai. Apa pun Mandurah Hotel ini selesa, luas dan sesuai untuk percutian keluarga.
Bilik Mandi
Bilik mandi di Mandurah Hotel agak comel dan mereka menggunakan konsep minimalis. Hotel hanya menyediakan set sabun mandi, losyen badan dan juga syampu. Selebihnya perlu bawa sendiri. Jadi, jangan tertinggal berus dan juga ubat gigi. Satu kerja pula pergi mencari untuk beli satu.
Berhadapan dengan tempat tadi, ini bahagian tempat mandi. Ditutup dengan cermin lutsinar. Bercakap berkenaan cermin lutsinar, Fiqqq agak tidak gemar pintu cermin utama bilik mandi kurang legap dan orang di luar boleh lihat orang yang berada di dalam walaupun samar-samar.
Tambahan pula, pintu cermin tersebut ada sedikit ruang yang membolehkan orang luar nampak jelas orang yang di dalam. Hahaha. Jadi, Fiqqq tutup menggunakan tuala dan mandi dalam keadaan gelap. Harap pihak hotel dapat menaik taraf benda tersebut.
Kawasan Pantai di Mandurah Hotel
Oleh kerana cuaca agak panas, Fiqqq hanya luangkan masa untuk berjalan bersama keluarga di persisiran pantai yang berdekatan dengan Mandurah Hotel. Itupun selepas jam 1800 untuk mengelakkan kulit terdedah dengan cahaya matahari secara terus dan mengakibatkan kulit kusam dan tidak bermaya. Hahaha.
Tempat Letak Kenderaan
Tempat letak kenderaan di Mandurah Hotel Balok Kuantan Pahang pula agak terhad. Tidak boleh melebihi 50 buah kenderaan dalam satu masa. Boleh dikatakan siapa cepat dia dapat.
Info Mandurah Hotel Balok Kuantan Pahang
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmin Mandurah Hotel. Boleh pilih mana bilik yang berkenan di hati, semak harga supaya ikut bajet yang ada dan mana-manalah maklumat yang ingin dicari.
Julia Johari says
Comel je hotel ni…selalu balik kg mertua mesti lalu nampak…nanti leh rekemen kt husband akak pasal ni…kot2 nak sambut anniversary ke kannn hahahaha
Afiq Halid says
Boleh stay yang family suite if x silap . Tingkat dia mengadap laut . Kalau dari luar boleh nampak tingkap besar bilik tu . Hahaha