Tip hasilkan video menggunakan handphone secara ringkas yang Fiqqq buat selama ini untuk dapatkan video yang cantik. Tidaklah pro tapi harap serba sedikit apa yang Fiqqq kongsikan dapat memberi manfaat kepada pembaca.
Spesifikasi Handphone
Walaupun handphone itu hanya barang namun satu keperluan untuk Fiqqq kenal dengan handphone sendiri. Tahu bagaimana kamera handphone tersebut berfungsi. Lain jenis handphone, lain cara untuk mengendalikannya. Kalau boleh, cari jenis yang kita selesa.
Banyak juga aspek untuk tip hasilkan video bahagian ini. Boleh dikatakan perlu ambil tahu berkenaan seluas mana kamera handphone boleh rekod dalam satu masa, berapa jarak yang perlu diambil untuk dapatkan sesuatu gambar, apa akan jadi pada video sekiranya diambil di tempat yang kurang cahaya dan sebagainya.
Menggunakan aksesori yang sesuai
Terlalu banyak aksesori untuk handphone di pasaran. Boleh dikatakan video akan nampak lebih seperti diambil oleh golongan mahir dalam bab video. Sebagai contoh, aksesori seperti gimbal daripada DJI, Zhiyun dan macam-macam lagi. Aksesori seperti ini dapat elakkan kita daripada rekod video yang bergegar.
Walau bagaimanapun, Fiqqq lebih suka tidak menggunakan sebarang gimbal. Fiqqq rasa macam melambatkan lagi proses pembikinan video. Hanya keluarkan handphone dan terus rekod video. Lebih pantas sekiranya handphone ada di tangan. Lebih laju pergerakan dan video akan ikut seperti mana pergerakan tangan kita.
Cuma Fiqqq akan menggunakan tripod untuk rekod video yang statik. Lebih-lebih lagi sekiranya kita ingin buat Timelapse. Selebihnya, Fiqqq hanya rekod hanya menggunakan tangan sahaja.
Tahu kedudukan yang selesa
Setiap orang akan ada cara yang selesa untuk memegang handphone semasa merekod video. Jadi, pastikan kedudukan handphone, tangan dan sebagainya mana yang kita selesa. Lebih-lebih lagi semasa merekod video ketika berjalan atau ingin ambil pemandangan sekeliling.
Fiqqq akan rendahkan sedikit badan dan bengkokkan kaki untuk rekod video yang memerlukan pergerakan. Perkara ini dapat mengurangkan gegaran ketika merekod video. Jalan secara perlahan. Paling penting, sebelum bergerak pastikan keadaan sekeliling selamat supaya tidak tersadung atau terlanggar apa-apa.
Walaupun kamera handphone sudah ada stabilizer namun Fiqqq akan cuba untuk elakkan sebarang gegaran pada video supaya nampak lancar.
Pilihan muzik
Boleh dikatakan ini antara perkara yang Fiqqq akan buat sebelum merekod video. Fiqqq akan dengar pelbagai jenis muzik latarbelakang di YouTube dan mana yang berkenan terus muat turun muzik tersebut. Guna ataupun tidak itu belakang cerita.
Adakalanya, muzik yang Fiqqq muat turun bulan lepas rasa macam sesuai pula untuk video baharu yang akan dibuat. Fiqqq akan ambil kira Beat dan durasi muzik tersebut. Sekiranya menggunakan dua jenis muzik dalam satu video, cari jenis muzik yang seakan. Tapi Fiqqq tidak pernah buat. Takut jadi cacar merba. Hahaha.
Guna satu sahaja dan bersesuaian dengan durasi video supaya muzik tersebut tidak berulang.
Kenalpasti ‘tujuan’ video
Kebiasaannya, Fiqqq akan ambil tahu berkenaan majlis atau apa-apa aktiviti yang bakal dijalankan. Sebagai contoh, kita ingin rekod video untuk majlis keramaian, aktiviti yang melibatkan sukan atau aktiviti santai.
Bukan apa, sekiranya kita rekod video untuk sesuatu majlis tanpa ambil tahu aktiviti yang akan dijalankan. Mungkin akan tertinggal berberapa program penting dalam majlis tersebut. Sekurang-kurangnya, kalau ada orang VVIP dalam majlis tersebut, Fiqqq tidak terlepas pandang dan sebagainya.
Fiqqq banyak juga lah rekod video semasa hiking. Buat suka-suka. Kenang-kenangan orang kata. Sebab tahu bukan senang untuk sampai ke puncak.
Lebihkan durasi masa
Walaupun hanya perlukan 10 saat klip video yang ingin digunakan, Fiqqq akan lebihkan sedikit durasi masa ketika merekod video tersebut. Lebihkan durasi masa pada awal dan juga akhir. Hal ini dapat mengelakkan klip yang kita perlukan terpotong semasa menggunakan sebarang transisi dalam aplikasi suntingan video.
Setiap transisi akan mengambil masa dalam 1 atau 2 saat. Sekiranya, rekod video hanya berdasarkan durasi yang kita perlukan. Maka, kita hanya dapat 8 saat sahaja untuk klip tersebut dalam pembikinan video. Jadi, Fiqqq perlu ambil kira perkara tersebut.
Boleh lihat-lihat Fiqqq di Facebook atau di YouTube. Cuma jarang kemaskini dengan video baharu. Kalau rajin baru buat. Hahaha. Apa-apa pun ikut kemampuan masing-masing. Tidak semestinya perlu beli semua barang kelengkapan untuk mendapatkan perfect shot , Fiqqq hanya berlatih berulang kali buat sampai jadi.
Cuba, cuba dan cuba lagi …
Walaupun banyak kali Fiqqq kecundang namun cuba untuk belajar menghasilkan video yang baik. Belajar daripada video-video yang dihasilkan oleh Youtuber.
Lyana Ishak says
Thanks for the sharing.. Tapi, kalo iphone mmg smooth kalo buat vdeo gegaran tu kurang..
Afiq Halid says
Your welcome . Tapi tgk juga jenis apa . if fokus for video , better before beli phone , test camera dia for recording . Buat perbandingan . Huhuhu
Julia Johari says
Lebihkan durasi masa merakam awal dan akhir tu satu pembelajaran baru buat kak juju…suka la video Navy tu Afiq snap…akak tonton mcm pro2 je…teknik video bersahaja dan kurang gegaran tu sgt mahal nak hasilkan…akak pun x suka gimbal…nak travel kena equipment yg selesa ditangan dan kena cpt…laju…hp pun dh memadai sbb skrg function apps video skrg byk membantu utk editing…bab download lagu tu akak selalu buat jd kan stok…kita sekapal dik.
Tq sharing info..berguna!
Afiq Halid says
Perlu perbanyakkan mencuba . Kalau tak jadi , cuba lagi dan lagi dan lagi . Huhuhu . Terima kasih sis . Semoga bermanfaat .
Nina Mirza says
Wahh… Menarik!
Bagusnya perkongsian by Afiq ni
Newbie cam kak nina ni memang banyak sangat kena pelajari lagi. Terima kasih yaa di atas perkongsian nya. Nanti sharing lagi tambahan eh
Afiq Halid says
InsyaAllah . Masih belajar2 lagi ni . Fasa Try and Error 😀
Ema says
Thanks for the sharing Fiqq
Afiq Halid says
your welcome sis Ema 😊
mamapp says
Good tips tq for sharing..
Afiq Halid says
Your welcome . harap dpt membantu
kak gojes says
tips yg bagus ni..boleh la ikut tips ni
Afiq Halid says
InsyaAllah . terima kasih kembali
Promosi Pakej Umrah says
Terima kasih atas perkongsian
Afiq Halid says
Sama-sama . semoga bermanfaat
Lya says
Tq fiqqq sharing untuk kita2 semua. Seyes akak tgk video2 fiqqq akak suka. Nak jugak belajar slow2 sbb akk klau bab2 video mmg tak reti la fiqqq huhuhu . Gk org buat nampak best jer
Afiq Halid says
Alhamdulillah . Afiq ni pon slow2 belajar ni . Huhuhu .