Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Food / Marrybrown Makan dan Menang KAW KAW

Marrybrown Makan dan Menang KAW KAW

December 4, 2019 by Afiq Halid 6 Comments

Marrybrown Makan dan Menang KAW KAW merupakan peluang besar untuk Fiqqq menang hadiah yang sangat lumayan. Mana tidaknya. Hadiah utama yang mereka sediakan ialah PROTON X70. Salah satu kereta idaman. Walaupun kereta nasional tapi nampak smart di atas jalan raya. Harap-harap selain kenyang makan menu nostalgia di Marrybrown, Fiqqq ada rezeki untuk menang.

Kalau lalu di hadapan restoran ini jangan hanya baca sahaja papan iklan yang ada. Pergi beli dan sertai.

Cara untuk menyertai

Mudah sahaja untuk menyertai Marrybrown Makan dan Menang KAW KAW. Pergi ke mana-mana cawangan Marrybrown di kawasan berhampiran. Berbelanja sebanyak RM25 minimum. Setiap RM25 yang dibelanjakan, akan dapat satu kupon.

Kemudian, scan kod QR yang tertera pada bahagian belakang kupon. Selepas scan, akan bawa ke laman sesawang Marrybrown Contest. Di situ perlu isi beberapa maklumat seperti nama, nombor telefon, alamat dan sebagainya. Paling penting masukkan kod unik dan juga gambar resit pembelian. Ingat! Jangan buang resit selepas membeli. Simpan.

Hadiah

Hadiah utama untuk peraduan ini ialah PROTON X70 sepeti yang Fiqqq maklumkan di awal penulisan.

Selain hadiah utama, mereka menyediakan hadiah mingguan untuk pemenang peraduan. Wang tunai RM10 000, wang tunai RM500, Baucar Marrybrown RM50, TV LG, GoPro Hero8, Vivo V17 Pro dan juga Sony Earphone.

Tarikh peraduan bermula 28 NOVEMBER 2019 sehingga 12 JANUARI 2020.

https://www.instagram.com/p/B5oaAHOh_fe/?utm_source=ig_web_copy_link

Kalau boleh, Fiqqq ingin menang PROTON X70. Kereta tersebut merupakan kereta idaman selain kereta yang sedia ada iaitu Preve. Tapi, kalau menang wang tunai sebanyak RM10 000 boleh juga. Boleh simpan separuh dan separuh lagi buat belanja dan bayar hutang mana yang ada. Hehehe.

Harap kali ini Fiqqq bertuah untuk memenangi salah satu hadiah idaman. Bismillah. Orang kata sambil-sambil berangan menang hadiah. Fiqqq ingin sambung makan menu di Marrybrown. Rindu rasanya menu di restoran ini. Sangat nostalgia. Mana tidaknya, dulu selepas habis SPM terus cari kerja sambilan dan restoran inilah yang menjadi tempat Fiqqq mencari rezeki. Masa itu di cawangan Klang. Hehehe.

Filed Under: Food Tagged With: Marrybrown

Comments

  1. umi nazrah says

    December 4, 2019 at 10:54 am

    wah best sangat ni. boleh la jadi alasan nak pi makan kat MB. hehe. dah lama sangat takda makan kat MB ^_^

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 4, 2019 at 1:17 pm

      Kali ini makan dan boleh menang . Mana tahu ada rezeki . Menarik hadiah2 yang diorang bagi. Hehehe

      Reply
  2. Sally Samsaiman says

    December 6, 2019 at 9:52 am

    Lepas ni lunch, dinner eh breakfast pun semua makan marrybrown je… Nak menang!!!

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 7, 2019 at 9:16 am

      Hahahaha . kasi tapau semua hadiah . sebab ada yang setiap minggu lain-lain hadiah . Ajommm

      Reply
  3. Bro Framestone says

    December 6, 2019 at 3:09 pm

    Fav place juga nie… alamak… rugi kalau x join kan.. kena join gak nie

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 7, 2019 at 9:18 am

      Betul . rugi kalau tak join . Hehehe .

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim