Masjid Terapung Tanjung Bunga Pulau Pinang sudah seperti masjid di Terengganu. Cuma kali ini masjid tersebut terletak di Pulau Pinang. Kalau tersampai di Pulau Pinang dan ingin melihat keindahan masjid tersebut boleh terus ke sana. Agak jauh sedikit dari bandar sebenarnya. Namun tidak mengambil masa yang lama.

Lokasi untuk ke masjid terapung ini boleh dicari menerusi Google Map atau Waze sahaja . Taip Masjid Terapung Tanjung Bunga Pulau Pinang. Andai ada yang ke sana menggunakan pengangkutan awam juga tidak ada masalah.

Masjid ini kelihatan kecil tapi boleh memuatkan lebih kurang seramai 1,500 orang dalam satu masa yang sama. Terdapat bahagian bawah dan juga atas. Tidak lupa juga ruang solat untuk wanita.
Keunikan masjid ini adalah hasil gabungan seni bina tempatan dengan Asia Barat terutama dari Turki. Kubah yang ada lebih kepada berbentuk aerodinamik yang disesuaikan dengan persekitaran laut.

Pemandangan masjid tersebut boleh dilihat dari pelbagai sudut. Cantiknya bukan dari luar sahaja malah dari dalam juga. Selepas selesai solat boleh menikmati pemandangan laut dari pintu sambil berzikir. Angin laut juga boleh terasa dari dalam.

Di sini Fiqqq dapat menikmati segenap pemandangan agak lama. Kebetulan asar lambat dan dapat tunggu untuk maghrib. Seronok rasanya. Ada kalanya boleh terleka dengar bunyi ombak dan juga kicauan burung.
Tambahan pula, ada beberapa gerai kecil di tepi masjid untuk minum-minum atau menjamah sedikit makanan sekiranya lapar. Fiqqq paling tidak boleh tahan apabila melihat ada pakcik membelah kelapa muda. Terus pergi beli satu biji dan minum. Lega tekak rasanya lepas penat berjalan.
Fiqqq harap kecantikan masjid dan juga pemandangan yang ada dapat dikekalkan sampai bila-bila. Harap orang ramai yang berkunjung tidak mencemarkan pantai dengan sampah-sampah kalian. Sekiranya ingin berkelah di tepi pantai, sila sediakan beg plastik untuk isi semua sampah, bekas makanan atau minuman. Kalau tidak reti jaga kebersihan, masukkan diri ada dalam plastik sampah sendiri. Hahaha.
Selain masjid terapung, boleh juga singgah di Masjid Negeri Pulau Pinang.
berhadapan denga masjid nie ada dua buah gerai makan masakan melayu famous juga.. pukul 10 pagi pun dah ramai orang. Masjid ni mmg org selalu singgah sebab laluan ke Batu Feringghi . cantikk sgt.
ouhhhh . afiq sempat minum air kelapa jer ritu . Hilang rasa haus . Hhehehe . Thank you for info