Ayam Flaming Koli Baharu di The Chicken Rice Shop merupakan antara menu yang terhad bersempena dengan perayaan Deepavali tidak lama lagi. Menu ini dihasilkan terhad bermula pada 21 September 2020 hingga 15 November 2020. Senang cerita, hanya pada tarikh tersebut sahaja pelanggan berpeluang untuk menikmati hidangan istimewa ini yang menggabungkan pelbagai rempah asli masakan India yang menaikkan selera pelanggan yang mencuba. Betul. Sila percaya. Hahaha
Antara set Ayam Flaming Koli Baharu di The Chicken Rice Shop
Seperti biasa TCRS akan menyediakan pelbagai pilihan jimat untuk pelanggan supaya dapat menikmati pelbagai sajian dengan harga yang berpatutan. Lebih-lebih lagi jika makan secara berkumpulan atau bersama ahli keluarga. Sambil-sambil ambil menu yang besar, selit sekali ayam Flaming Koli kerana edisi terhad. Menyesal tak sudah kalau tidak cuba.
Boleh cuba set menu makan tengah hari pada hari bekerja untuk penjimatan yang lebih berganda. Bermula pada jam 10 pagi sehingga 3 petang. Kalau sudah jimat banyak, boleh tambah menu lain dalam pesanan. Tak gitu ? Hehehe. Fiqqq pesan dua pinggan ayam Flaming Koli. Teringin punya pasal.
Fiqqq suka akan rasa kuah ayam Flaming Koli kerana terdapat campuran rasa apabila dimakan. Ada rasa pedas sedikit, masam sedikit dan paling penting ialah sedap. Hahaha. Fiqqq tertarik dengan cili kering yang mereka letakkan di dalam hidangan. Bukan apa, mungkin ada orang akan asingkan cili kering tersebut namun Fiqqq makan cili kering tersebut seperti ulaman. Cuit ayam sedikit, cicah kuah sedikit dan gigit sedikit cili kering tersebut. Asyukkk rasa.
Jika ditanya sama ada adakah pedas atau pun tidak agak susah Fiqqq ingin jawab. Bagi Fiqqq menu ini pedas biasa. Tidak terlalu pedas atau sebagainya. Mungkin sebab pelbagai rempah yang mereka gunakan dan ada sedikit rasa masam mengurangkan kepedasan cili dalam hidangan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sebarang promosi yang ada di The Chicken Rice Shop boleh layari laman sesawang mereka di sini. Boleh scroll lama sedikit sambil-sambil fikir makanan apa yang ingin kita pesan setiba di kedai nanti.
Baiklah. Sudah seronok makan tambah berat badan. Jom kita cari lokasi seterusnya untuk hiking. Tempoh hari Fiqqq mendaki Bukit Batu Sawa. Rezeki dapat awan karpet. Seronok dapat pemandangan begitu. Ada cadangan mana boleh pergi?
Jiwasihat says
Ohh macam ni rupanya ayam koli ni. Selalu dengar iklan dalam radio.hehe
Afiq Halid says
Tak lama lagi kuar yg baru . Hahaha . Bagus betul diorg ni .