Bukit Dinding Setiawangsa KL dengan berketinggian 291 meter hanya ambil masa dalam 35 minit untuk sampai ke puncak. Berkenaan dengan masa yang diambil sebenarnya bergantung kepada kelajuan kita mendaki. Sekiranya laju berjalan, maka akan sampai lebih cepat dan sebaliknya. Fiqqq tempoh hari jalan santai-santai dengan cousins tahu-tahu sampai sudah puncak. Lokasi ini amat sesuai bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti hiking bersama keluarga yang ada anak kecil. Ala-ala untuk early exposure kepada mereka.
Puncak bukit di bahagian menara TM dan tidak ada pemandangan sangat kerana ditutupi pokok-pokok yang berada di sekeliling. Mungkin boleh lihat sedikit melalui celah-celah dahan. Untuk dapatkan pemandangan Kuala Lumpur, Fiqqq terpaksa terbangkan drone.

Berdasarkan laluan yang Fiqqq baca untuk survey laluan ke puncak macam ada beberapa laluan. Onroad dan juga offroad. Cuma laluan yang Fiqqq lalu adalah jalan berturap sehingga ke puncak. Disarankan untuk pakai kasut jogging sekiranya ingin ikut laluan yang Fiqqq gunakan.

Menariknya di sini. Kebetulan ada aktiviti berbasikal di bahagian off-road. Jadi, berkesempatan melihat mereka naik basikal turun bukit. Kalau takat turun bukit jalan berturap itu biasa. Dapatlah melihat sedikit sebanyak skill mereka kawal basikal semasa turun bukit. Siap ada yang belanja terbang lagi.

Selesai mendaki bukit, masing-masing plan lokasi seterusnya. Mungkin pergi ke Denai Tiga Puteri pula. Kalau boleh, memang cari bukit yang rendah-rendah untuk santai-santai sampai puncak. Kita bersiap selepas raya. Ramadanpun sudah dekat. Kita buat persiapan untuk sambut ramadan.
Boleh gunakan Entrance Bukit Dinding untuk terus ke tempat permulaan mendaki. Letak kereta di bahu jalan dan berharap kalian boleh letak kereta dengan baik supaya tidak menghalang atau menyukarkan pengguna jalan raya yang lain.
Video Bukit Dinding Setiawangsa KL
Panjang pendek cerita yang Fiqqq berjela taip di blog. Ini antara klip video yang sempat dirakam. Buat ala kadar bagi nampak serba sedikit pemandangan yang ada di puncak. Selesai ambil gambar semua. Kita turun dengan senang hati untuk cari sarapan pagi.