Pickleball di ST Rosyam Klang antara gelanggang pickleball yang berhampiran dengan rumah Fiqqq. Satu kelebihan untuk Fiqqq ajak dan bermain bersama seisi keluarga serta sahabat semasa waktu lapang.
Mempunyai empat gelanggang yang selesa dan mesra kanak-kanak. Anak-anak bebas berlari sana dan sini sewaktu Fiqqq serta yang lain beraksi menunjuk bakat terpendam bersukan. Ikutkan ini antara sukan terbaharu setakat ini dan mendapat sambutan ramai.

Oleh kerana gelanggang yang disediakan tidak banyak maka adalah lebih baik untuk membuat tempahan lebih awal melalui dalam talian di All Star Pickel. Boleh rujuk di aplikasi mahupun laman sesawang mereka untuk harga terkini.

Pickleball paddle disediakan sebanyak empat dan dua bola yang boleh diambil di kaunter semasa pendaftaran. Terdapat caj tambahan sekiranya membuat pembayaran terus di kaunter. Jadi, Fiqqq sarankan untuk membuat tempahan di laman sesawang mereka. Lebih mudah.

Selepas penat bakar kalori, kita tambah tenaga di kedai makan yang ada di ST Rosyam Mall. Banyak pilihan yang ada. Selain itu, sekiranya ingin membeli barang keperluan asas boleh terus ke dalam untuk membeli belah dengan harga yang sangat berpatutan.
Selain bersukan seperti ini, Fiqqq juga rajin mendaki untuk memenuhi masa lapang. Memandangkan anak-anak masih kecil maka cuba yang rendah-rendah dahulu untuk bawa mereka bersama seperti di Bukit Guling Ayam.
Leave a Reply