Bukit Guling Ayam Gombak Selangor ini merupakan bukit pertama aku bawa keluarga layan pemandangan dari puncak bukit. Dengan ketinggian dalam 62 meter dan satu (1) kilometer sahaja berjalan menjadikan lokasi ini sangat mudah untuk sampai ke puncak. Memandangkan aku perlu bawa dua beg besar, maka aku jadikan bukit ini sebagai permulaan bawa anak-anak.
Luluan ke puncak bukit
Walaupun ketinggian bukit ini kelihatan tidak mencabar. Kita Masih boleh menikmati pemadangan Kuala Lumpur, Bukit Tabur dan juga Genting Highland yang sangat memukau mata. Cuma tidak boleh terlalu lama untuk berada di atas sekiranya ramai orang dek kerana keluasan area di atas tidak sesuai.
Lokasi untuk sampai di sini boleh waze Petronas Lingkaran Karak atau Restoran Mohammad Chow. Kebanyakkan pendaki akan letak kereta di kawasan bawah berdekatan dengan Petronas. Kemudian, berjalan ke atas sehingga tiba di restoran.
Setiba di sini boleh teruskan pendakian untuk menuju ke puncak bukit. Laluan sangat senang untuk kita lihat dan tidak ada penunjuk arah yang disediakan. Perlu berhati-hati laluan di atas kerana berbatu dan ada permukaan batu yang tajam. Pastikan jarak selamat ketika berada di atas untuk elakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
Pesanan khidmat masyarakat. Pastikan sekiranya membawa sebarang makanan mahupun minuman, pastikan sampah bawa turun ke bawah. Jangan buang campak tepi ketika berada di puncak.
Video Bukit Guling Ayam Gombak Selangor
Ada dua versi video hiking di sini. Video pertama aku pergi survey laluan. Video kedua aku pergi dengan keluarga.
Video Satu
Di sini aku sertakan pemadangan dari drone yang aku bawa. Serba sedikit dapat lihat pemadangan keliling. Memandangkan waktu ini aku pergi solo. Maka ada lebih masa sedikit untuk aku ambil shot video semasa mendaki. Kebetulan bertembung dengan geng hiking. Maka, jalan sekali sampai ke puncak.
Pengalaman pertama bagi mereka untuk mendaki bukit di awal tahun baru. Salah satu azam 2025 untuk bawa keluarga menikmati pemandangan dari puncak bukit. Ketinggian pula mengizinkan untuk aku bawa semua. Maklumlah, aku sudah lama simpan kasut dan juga beg. Kali ini aku tukar daripada beg kepada carrier. Tidak cukup dengan itu, perlu berdokong yang lagi satu. Hahaha.
Perlukan latihan khusus untuk aku dapatkan semula stamina supaya mempunyai kudrat yang lebih untuk bukit yang lebih mencabar selepas ini. Aku masih mencari juga lokasi-lokasi lain untuk mendaki. Sesekali ingin juga layan pemadangan awan karpet.
Leave a Reply